Apa tu judi bola?
Sumber: Sapa Malaysia
Dulu-dulu, orang selalu panggil judi bola ni dengan istilah tikam bola. Selalunya, judi bola ni bermula dengan pengaruh kawan-kawan. Bila start je game bola yang femes macam Piala Dunia, EPL, Liga Super Malaysia, Piala Asia, masa nilah, member korang akan sembang kencang, berapa diorang boleh menang untuk game yang diorang bet.
Orang yang akan dicari untuk urusan pertaruhan adalah bookie. Bookie ni yang akan buat offer untuk pertaruhan dalam game bola tu. Contoh pertaruhan yang biasa dibuat:
- Pertaruhan 1×2
- Totals Over Under
- Skor Separuh Masa
- Skor Yang Betul (Correct Score)
- Penjaring gol pertama/terakhir
- Pertaruhan keputusan perlawanan
Paling advance, diorang ni akan hantar offer ni guna sms, telegram, dan segala rangkaian media sosial yang ada.
Contohnya dalam EPL, korang ni die-hard fans Arsenal. So, korang pun trylah bet. Takkanlah korang nak bet untuk satu benda je, kan? Paling kurang pun, korang akan bet untuk player dengan skor. Katakanlah korang bet RM100 untuk Gabriel Magalhaes, korang letak lagi RM100 untuk skor 3-0.
Situ je korang dah habis RM200. EPL pulak dalam satu season ada 38 game, kalau korang bet untuk semua game tu, korang dah habis dekat RM7,600 untuk benda yang belum tentu korang dapat.
Sebab tulah ada yang sampai berhutang dengan ah long semata-mata nak lampiaskan nafsu judi diorang. Sekali cuba mana nak cukup, kan? Tapi korang kena ingat, langit tak selalunya cerah.
Ni antara hukuman yang bakal korang hadapi kalau korang kantoi main judi bola:
“Kesalahan Judi dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Di bawah Akta 559, pada seksyen 18 memperuntukkan:
Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan bila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”
Sumber: Sinar harian
Dalam seksyen ni, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapatkan wang atau nilai wang.
“ Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953:
jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun”
“Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953:
yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 jika sabit kesalahan.”
Sebaliknya, kalau korang didapati bersubahat menyediakan tempat untuk berjudi, PDRM dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air akan bertindak drastik dengan memotong bekalan elektrik dan air terhadap premis yang digunakan.
Masa nilah korang akan rasa, betapa peritnya azab untuk bayar denda sebab poket duit korang dah habis licin buat main judi bola. Bila dah terbeban, korang berkemungkinan akan mengalami gangguan mental yang boleh menyebabkan kemurungan atau lagi teruk bunuh diri!
Kalau terjebak dengan judi bola, camne nak selesaikan?
Sekiranya ada yang terjebak dengan judi bola dan dibelenggu dengan masalah hutang keliling pinggang, korang bolehlah berjumpa dengan badan bertauliah atau organisasi bukan kerajaan (NGO), contohnya macam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Jangan salah faham pulak, walaupun nama organisasi tu macam tu, diorang akan tolong tak kira bangsa atau agama.
Korang boleh call diorang kat +603 4256 6618 atau KLIK SINI untuk buat temu janji.
Sumber: PPIM
Ni peranan PPIM dalam usaha membantu korang selesaikan masalah berkaitan hutang:
-
Membantu menyusun semula jadual pembayaran pinjaman
-
Mematikan atau menurunkan kadar bunga pinjaman
-
Membantu untuk berunding & berurusan dengan pihak pemberi pinjaman
Setakat ni, hampir 10,000 kes bernilai ratusan jutaan ringgit pelbagai jenis kes telah berjaya diselesaikan melalui Unit Aduan Ceti Haram PPIM yang dikendalikan oleh panel profesional yang dilantik PPIM, Satria Risk Mitigation Sdn Bhd (SATRIA).
Lagi satu, katakanlah, korang secara tak sengaja, menyediakan ruang untuk kawan-kawan korang main judi bola. Dengan penuh tanggungjawab, korang boleh salurkan maklumat kepada pihak PDRM, SKMM ataupun SPRM.
Sumber: PH Supporters
Memetik kata-kata dari Peguam Fahmi Abdul Moin.
“Setiap pemberi maklumat dilindungi akta tetapi individu yang dilaporkan melakukan kesalahan itu jika berasa teraniaya dan mempunyai bukti menafikan kesalahan berkenaan boleh berbuat demikian di mahkamah,”
Maksudnya kat sini, korang tak perlu risau untuk buat aduan, sebab identiti korang akan dirahsiakan melalui Akta Pemberi Maklumat 2010.
Selain dari tu, bagi yang memang dah ketagih teruk dengan judi bola, korang bolehlah berjumpa dengan pakar psikologi untuk bincangkan masalah ni.
Tak ada apa pun yang nak dimalukan sebab kita semua buat silap. Jangan risau, ruang untuk perbetulkan kesilapan tu sentiasa ada. Diharapkan dengan ilmu yang kami kongsikan, sedikit sebanyak dapat membuka mata korang tentang buruknya kesan judi bola ni.
Kalau korang ada pengalaman atau cerita pasal judi bola ni, korang boleh share dan komen di fb post kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca jugak: