Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Peluang Mendapatkan Wang Melalui Perjudian

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




Apa sahaja pilihan yang diambil berdasarkan hasil kebarangkalian dari sesuatu peristiwa di masa hadapan adalah dikira sebagai pertaruhan. Maka, istilah ini juga boleh digunapakai kepada perkara yang tidak berkaitan secara azali sebagai pertaruhan,seperti pelaburan dalam saham, bon, insurans dan lain lain lagi. Artikel ini akan menghuraikan keselarian dan perbezaan diantara pertaruhan dan pelaburan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Peluang

Secara matematiknya, peluang adalah kebarangkalian sesuatu perkara untuk berlaku. Akan tetapi, dalam dimensi pertaruhan, peluang bermaksud nisbah diantara amaun yang dipertaruhkan oleh pihak pertama (kebiasaanya adalah bookie ataupun pemilik ) kepada nilai yang dipertaruhkan oleh pihak kedua (anda).

Contoh

Dalam perlawanan diantara Perancis dan Jerman, peluang adalah 1:1 (Peluang untuk kemenangan salah satu pasukan adalah sama). Dalam istilah pertaruhan, pihak bookie akan membayar RM 1 untuk setiap RM 1 dipertaruhkan ke atas Jerman (begitu juga untuk Perancis). Sekiranya anda meletakkan pertaruhan ke atas Jerman, dan Jerman telah menang, anda akan menerima RM 2 ( pertaruhan asal + keuntungan).

Adalah amat penting untuk diperhatikan dimana pertaruhan, peluang yang dinyatakan oleh bookie  selalu merujuk kepada nisbah pertaruhan daripada nilai sebenar kebarangkalian peristiwa. Sebabnya akan dihuraikan seperti dibawah. Jadual dibawah akan menunjukkan kategori pertaruhan dan apa yang akan diwakili oleh dalam erti kebarangkalian.

Peluang Medapatkan Wang Melalui Perjudian

Sekarang, mari kita melihat sebuah permainan Roulette, permainan mudah di kasino untuk memdapatkan gambaran untuk mengira peluang dalam sesuatu permainan. Terdapat pelbagai cara permainan, tetapi kita akan merujuk kepada Single Zero Roulette  yang disediakan di Casino de Genting. Kebarangkalian untuk kemenangan boleh dihuraikan mengikut kedudukan pertaruhan.

  • Nombor Tunggal

Terdapat 37 nombor, maka terdapat 37 kemungkinan hasil. Oleh itu, peluang kemenangan untuk setiap nombor tunggal adalah  1/37 ataupun 2.70%.

Perhatikan nisbah pembayaran adalah 35:1 , berbeza dengan kebarangkalian sebenar untuk kemenangan, iaitu 37:1. Maka, pihak kasino akan membayar RM 35 (termasuk wang pertaruhan RM 1) untuk setiap RM 1 dipertaruhkan, dimana menawarkan jangkaan pulangan :

Jangkaan pendapatan pulangan, E(R) = (35)(1/37) + (-1)(36/37) = -2.70%

(Kami akan menghuraikan tentang House Edge dalam subtopik berikutnya).

  • Split

Disini, secara asasnya , anda akan bertaruh keatas 2 nombor berbanding 1 nombor. Peluang kemenangan akan meningkat kepada  ataupun 5.41%.  Nisbah pembayaran adalah 17:1 , jangkaan pembayaran pulangan adalah :

E(R) = (17)(2/37) + (-1)(35/37) = -2.70%

  • Street, Square, Line, Coloumn, Dozen Dan Even Money

Cara pengiraan untuk pertaruhan diatas sama seperti nombor tunggal dan split.  

Jadual dibawah menunjukkan kebarangkalian kemenangan berdasarkan cara pertaruhan dan pembayaran:

Peluang Medapatkan Wang Melalui Perjudian

 

Daripada jadual diatas, dapat kita simpulkan bahawa semakin tinggi peluang kemenangan, semakin rendah pembayaran yang akan dibuat. Tambahan, pembayaran yang akan dibuat oleh House  adalah berbeza berbanding nisbah sebenar kebarangkalian peristiwa berlaku . Kenapa ini penting?

House Edge

House edge adalah jangkaan pulangan untuk kasino ataupun keuntungan, secara puratanya, dari keseluruhan pertaruhan dari sesebuah permainan. Merujuk contoh sebelum ini, kita mengira bahawa jangkaan pulangan dari semua pertaruhan adalah - 2.70% (~ -0.03). Bermakna, setiap pertaruhan RM 1, anda kerugian RM 0.03. Ini adalah disebabkan keuntungan kasino, iaitu House Edge.

Jumlah yang dinyatakan kelihatan tidak begitu besar, terutamanya apabila anda MEMENANGI pertaruhan. Bagaimana pihak kasino dapat mengekalkan pembayaran dan mengaut keuntungan?

Mari kita menganggap , secara puratanya 10,000 orang melawat Casino De Genting. 2000 orang bermain di Roulette. Sekali lagi, kita menganggap setiap pertaruhan bernilai RM 50 dan setiap pemain bermain 3 kali sebelum meninggalkan meja tersebut. Dalam satu hari sahaja, pihak kasino akan menjangkakan pulangan sebanyak :

E(R) = 2000 x 50 x 3 x 2.70% = RM 8,100

Sudah tentu , ini tidak bermakna pihak kasino akan mendapat RM 8100 secara tetap dari meja Roulette. Terdapat kemungkinan untuk pendapatan berkurang ataupun meningkat pada sesuatu hari. Nilai ini adalah anggaran semata-mata untuk kasino dari meja Roulette sahaja, dan kemungkinan pelanggan memenangi permainan ini.

Kesamaan diantara pertaruhan dan pelaburan

Permainan yang melibatkan pertaruhan telah lama menjadi perhatian pengkaji statistik. Apa yang menariknya adalah konsep statistik yang sama digunapakai dalm pertaruhan juga digunakan dalam ekonomi. Aktuari menggunakan konsep kebarangkalian untuk meramal nilai stok , menetapkan premium insurans dan lain lain lagi. Contoh dibawah menunjukkan kemungkinan pulangan bagi pelaburan stok A:

Peluang Medapatkan Wang Melalui Perjudian

Nota: Didalam jadual diatas, kemungkinan merujuk kepada kebarangkalian ekonomi akan berkembang, normal ataupun kegawatan pada masa hadapan

E(R) = (0.15)(0.7) + (0.75)(0.4) + (0.1)(-0.1) = + 39.5%

Ini bermakna, pada masa hadapan, pelabut boleh menjangkakan pulangan sebanyak 39.5% dari pelaburan asal.

Dengan ilmu pengetahuan  yang mencukupi dalam bidang ekonomi dan perlindungan nilai serta pasaran semasa, individu dapat membina portfolio yang memiliki perbezaan minimal dan menjangkakan pulangan positif. 

Kesimpulan

Pertaruhan dan pelaburan memerlukan kemahiran meramal hasil pada masa hadapan, maka terdapat perbezaan hasil sebenar dari ramalan. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaaan diantara keduanya.

Seperti digambarkan didalam rajah dibawah, pelaburan didalam sukuk dan stok pelaburan serta Bon memiliki pulangan yang tinggi serta tidak jauh berbeza dari apa yang dijangkakan jika dibandingkan dengan pertaruhan yang memiliki jangkaan pulangan yang rendah dan perbezaan nilai yang besar.

 

Peluang Medapatkan Wang Melalui Perjudian

Walaupun pertaruhan dilihat sebagai cara mudah untuk memenangi wang yang besar, statistik membuktikan anda akan kehilangan lebh banyak dari yang kita perolehi. Pembelian loteri semurah RM 1 akan menjadi jumlah yang besar dalam satu tempoh yang panjang.

Mengetahui ini , pemain professional dan pakar matematik tampil dengan algoritma untuk mengalahkan kasino. Kita mendengar pengira kad yang memenangi wang melalui Blackjack dan ahli statistik yang memecahkan rahsia sistem loteri. Perlu dingatkan bahawa mereka tidak bergantung harap pada nasib semata-mata, mereka adalah pelabur.

Untuk kita, yang kurang mahir dalam matematik dan statistik, kita mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapat pulangan dengan meletakan “pertaruhan” dalam pelaburan yang menguntungkan daripada berjudi nasib.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia