Orang cakap call abam pulis. Betul ke?
Kalau ikutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kat Facebook diorang, kita boleh call polis bila berdepan dengan masalah double park macam yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akta ni memberi kuasa kat polis untuk clamp dan tunda kereta yang buat double park ni.Tapinya…
Bukan setakat brader Wong kita ni, ramai netizen cakap abam polis kita tak boleh diharap. Bila call, diorang suruh buat aduan kat majlis perbandaran lah, owner bangunan lah (kalau park dekat kawasan mall/ofis). Habis ditendangnya kita ke sana, ke sini. Siapa tak tension?
Dah tu, nak call siapa sebenarnya?
Lah... salah call rupanya!
Sebenarnya, kalau ada masalah double park atau apa-apa isu berkaitan jalan raya, kita kena call balai polis trafik, bukannya balai polis biasa - alah, yang pakai uniform polis warna putih tu.
Sumber: Mypt3
Bukannya tak boleh buat aduan kat balai polis biasa, cumanya diorang akan guna standard procedure lah untuk handle kes korang; kena pergi balai dan buat report. Last-last, diorang akan refer korang kat polis trafik jugak.
Jadinya, kalau nak kurangkan stress, terus je call balai polis trafik di talian 03-2071 9999. Kalau ada nombor telefon balai polis trafik yang berhampiran lagi bagus.
Selain polis trafik, ada banyak lagi pihak berkuasa lain yang korang boleh buat aduan macam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan majlis perbandaran tempat tinggal korang macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kat sini, admin sertakan sekali nombor tefelon pihak berkuasa yang berkaitan.
- JPJ Wilayah Persekutuan: 03-41450800
- DBKL: 1800-88-3255
- MBPJ: 03-7954 2020
Untuk polis trafik dengan JPJ, selalunya diorang akan revert korang balik ke majlis perbandaran jugak, melainkan diorang ada berhampiran waktu korang call tu. Kalau camni lah gamaknya, kami sarankan korang untuk call majlis perbandaran tempat korang dulu sebelum call polis trafik.
Okay, tapi kalau saya yang double-parked pastu cermin kereta dipecahkan atau kereta dilanggar, apa nak buat? Boleh claim insurans ke?
Sumber: Perak Today
Boleh je, bergantung pada siasatan polis. Sekiranya korang yang BERSALAH, korang kena buat claim di bawah tuntutan Own Damage Claim yang meliputi kerosakan disebabkan kemalangan. lagi satu, disebabkan korang bersalah dalam hal ni, No Claim Bonus korang akan terjejas.
Terus buat laporan polis dan call syarikat insurans kereta korang bila kejadian macam ni berlaku. Lepas tu hantar kereta korang ke bengkel panel syarikat insurans korang. Untuk buat tuntutan ni, ada beberapa dokumen yang korang kena sertakan macam:
- Tuntuan (claim) rasmi daripada syarikat insurans
- Salinan asal laporan polis
- Salinan asal hasil penyiasatan polis
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen
- Kad pendaftaran kenderaan yang terkini
- Resit bagi kos repair
- Gambar kerosakan pada kenderaan waktu kemalangan tersebut berlaku (kalau ada)
Tapi, kalau siasatan polis menunjukkan korang TAK BERSALAH, pihak ketiga akan bertanggungjawab menanggung kerosakan tersebut menggunakan insurans dia sendiri. Jadinya, No Claim Bonus korang takkan efek punya.
Dan yang paling penting, jangan berlengah! Nak tahu lebih lanjut, baca artikel ni: Kalau Kereta Korang Kena Langgar Waktu Dalam Parking, Boleh Claim Insurans Ke Tak?
Tapi kalau kita tak sengaja langgar kereta yang double park tu, camne pulak?
Sumber: Rileklah
Bagi situasi ni, korang tetap salah sebab dah melakukan kerosakan kat kenderaan lain. Tapi, isu ni jugak bergantung kepada budi bicara pihak polis dalam membuat keputusan. Ada dua cara korang boleh gunakan sekiranya terlanggar kereta yang double park tu:
- Settle tepi guna duit sendiri
- Bayar ganti rugi dengan claim insurans
Jadilah orang double park yang beretika
Kalau dah takde cara lain, korang terpaksa jugak double park, make sure korang tinggalkan nombor phone BESAR-BESAR, supaya senang orang nak baca. Pastikan korang tukar gear kepada Neutral dan turunkan handbrake, takde lah menyusahkan orang nak alih kereta korang. Admin perasan, kereta baru ada safety feature yang kasi susah untuk double park sebab korang tak boleh cabut kunci/tak boleh mati enjin/tak boleh lock kereta selagi tak letak gear dalam mod Parking dan tarik handbrake. Okay, jangan susah hati, ada caranya.
Sumber: Bayang Cerita
- Mula-mula, tegakkan stereng supaya senang orang nak alihkan kereta korang.
- Matikan enjin (kalau keyless)/cabut kunci
- Tekan dan hold button “Shift Lock” sambil turunkan gear dari P ke N.
- Lepas button “Shift Lock” tu dan turunkan handbrake.
Satu lagi, sebab pengguna jalan raya ni ada pelbagai ragam dan karenah, pastikan kenderaan korang dilindungi sepanjang masa, terutamanya waktu korang takde macam pasang motion sensor dashcam. Selain tu, dapatkan jugak insurans kenderaan yang sesuai dengan gaya hidup korang. Klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut pasal insurans kereta.
Harap membantu!
Baca Ni Pulak: