Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nah! 10 CARA untuk MENGEKSPLOITASI Kelemahan Bank!

BY Team Loanstreet

Updated 16 Feb 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Bila sebut je pasal bank, kita selalu kaitkan dengan lintah darat, Ah Long, penipu dan macam-macam lagi. Yelah, asyik kena kikis untuk faedah dengan penalti je, siapa tak sakit hati, kan?

Pernah tak korang terfikir, camne korang nak dapatkan semula duit korang? Ha… tak pernah, kan? Jadi, hari ni kitorang nak bagi tips untuk korang dapat semula duit dengan cara eksploitasi kelemahan bank.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ni dia, 10 kelemahan bank (exploitable loophole) yang korang boleh manfaatkan:


1. Topup e-wallet guna kad kredit dan dapatkan CASHBACK

10-cara-eksploitasi-bank


Untuk pengetahuan korang, antara kad kredit yang tawarkan cashback bila topup e-wallet termasuklah Standard Chartered, OCBC, dan Public Bank. 

Kadar ganjaran berbeza-beza ikut jumlah yang dibelanjakan dan layanan yang diberikan oleh bank. Pastikan korang ambil tahu manfaat yang ditawarkan dalam kad kredit korang, okay?


 2. Guna kad kredit korang sebagai kad caj

10-cara-eksploitasi-bank


Disebabkan tempoh ihsan (grace periods) dalam bayaran bulanan kad kredit bergantung pada hari transaksi, korang boleh dapat tempoh bebas faedah antara 15 hingga 50 hari dengan menggunakan kad caj/kad kredit. 

Maksudnya kat sini, macam korang beli barang hari ni, nanti lepas 50 hari, baru korang bayar. Cumanya, korang jangan buat-buat lupa pulak nak bayar nanti tau.

 
3. Guna kad kredit yang ada ganjaran/cashback

Korang masih lagi boleh dapat untung bila guna kad kredit cashback sebab SEMUA transaksi yang korang buat akan dapat diskaun!

10-cara-eksploitasi-bank


Untuk korang yang biasa guna kad ganjaran pulak, point ganjaran tu sama je macam tunai. Kebanyakan bil telefon dan utiliti ada tempoh ihsan selama 30 hari. 

Kalau korang bayar guna kad kredit pada hari-hari terakhir, jumlah hari yang korang tak perlu bayar meningkat dari 45 kepada 75 hari.


4. Batalkan dan mohon semula kad kredit sebelum cukup tempoh setahun

10-cara-eksploitasi-bank


Cukai servis sebanyak RM25 setahun selalunya diketepikan oleh pihak bank sekiranya korang mohon kad kredit baru dengan mereka. 

Jadi, batalkan kad yang sedia ada sekarang sebelum cukup tempoh setahun. Kalau tak, korang kena bayar cukai tu!

BACA: Cancel Kad Kredit Korang Kalau Ada 3 Masalah Ni!


5. Masukkan wang ke dalam akaun semasa pada saat-saat akhir

10-cara-eksploitasi-bank


Akaun semasa biasanya tak kena faedah kalau bertujuan nak keluarkan cek. Korang cuma perlu transfer duit dalam akaun semasa dan itu pun kalau ada cek yang akan dikeluarkan daripada akaun tersebut.

Pastikan baki dalam akaun cukup bila cek ditunaikan untuk elak sebarang bayaran penalti sebanyak RM50 sehingga RM100!


6. Bayar ansuran bulanan pinjaman rumah SEAWAL mungkin

10-cara-eksploitasi-bank


Sekiranya ada buat pinjaman perumahan, bayar ansuran bulanan seawal mungkin sebelum due date untuk jimatkan kadar faedah yang korang kena bayar. 

Bukan apa, pinjaman perumahan rumah dekat Malaysia ikut kadar faedah harian bagi pengiraan faedah baki berkurangan.


7. Bayar ansuran bulanan  pinjaman kereta dan pinjaman peribadi selambat mungkin

10-cara-eksploitasi-bank

Berbeza pulak dengan ansuran pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Lebih baik korang bayar pada tarikh akhir due date sebab pinjaman kereta dan peribadi ikut kaedah pengiraan faedah tetap.


8. Gunakan kemudahan membuka dan menutup simpanan tetap secara online

10-cara-eksploitasi-bank

Kalau korang nak tahu, simpanan tetap (FD) boleh mendatangkan kadar faedah yang lebih baik. Gunakan kelebihan ini untuk dapatkan 40 kali ganda kadar faedah dengan cara FD melalui perbankan internet.

Kami syorkan untuk korang masukkan FD korang dalam pecahan kecil. Dengan cara ni, senanglah bila korang nak buat pengeluaran, sebab korang cuma akan keluarkan duit ikut jumlah yang diperlukan sahaja dan dapat elakkan dari kehilangan faedah dari keseluruhan duit yang ada.

BACA: Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik di Malaysia 2022


9. Buat transaksi IBG pada pagi hari berkerja

10-cara-eksploitasi-bank

Bila korang buat transaksi secara IBG, bank akan tolak amaun dari simpanan on the spot dan takde faedah yang akan dikira pada hari tersebut.

Tapi transaksi IBG mesti dibuat pada pagi hari bekerja sahaja. (Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum). Sekiranya korang buat transaksi pada petang jumaat, korang dah rugi kat pengiraan faedah selama 3 hari.


10. Gunakan portal perbandingan macam Loanstreet untuk cari produk terbaik

Tak kisah lah korang tengah cari pinjaman perumahan, pembiayaan semula rumah, pinjaman peribadi, ataupun kad kredit, tak perlu lagi susah-susah pergi bank dan membazir masa dengar orang bank promote panjang lebar.

Kat Loanstreet, kami tawarkan alat kewangan yang cepat dan mudah macam alat perbandingan pinjaman perumahan, alat perbandingan pembiayaan semua rumah, dan alat perbandingan pinjaman peribadi.

Gunakan alat-alat ni untuk cari produk yang sesuai dengan keperluan korang. Selamat mecuba!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta