Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Senarai Buffet Ramadan 2024 Bawah RM100 (Lembah Klang)

BY Team Loanstreet

Updated 18 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Setiap kali bulan Ramadan, benda paling excited waktu berpuasa adalah menu berbuka puasa. Ya lah, dah satu hari tahan lapar dan dahaga, mesti sibuk fikir pasal menu makanan pastu tercari-carilah tempat menarik, sedap dan paling penting murah, kan?

Kalau korang nak enjoy  buffet Ramadan tapi masih dalam bajet, ni  admin list kan 12 tempat yang semuanya bawah harga RM100 je!


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1.  Summit Hotel Subang USJ




Orang-orang Subang mesti pernah dengar Summit Hotel! Berada betul-betul dekat dengan simpang Lebuhraya KESAS dan Persiaran Kewajipan, mudah je nak jumpa. Dan tahu tak apa? Untuk meriahkan Ramadan 2024, diorang buat "Lambaian Binda, Santapan Di Teratak Bonda" - buffet sebulan penuh!

Tarikh: 13 Mac- 07 April 2024
Harga: RM 88/Dewasa, RM 78/Warga Emas, and RM 48/Kanak-kanak

 

2. Ibis Style Sri Damansara




Korang yang duduk dekat Sepang tu, ready untuk penuhkan perut korang di bufet Ramadan 2024 Ibis Styles Sepang KLIA! Diperkenalkan konsep "Mari Makan Bersama-sama", berlangsung dari 15 Mac 2024 hingga 7 April 2024!

Tarikh: 13 Mac- 6 April 2024
Harga:
  • Harga Early Bird: RM 58/Dewasa, RM 48/Warga Emas, dan RM 38/Kanak-kanak.
  • Harga Normal: RM 68/Dewasa, RM 58/Warga Emas, dan RM 48/Kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang untuk beli Harga Early Bird dari 14 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024. 
 

3.  Grand Barakah Hotel Ampang




Grand Barakah Hotel Ampang mengalu-alukan anda kedatangan korang untuk join bufet Ramadan 2024! Ia akan diadakan dari 12 Mac 2024 hingga 8 April 2024, di Dewan Perdana Cenderawasih dan Dewan Teratai. 

Kalau korang nak pengalaman yang lagi extravaganzz, korang kena join buffet di dewan perdana bersama penyayi pop kita yang terkenal, Jay Jay tau!

Tarikh: 12 Mac - 08 April 2024
Harga:
  • Harga Hari Pertama: RM 38
  • Harga Biasa: RM 58
  • Bersama Jay Jay: RM 98/Dewasa, RM 78/Warga Emas, dan RM 58/Kanak-kanak
 

4. Wisma Perwira ATM

 

 


Jom bersiap-siap, kita serbu Wisma Perwira ATM. Pelbagai hidangan sedap disediakan. Ada lebih 200 hidangan menarik yang confirm buat air liur meleleh. Dari Kambing Panggang, sampai ke Satay yang memang tak boleh resist, pastu kuih tradisional yang memang sedap gila! Ada lagi banyak pilihan lain yang buat tekak nak terus serbu!

Tarikh: 15 Mac - 07 April 2024
Harga: RM 88/Dewasa, RM 75/Warga Emas, dan RM 40/Kanak-kanak

 

5.  Restoran Saprah Zebra Square

 


Mari nikmatin"Ceritakan Dengan Rasa" di Restoran Saprah dan nikmati suasana Ramadan! Join locationnya kat tengah-tengah Zebra Square, Kuala Lumpur, dari 15 Mac hingga 7 April 2024, untuk iftar yang korang tak dapat lupakan. Biar Ramadan kali ni jadi kenangan manis!

Tarikh: 15 Mac - 07 April 2024
Harga:

  • Harga Awal: RM 70/Dewasa
  • Harga Biasa: RM 88/Dewasa dan RM 38/Kanak-kanak


Jangan lambat booking kalau nak dapat harga murah!
 

6.  Silka Hotel Cheras

 


Kalau korang teringin nak makan masakan Melayu tradisional, worry not! Sebab Curz Cafe ada sediakan masakan Malaysia yang best giler!! Chef Muhamad Bin Ramli masak dengan penuh kasih, dari Kerabu Daging yang sedap, Daging Gulai Melaka, sampai Asam Laksa yang pedas masam. Jangan lupa cuba Nasi Kawah Briyani Daging dan lain-lain! Rasai citarasa Malaysia di Silka Hotel.

Tarikh: 13 Mac - 06 April 2024
Harga: RM 85/Dewasa, RM 70/Warga Emas, dan RM 60/Kanak-kanak

 

7.  Iftar di Taman Dahlia

 


Dahlia Corner, terletak di tengah-tengah KLCC, menambahkan keseronokan Ramadan dengan "IFTAR DI TAMAN DAHLIA" - acara bufet mewah mereka, berlangsung dari 12 Mac hingga 6 April 2024.


I’Dahlia Corner, terkenal dengan masakan Melayu tradisional yang lazat seperti masakan rumah, akan menyajikan lebih daripada 30 hidangan kampung yang autentik. 

Tarikh: 12 Mac - 06 April 204
Harga: RM 59/Dewasa, RM 59/Warga Emas, dan RM 39/Kanak-kanak

 

8.  Royal Mustika Ballroom

 


So, korang dah tahu ke nak makan mana? Tapi takpe sebab kami ada banyak lagi suggestion untuk korang. Contohnya, Royal Mustika. Royal Mustika ni ada semua yang korang nak! Diorang ada lebih dari 40 hidangan sedap setiap hari tau! Mark lah tarikh dari 3 hingga 28 Ramadan ni! 

Tarikh: 16 Mac - 07 April 2024
Harga: RM 55/Dewasa, RM 50/Warga Emas, dan RM 40/Kanak-kanak


Lagi best, dapat 1 pass free untuk setiap 10 pembelian!
 

9.  Hotel De Palma

 


Panggilan kepada semua penduduk Shah Alam yang teringin makan buffet Ramadan! Korang kena serbu De Palma Hotel Shah Alam bulan puasa ni, sebab diorang akan buat buffet Ramadan dari 12 Mac 2024 hingga 8 April 2024.

Tarikh: 2 Mac - 08 April 2024
Harga:

  • Early bird Dewasa: RM 75
  • Harga biasa: RM 90/Dewasa, RM 60/Warga Emas, dan RM 50/Kanak-kanak
  • Masuk percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun
 

10.  TH Hotel Kelana Jaya

 


Dengar cerita TH Hotel Kelana Jaya ada promosi istimewa - beli 10, dapat 1 percuma! Ajak ahli keluarga semua datang dan makan bersama-sama. Buffet Ramadan 2024 kat TH Hotel Kelana Jaya bertemakan"Juadah Nostalgia" yang menarik gila! Dari 13 Mac sampai 8 April 2024, dari pukul 6:30 petang sampai 10:00 malam. Cepat, book meja korang sekarang!

Tarikh: 13 Mac - 08 April 2024
Harga: RM 85/Dewasa, RM 55/Warga Emas dan Kanak-kanak


Psst! Tempah awal dapat harga RM75 je. Jangan lepaskan peluang ni!
 

11.  Bespoke Hotel Puchong

 


Upgrade pengalaman berbuka puasa korang dengan "Sajian Kasih Ramadan" Buka Puasa Dinner Buffet di Bespoke Hotel Puchong. Jom isi perut dengan hidangan yang mengancam selera termasuk ketam pedas istimewa dan kambing golek yang menggiurkan, semuanya sambil menikmati pemandangan indah langit-langit Puchong!


Tarikh: 13 Mac - 07 April 2024
Harga: RM 98/Dewasa, RM 78/Warga Emas, dan RM 58/Kanak-kanak

 

12.  Nexus Regency Suites

 


"Kalau perut kenyang, semua orang happy," gitu kata orang kan? Jom berbuka puasa sama-sama kat Nexus Regency Suites & Hotel dengan pelbagai hidangan sedap. Buffet makan sepuas hati, so makanlah sampai puas dan pastikan perut kenyang!


Tarikh: 16 Mac - 06 April 2024
Harga: RM 88/Dewasa, RM 85/Warga Emas, dan RM 49/Kanak-kanak


Beli 10, Dapat 1 Percuma! Tunggu apa lagi? Ajak keluarga semua, mari makan besar! Booking sekarang!
 

Ada tak lagi tempat buffet Ramadan yang tak cekik darah?


Menikmati makanan yang menyelerakan tak semestinya perlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting korang kena bijak dalam berbelanja dan menguruskan duit.

 

Share lah artikel ni dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Kalau ada mana-mana tempat yang ada offer, share lah dengan kami di ruangan komen Facebook.

 

Selamat berbuka!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia