Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Shopback? Berapa Ringgit Je Boleh Dapat?

BY Nor Aziah

Updated 11 Nov 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini


Berita baik untuk kaki shopping kat luar sana! Korang tahu tak sebenarnya korang boleh dapat balik duit hasil korang shopping online? Aikk macam pelik jee, macam mana dah spend dekat membeli tapi masih ada pulangan duit?? Haa, kalau ada yang still tak tahu, meh admin share pasal Shopback!

Buat penggemar online shopping dekat luar sana korang tak perlu bimbang dah, Shopback kan ada! Lebih 3 juta pengguna dah start guna Shopback sebagai platform online shopping, apa yang menarik sangat pasal Shopback ni?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa Itu Shopback?

Kalau korang nak tahu ShopBack ni adalah satu app untuk korang shopping produk tak kesah lah baju ke, barangan elektronik, perabot dan banyak lagi bende. Eh… tapi apa beza ShopBack dengan app beli belah lain? Haa beza dia kalau korang beli guna Shopback, korang boleh dapat balik peratus kecil duit yang korang spend untuk shopping tu! Bila korang shopping melalui app ni, korang akan dibayar semula komisyen sebab sudi guna app tu. Macam best je kan? Selama ni duk berhabis duit online shopping, tak pernah terfikir boleh dapat duit kita balik.

 

Macam mana nak shopping online guna Shopback?

 

 

Mula-mula sekali korang kena install dulu app ShopBack ni dalam phone korang. Lepas tu, macam biasa korang kena buat akaun dengan segala details pasal korang. Bila dah settle korang boleh nilai sendiri berapa banyak peratus komisyen korang boleh dapat semula melalui store berlainan. Haa kat sini korang boleh bajet la berapa banyak cashback yang kedai tu sediakan. Ni dekat bawah korang boleh tengok contoh kedai dan berapa percentage cashback yang korang boleh grab:
 

 

Apa yang senang pasal app ni once korang klik dekat memana kedai dalam ShopBack… dia akan automatik bawak korang ke platform tu sendiri untuk korang buat pembelian melalui platform tu. Bila korang dah checkout dan buat pembayaran, ShopBack akan track balik pembelian tu dan masukkan percentage kecil komisyen dalam akaun ShopBack korang. Biasanya proses ni makan masa 48 jam selepas korang membeli. Last sekali, korang boleh pilih macam mana nak withdraw duit cashback korang tu. 

 

Jadi, berapa hinggit je korang boleh dapat balik?

 

 Macam mana nak kira jumlah duit yang korang boleh dapat agak tricky, ni sebab jumlah percentage tiap kedai nak bagi lain dan tak sama. Ini jugak bergantung kepada habit membeli korang. Kalau korang jenis suka spend duit dekat banyak bende, makin tinggi la peluang korang dapat duit cashback .

Contohnya korang suke shopping baju dekat Zalora, Shopee, lepas tu korang hari-hari tibai Foodpanda, topup prepaid, masuk pulak dengan kaki travel. Dekat situ korang dah boleh dapat untung cashback berganda-ganda sebab banyak pulangan semula daripada platform yang admin sebut tadi. Ni admin bagi contoh mudah untuk korang senang faham.


1. Cara kira basic Shopback

Jumlah perbelanjaan Tawaran cashback (%) Jumlah cashback untuk korang
RM100 5% RM5.00
 

2. Contoh kiraan menyeluruh

Kategori Jumlah perbelanjaan Tawaran cashback (%) Jumlah cashback untuk korang
Fesyen RM150 6% RM9.00
Kecantikan RM60 1% RM0.60
Travel RM200 5% RM10.00
Prepaid Telco RM50 6% RM3.00
    Jumlah RM22.60
 

Contohnya dalam sebulan korang spend macam dalam table ni. Kalau korang perasan dekat situ je korang dah boleh jimat dan dapat pulangan duit RM22.60. Duit ni korang boleh guna untuk beli emas ke, transfer kat ASB ke.

TIPS PENTING: Pastikan bukak Shopback semula setiap kali selesai satu transaksi dan nak buat transaksi baru.

 

“Memang syok dapat duit ni tapi dengar cerita process nak withdraw macam lambat lah. Betul ke?”

Dah kumpul duit banyak-banyak dalam Shopback, mestilah nak withdraw. Korang boleh pindah masuk akaun bank atau masukkan dalam akaun Boost e-wallet korang. Tapi, kena pastikan dalam akaun ada minimum RM10 baru korang boleh withdraw tau!

Mesti ada antara korang yang frust, kata laju tapi sampai nak dekat 2-3 bulan baru boleh transfer duit cashback. Jangan panik, untuk korang yang ada masalah untuk withdraw duit dari akaun Shopback… korang kena faham dulu bila korang beli daripada sesetengah website, website tu ada letak syarat return policy.

Contohnya, Zalora ada return policy sebulan, jadi pihak Zalora kena tunggu sebulan dulu sebelum boleh confirm purchase korang dekat Shopback. Kena banyak bersabar dekat part ni.

 

Kalau macam ni, berbaloi ke tak guna Shopback?

Semestinya BERBALOI! Bagi admin, lebih baik korang dapat semula duit (cashback) daripada spend duit dekat pelbagai jenis platform tapi tak dapat sebarang pulangan duit. At least rasa la jugak jadi kaki shopping yang bijak kan, boleh la cover sikit apa-apa rasa ‘ter’bazir tu. 

Nak elak membazir korang boleh jugak dapatkan cashback dengan renew insurance kereta dan motor dekat Loanstreet. Dapatkan 6% cashback khas untuk korang dekat SINI!

 

Selain tu, bagi admin konsep cashback tu sendiri pun menarik dan senang untuk difahami oleh kita kaki shopping ni. Pilihan store dalam Shopback pun meriah, so korang tak perlu runsing nak pilih kedai-kedai tertentu je. Tak cukup dengan tu, tiap-tiap sale 9.9 atau 11.11, upsized cashback dimana nilai cashback (percentage) akan dinaikkan pada waktu promosi special! Boleh lah ambil peluang waktu macam ni!

 

Apa pulak pendapat korang berbaloi ke tak? Dah ready ke nak install Shopback dalam phone? Share sikit tips dan tricks korang dengan admin kat ruangan komen FB ni. Selamat ber-shopback!

 

BACA JUGAK:

7 Jenis Pelaburan di Malaysia yang Korang Boleh Cuba!

Berapa Kos Insurans Cermin Kereta (Windscreen) Kat M’sia?

Top 10 Racun Shopee Viral di Tiktok

 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)