Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Berfikir Baik Kalau Anda Tidak Memiliki Insuran Hayat

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2022




Anda menolak ini sebagai hanya satu lagi kuliah klise mengenai kepentingan membeli insuran, mengapa anda tidak berfikir insuran adalah penting?
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sudah tentu, soalan ini ditujukan kepada kebanyakan para muda mudi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai insuran, berpandukan oleh laporan yang dibuat oleh Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM), meliputi jumlah yang tinggi di kalangan penduduk-penduduk di Malaysia yang tidak mempunyai insuran. Penemuan lain mendapati bahawa individu-individu di bawah umur 25 tahun mempunyai statistik liputan yang tidak menggalakkan, walaupun premium lebih rendah mengikut umur. Mari kita lihat mengapa insuran begitu penting, dan amat direkomen seperti kewangan peribadi di seluruh dunia.

Mengapa tidak memiliki insuran menjadi begitu luas

Pasti kita semua ingin tahu serta mencari sebab-sebab mengapa kadar perlindungan insuran begitu rendah di kalangan rakyat Malaysia, oleh itu kami di Loanstreet buat beberapa survey dengan beberapa orang dewasa muda yang masih bekerja yang menepati piawaian ini: tidak cukup pelindungan insuran atau tidak memiliki insuran hayat, berumur dari awal 20-an hingga pertengahan. Walaupun maklumat itu tidak mungkin dapat membentuk sebagai hasil penyelidikan yang betul tetapi terdapat beberapa persamaan jawapan yang ketara antara mereka.

Jawapan-jawapan hasil dari penyelidikan kami telah dibahagikan kepada dua sebab utama:

  1. Mereka berada di tahap selesa untuk tidak pedulikan komitmen yang lain seperti membayar perbelanjaan rumah malah sebahagian dari mereka berpendapat komitmen yang penting bagi mereka adalah membayar kereta atau belanjakan wang untuk memenuhi kehidupan mereka yang mewah.

  2. Kebanyakan mereka menerima gaji setaraf graduan baru dan bagi mereka amat sikit dan jadikannya sebagai alasan yang kukuh bagi mereka untuk tidak mengambil insuran.

Insuran adalah penting

Malangnya, kita tidak dapat mengelak diri kami dari memberi sedikit pengajaran. Walaupun majoriti golongan muda mungkin bukan dari pencari nafkah bagi keluarga mereka, tiada seorang pun dapat menafikan hakikat kemungkinan yang akan berlaku kepada mereka hutang-hutang yang ditinggalkan mereka akan ditanggung oleh orang-orang tersayang. Ia memang bukan sesuatu yang menyenangkan tapi inilah hakikatnya dimana tanpa perancangan dan persediaan yang bagus ia akan membawa kesan yang buruk dikemudian hari. Peringatan penting buat anda dimana asas insuran hayat biasanya diperluaskan untuk melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (kehilangan upaya untuk bekerja) dan penyakit kritikal (seperti kanser, serangan sakit jantung dan strok).

Untuk mengelakkan kebahayaan untuk tidak memiliki insuran, mari kita bayangkan satu situasi dimana anda telah mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, dan tidak dapat bekerja dan katakanlah bahawa ahli-ahli keluarga anda yang akan menanggung segala kos-kos perubatan anda malahan perlu menjaga anda di rumah. Selain itu, apa-apa pinjaman kenderaan atau harta benda anda telah menjadi tunggakan ini menyebabkan anda mempunyai hanya dua pilihan, yang pertama menjual harta benda anda atau bebankan keluarga anda dengan pinjaman yang telah dibuat oleh anda. Perlu diingatkan juga, ini tidak termasuk kepada perbelanjaan rumah yang telah anda tanggung selama ini.

Kini, apa yang akan berlaku jika anda meninggal dunia? Dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh LIAM, "jurang perlindungan purata bagi keluarga yang utamanya menjadi sumber pendapatan gaji tidak mempunyai perlindungan insuran hayat adalah RM723,000 bagi setiap keluarga. Ini lazimnya menjelaskan bahawa jika sesebuah keluarga mahu mengekalkan gaya hidup semasa mereka dan teruskan dengan penggunaan seharian, mereka memerlukan sekitar berjumlah RM723,000 bagi mereka untuk bertahan selama 5 tahun. Mereka di usia linkungan pertengahan dua puluhan mungkin bukan purata umur yang kebanyakkannya adalah pencari nafkah rumah, tetapi seseorang itu perlu mengambil kira apabila pencari nafkah sebenar di kalangan mereka yang telah bersara itu terpaksa bergantung kepada pencen atau simpanan KWSP semata mata. Pendapatan isi rumah akan makin tegang ditambah pula dengan kos tanggungan hidup yang makin lama makin meningkat.

Beli secara langsung

Dan sebab yang ketiga untuk tidak memiliki insuran ialah kebanyakan agen-agen insuran hanya mengutamakan komisyen dan tidak mengambil berat terhadap pelanggan mereka. Walaupun ia kemungkinan sesuatu perkara yang benar namun ia bukan alasan yang sepatutnya untuk meletakkan diri anda di dalam risiko sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pada awal tahun ini, perkara yang baik telah berlaku dimana perlindungan insuran boleh didapati di laman web, berpandukan dengan panduan serta polisi yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Dengan secara tidak langsung tidak memerlukan khidmat-khidmat agen insuran disebabkan oleh tawaran yang sama telah ditawarkan dilaman web.

Berpandukan dari UForLife, untuk melindungi seseorang berumur 25 tahun untuk insuran berjumlah RM100,000 memerlukan bayaran premium serendah RM17.70. Satu penyelesaian yang bagus bagi mereka untuk mencari insuran berkos rendah bukan? Sudah tentu dimana untuk memahami sekurang-kurangnya asas dalam memahami beberapa jenis insuran dan bagaimana prosesnya, anda boleh tahu lebih lanjut di Panduan Insurans Hayat Bahagian Satu-Lima Atribut Asas.

Kesimpulan

Jangan pertimbangkannya lagi - insuran adalah penting untuk perlindungan kewangan anda seperti meletakkan tambahan jaring kepada tali yang telah diikat rapat dan peringatan yang sangat penting kepada anda dimana keutamaan ini harus diberikan kepada keluarga anda dari diri anda.

Pada masa ini, anda perlu menyemak semula polisi yang telah anda ambil atau dapatkan polisi insuran bagi belum memilikinya lagi. Jika anda tidak pasti tentang apa yang diberitahu oleh agen anda, pastikan untuk melihat kepada topic dilaman web kami tentang perbezaan kepada pelbagaian jenis bagi insuran nyawa bagi mengenal pasti mana yang bersesuaian bagi situasi anda sekarang.

Tapi jangan lupa tentang insurans kereta dan insurans motorsikal anda juga! Perbaharui insurans kereta dan insurans motorsikal anda secara online di halaman insurans kami sekarang. Sebut harga insurans anda adalan percuma dan serta-merta, selamat membeli!


Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover