Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Daftar Akaun Tabung Haji Online Dengan THiJARI, Ini Caranya!

BY Ehsan

Updated 26 Feb 2020





Buat sesiapa yang dah ada atau baru nak buat nak buat akaun Tabung Haji (TH), ada berita gembira untuk korang semua. Sekarang dah tak payah beratur panjang atau tunggu lama-lama lagi dekat kaunter, semuanya dekat hujung jari. Tapi apa yang hujung jarinya tu? 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Sumber imej: Facebook Official: Lembaga Tabung Haji
 
Baru-baru ni, bermula 5 Februari 2020, Tabung Haji memperkenalkan dan melancarkan THiJARI, iaitu platform digital yang membolehkan korang buat transaksi secara online. Tapi, sebelum korang nak gunakan perkhidmatan ni, ada beberapa perkara yang perlu korang kemas kini dekat kaunter TH.
 

Apa je kena kemas kini dekat kaunter TH?


Ok… perkara pertama yang korang kena buat adalah kemas kini maklumat peribadi dekat kaunter TH, pastikan jugak korang dah kemas kini semua maklumat ahli (termasuklah nombor telefon bimbit). Nanti akan ada nombor pengesahan (TAC) yang dihantar ke nombor telefon bimbit korang lepas didaftarkan.

Sebelum tu, double check nombor telefon yang korang bagi, pastikan betul sebab nanti tak ada masalah nak log in dalam sistem THiJARI. Selesai semua urusan ni, korang boleh boleh terus ke www.thijari.com.my
 

Mudah je guna THiJARI, follow 3 step ni:

  1. Pergi ke laman utama www.thijari.com.my, tak kisahlah guna telefon bimbit, komputer, laptop atau apa-apa yang boleh korang akses. 
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Lepas tu, masukkan nombor telefon bimbit yang dah didaftarkan. Masukkan maklumat peribadi, selesai semuanya korang dah boleh gunakan perkhidmatan THiJARI.
Nak lebih jelas, tengok infografik bawah ni:


Sumber imej: Facebook Official: Lembaga Tabung Haji 


Apa je perkhidmatan yang ditawarkan dalam THiJARI? 

Ada 3 perkhidmatan yang boleh korang buat melalui THiJARI, iaitu:

1.    Urusan Simpanan dan Pengeluaran


Sumber imej: Pesona Pengantin

Antara perkhidmatan berkaitan yang boleh korang buat melalui THiJARI seperti:
  • Membuat semakan ringkasan dan butiran akaun
  • Membuat semakan transaksi dan baki akaun
  • Membuat pindahan simpanan akaun TH
  • Muat turun dan cetak penyata akaun
  • Kemas kini profil akaun.

2.    Urusan Haji


Sumber imej: Malaysia Dateline

Urusan Haji akan jadi lebih mudah dan menjimatkan masa kalau semua perkara ni boleh dilakukan online, kan? Contohnya:
  • Membuat semakan status pendaftaran dan muat turun slip pendaftaran Haji.
  • Membuat semakan surat tawaran dan status Haji.
  • Muat turun jadual penerbangan Haji pergi dan balik. 
  • Semak lokasi, tarikh dan muat turun nota Kursus Asas Haji.

3.    Kelab Taha/Taha@U


Sumber imej: Lembaga Tabung Haji

Nak didik anak-anak menabung sejak daripada kecil pun mudah dengan kelab TaHa bila korang boleh settlekan semua urusan dekat bawah ni dengan THiJARI:
  • Daftar kelab Taha/Taha@U
  • Semak status pendaftaran dan E-kad keahlian kelab.
  • Semak senarai rakan Kelab TaHa/TaHa@U. 

Lepas ni takde lagi masalah ulang-alik pergi TH, jimatkan masa korang dan yang paling penting boleh akses bila-bila masa je. Mudah, kan? 

Kalau ada apa-apa tak faham atau pertanyaan lanjut, korang tanya dekat sini:

Datang ke Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau korang boleh hubungi:             

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
Faks : +603 - 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

Nak SMS pun boleh, macam bawah ni:


SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Baca Jugak:
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)