
Apa Tu Inisiatif Pengeluaran Haji Kepada Ahli KWSP?
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah haji.Semua Kos Perbelanjaan Ditanggung Ke?
Tak. Kemudahan pengeluaran caruman ini hanyalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan asas mengerjakan haji dan bukan kos keseluruhan perbelanjaan haji. Ini bagi memastikan pengeluaran yang dibuat bagi tujuan mengerjakan haji ini tidak menjejaskan simpanan persaraan korang. Jadinya, korang masih perlu mempunyai simpanan tabung haji jugak.
Apa Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Pengeluaran?
Nak tau korang layak tak untuk buat pengeluaran? Check syarat kat bawah:1.Korang sebagai ahli KWSP hendaklah berumur kurang 55 tahun dan dah terima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ untuk mengerjakan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH). Pastikan dah dapat surat tawaran tau baru boleh buat pengeluaran.
2. Korang masih belum cukup simpanan dekat LTH untuk mengerjakan Haji.
3. Kelayakan Amaun Pengeluaran:
Maksimum pengeluaran yang korang boleh buat hanyalah sebanyak RM3,000.00 ATAU baki akaun 2 KWSP (ikut mana yang lagi rendah)
4. Bayaran pengeluaran tu korang kena buat pembayaran terus ke akaun LTH.
5. Korang kena ingat, sebagai pencarum TH, korang hanya layak buat pengeluaran sekali je.
6. Sekiranya korang tak jadi nak buat pengeluaran, jangan risau, korang cuma perlu buat pengembalian amaun pengeluaran tu je. Meh sini admin ajar cara nak buat pengembalian pengeluaran:
- Kalau korang nak batal/tangguh buat haji, korang perlu kembalikan semula amaun pengeluaran kepada KWSP. Tindakan pemulihan akaun korang akan dibuat.
- Tapi kalau pembatalan dibuat disebabkan berlaku kematian ahli, waris korang tak perlu susah-susah nak kembalikan amaun pengeluaran tu sebab amaun pengeluaran tersebut akan jadi harta pusaka. Prosedur tuntutan harta pusaka tu korang cuma perlu refer dekat TH.
Bagaimana Caranya Nak Buat Pengeluaran Ni?

Senang je,Korang sebagai ahli KWSP cuma perlu hadir di mana-mana kaunter cawangan KWSP dengan membawa dokumen-dokumen asal berikut :
i) Kad Pengenalan Diri (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera)
ii) Surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ daripada LTH; DAN
iii) Buku akaun simpanan ahli di LTH (yang telah dikemaskini dalam tempoh 6 bulan)
Korang sebagai ahli tidak perlu isi apa-apa borang permohonan. Cumanya, korang kena turunkan cap Ibu Jari di atas ’Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti mengemukakan permohonan.
Korang Ada Soalan Mengenai Pengeluaran Ni?
Admin faham sangat kalau korang masih konfius. Jangan risau, sebarang kemusykilan atau pertanyaan, korang call je Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000.Sebenarnye, banyak benda yang korang boleh manfaatkan bagi pengeluaran KWSP ni dan bukan terhad kepada pengeluaran bagi haji sahaja. Nak tahu lebih lanjut apa lagi yang korang boleh manfaatkan dari KWSP ni? Baca Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Perkara Ini. Bagi tujuan apa pon yang korang guna, admin harap korang dapat manfaatkan sepenuhnya peluang yang dah ada di depan mata!
Sekiranye korang tak menepati syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan, janganlah terus putus asa untuk menunaikan haji. Ada cara lain yang korang boleh guna such as memohon personal loan.
Tak tau personal loan apa yang sesuai dengan korang? Takpe, korang click je page personal loan ni untuk tau dgn lebih lanjut.
Apa lagi manfaat yang korang boleh dapat dari KWSP? Check artikel ni pulak:
- Bolehkah Wang KWSP Anda Digunakan Untuk Pinjaman Perumahan?
- Rancang Sekarang Dengan KWSP, Nikmati Kemudian!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.