Kerajaan dengan bantuan agensi yang berkaitan akan menyalurkan bantuan tunai ni:
1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 seisi rumah
Sumber imej: eCentral
Untuk dapatkan bantuan wang ihsan ni, korang kena buat permohonan dulu. BWI cuma akan diberi kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.
Bagi yang menyewa pun boleh memohon. Cumanya, kalau penyewa dah buat permohonan, tuan rumah dah tak boleh buat permohonan ya.
Ni cara-cara untuk korang mohon BWI:
-
Muat turun dan cetak borang permohonan daripada laman web rasmi kerajaan.
-
Hantar borang permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
-
Dapatkan bantuan lanjut di Pejabat Daerah anda atau rujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Untuk tuntutan berkaitan kematian akibat banjir, borang tambahan dan bukti hubungan kekeluargaan diperlukan.
Kalau korang macam tak berapa faham, korang KLIK SINI atau call Hotline MyGCC: 03-8000-8000 untuk maklumat lanjut.
2. Bantuan Banjir Zakat Selangor
Untuk korang yang tinggal di Selangor, Bantuan Banjir Zakat Selangor ada sediakan bantuan untuk meringankan beban asnaf (fakir, miskin, dan mualaf) yang terjejas sebab bencana banjir.
Cara nak mohon:
-
Mohon online je melalui portal Zakat Selangor (klik sini untuk mohon).
-
Pastikan korang layak dengan memenuhi kriteria ni:
-
Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
-
Lahir atau dah menetap di Selangor sekurang-kurangnya tiga tahun.
-
Pendapatan bawah paras Haddul Kifayah.
-
Untuk info lebih lanjut dan muat turun dokumen, pergi ke laman web Zakat Selangor.
3. Program Prihatin Banjir
Bank Islam Malaysia Bhd dah relaunch balik Program Prihatin Banjir sebagai bantuan kepada korang yang terjejas. Program ni termasuk penangguhan bayar balik pinjaman selama enam bulan untuk pembiayaan rumah, peribadi, dan kenderaan.
Langkah Nak Mohon:
-
Dapatkan borang permohonan dari laman web rasmi Bank Islam atau pergi je ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan.
-
Sediakan dokumen sokongan (pilih satu je) macam ni:
-
Surat pengesahan dari ADUN.
-
Surat dari Ketua Kampung atau Penghulu.
-
Pengesahan dari JKKK.
-
Surat dari agensi berkaitan macam NADMA atau MKN.
-
Laporan polis yang detailkan kerosakan sebab banjir.
-
-
Hantar borang yang dah lengkap dengan dokumen sokongan kat cawangan Bank Islam paling dekat.
4. Bantuan Banjir CIMB
CIMB Group Holdings Bhd ada perkenalkan Bantuan Banjir CIMB. Bantuan ini adalah untuk beri pelepasan bayaran selama enam bulan untuk produk pinjaman dan pembiayaan. Ini untuk bantu korang yang terjejas, termasuk individu, PKS, dan mikro-PKS.
Langkah Nak Mohon:
-
Untuk individu: Hubungi Pusat Perhubungan CIMB di +603 6204 7788 atau pergi ke cawangan CIMB.
-
Untuk PKS: Mohon online je melalui Program Bantuan Bayaran .
-
Untuk pelanggan korporat dan bukan PKS: Hubungi Pengurus Perhubungan CIMB korang.
Jangan lupa jaga diri dan stay updated!
Semoga artikel ni dapat bantu ringankan beban korang dengan bantuan yang ada. Apa yang penting sentiasa up-to-date dengan pihak yang terlibat di kawasan korang dan hubungi pihak yang terlibat untuk pastikan korang tak tercicir daripada sebarang bantuan ni.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: