1. Monstera Deliciosa
Nama botani: MONSTERA ‘BORSIGIANA ALBO VARIEGATA’
Harga: Dari RM200 hingga RM3,700
Faktor: Untuk pengetahuan korang, baka pokok ni SANGAT RARE dan TAK BOLEH ditanam dengan kaedah semaian benih ya. Baka ni korang kena tanam guna kaedah dalam makmal atau cara keratan batang daripada tumbuhan induk bermutasi. Selain tu, proses petumbuhan pokok ni boleh dikatakan agak perlahan dan perlukan penjagaan yang rapi.
2. Red Mambo
Nama botani: ALOCASIA AZLANII
Harga: RM420 hingga RM2,943 (bergantung kepada saiz)
Faktor: Baka pokok Red Mambo ni korang cuma boleh kat Sarawak je dan pokok ni agak susah untuk dijaga. Tekstur daun pokok ni sangat unik dengan gabungan warna hijau, ungu, merah, dan urat daun ni pulak berwarna hitam. Kombinasi warna daun dan urat pokok menyebabkan permukaan daun nampak cantik, berkilat dan cukup unik!
3. Monstera Obliqua
Nama botani: MONSTERA OBLIQUA
Harga: RM9,000 per daun
Faktor: Pokok ni sememangnya unik dengan permukaan daun yang berlubang secara semulajadi dan memerlukan penjagaan yang khusus. Kadar pertumbuhan pokok ni pulak agak perlahan dan susah nak dijaga. Cuma orang tertentu je yang boleh tanam pokok ni dan disebabkan tulah pokok ni cukup rare tau.
4. Bonsai Tua
Nama botani: PINUS BONSAI
Harga: RM5.5 juta
Faktor: Usia pokok ni boleh mencecah lebih 800 tahun! Lagi tua, lagi mahal harga pokok ni. Tapi, pokok ni kena jaga dengan cermat sebab akar pokok bonsai tak boleh tumbuh dengan panjang yang normal dan perlukan pemindahan semula/penempatan yang berterusan.
5. Pokok Daun Penyu
Nama botani: RHAPHIDOPHORA TETRASPERMA
Harga: RM34,205
Faktor: Proses variegasi yang panjang dengan campuran warna yang berlainan menghasilkan kombinasi warna yang berbeza dan unik pada daun yang dah sememangnya berbentuk ganjil. Lagi bertambah unik bila pokok ni ada blok corak yang tersendiri dengan susunan daun yang kemas.
6. Orkid Sabah
Nama botani: ROTCHSCHILD'S ORCHID (PAPHIOPEDILUM ROTHSCHILDIANUM)
Harga: RM20,986
Faktor: Orkid baka unik yang HANYA boleh didapati di Sabah. Bunga orkid ni mengambil masa yang lama untuk mekar dan boleh dikatakan sebagai spesis yang terancam—sebab tu harga dia mahal gila.
7. Pokok Half Moon Philodendron Pink Princess
Nama botani: PHILODENDRON ERUBESCENS ‘PINK PRINCESS’
Harga: RM5,451
Faktor: Warna merah jambu pada daun, menjadikan pokok ni istimewa daripada tumbuhan-tumbuhan lain. Pokok ni boleh hidup samada kat tanah dan jugak air, sekaligus menjadikan pokok ni sebagai yang tumbuhan yang mudah dibela.
Haa…mesti sekarang ni korang dah rambang mata lepas tengok pokok-pokok ni, kan? Tekpe, kalau korang rasa mahal, admin syorkan untuk korang kumpul duit sikit-sikit. Bila dah cukup nanti, bolehlah beli satu.
Kalau tengok harga dia, memang terkoyak poket masing-masing. Tapi Admin rasa, kalau ikut kepuasan diri, apa salahnya. Camne pulak dengan korang? Cer komen sikit kat FB post kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: