1. Nasi ayam halia
Nasi ayam ni paling popular kalau korang order kat kedai cina, terutama sekali kat food court, selalunya RM5 je sepinggan. Tapi kalau korang buat sendiri, RM5 boleh dapat berpinggan-pinggan.
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi
- 3 cawan air (mengikut jenis nasi)
- 2 sudu besar minyak bijan
- 2 kiub ayam
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 1 daun bawang, dipotong
- 2 ulas bawang putih, dipotong
- 1 biji halia, dipotong
- 1 biji ayam
Cara masak:
- Bergantung kepada jenis nasi, letak air secukupnya (kalau nasi putih boleh guna jari je, kalau nasi perang kena letak dua kali ganda). Lepas tu masukkan semua bahan-bahan, dan letak ayam kat atas sekali, dan Tekan ON.
- Bila dah masak, gaul nasi supaya minyak tu sama rata.
Baca sini untuk resepi penuh.
2. Mac n Cheese
Mac n Cheese ni macam Indomee – nampak simple, sedap dimakan, dan karbohidrat semata-mata jadi ia sangatlah mengenyangkan. Dan yang paling penting (bagi sesetengah orang), takde sayur!
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan makaroni
- 1 1/2 cawan sup ayam
- 1 cawan susu badam tanpa gula
- 3/4 Cheddar shredded cheese
- 1/2 cawan mozzarella shredded cheese
- 1/4 Parmesan grated cheese
- 1/4 sudu kecil paprika
- garam dan lada hitam secukup rasa
Cara masak:
- Campurkan makaroni, sup, dan susu badam dan masak dalam periuk nasi mengikut arahen (korang boleh Google model periuk nasi masing-masing) sampai makaroni jadi lembut. Selalunya ia mengambil masa 30 ke 40 minit.
- Campur dan kacaukan semua jenis keju, paprika, garam dan lada hitam ke dalam makaroni sampai keju tu cair.
Baca sini untuk resepi penuh.
3. Mangkuk avocado
Resepi ni agak atas sikitlah, sebab kena guna avocado, keju feta, dan quiona. Tapi sekali-sekala kalau korang nak rasa macam golongan bangsawan, apa salahnya.
Bahan-bahan
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan quiona (takde pun takpe)
- 1/4 sudu kecil seasoned salt
- 2 biji telur
- 1 biji avocado, dipotong
- 2 sudu besar keju feta
- garam dan lada hitam secukup rasa
Cara masak:
- Kalau korang guna quiona, letak dalam periuk dan campurkan dengan air, dan kacau sampai quinoa jadi lembut. Selalunya ambil masa 15 minit.
- Rebus telur tahap mana yang korang suka, dan letak garam dan lada hitam secukup rasa. Kalau nak tambah perisa, boleh letak seasoned salt.
- Campur quiona dan telur dalam manguk, kemudian masukkan avocado dan keju feta.
Baca sini untuk resepi penuh.
4. Tofu dan asparagus
Ini satu lagi resepi yang sangat mudah, kalau korang gagal memang kami tak boleh nak cakap apa dah.
Bahan-bahan
- 1/2 ikat asparagus
- 1/2 kiub tofu
- 1/2 lobak kecil, dipotong
- 1 bawang putih, dipotong
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil minyak sayuran
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil madu
Cara masak:
- Campurkan semua bahan-bahan dan masak dalam periuk nasik. Stim dalam masa 15-20 minit.
Baca sini untuk resepi penuh.
5. Daging dan brokoli
Tak suka sayur? Takpe, resepi ni akan 'menenggelamkan' sikit rasa sayur tu dalam rasa daging, supaya korang boleh dapat kedua-duanya sekali. Barulah kulit muka gebu dan licin tanpa perlu pakai Qu Puteh. Resepi ni guna slow cooker, tapi kalau korang ada periuk elektrik yang biasa pun boleh jadi slow cooker dengan setting "Keep Warm".
Bahan-bahan
- 1 3/4 sup daging
- 1/2 cawan kicap
- 1/4 paket gula perang
- 2 sudu kecil minyak bijan
- 1/4 sudu kecil emping cili
- 1/2 kilo daging, dipotong nipis
- 1 bawang besar, dipotong
- 2 ulas bawang putih, dipotong
- 3 sudu besar air sejuk
- 1/4 cawan tepung jagung
- 3 cawan brokoli
- Nasi yang dah dimasak
- Biji bijan
Cara masak:
- Dalam slow cooker, campurkan sup daging, kicap, gula perang, minyak bijan dan emping cili.
- Tambah daging, bawang ke dalam campuran sup. Kacau sampai sup tu masuk dalam daging.
- Tutup slow cooker dan tekan HIGH untuk 3 ke 3 1/2 jam atau LOW untuk 6 ke 7 jam.
- Dalam mangkuk kecil, kacau air dengan tepung jagung sampai sebati. Masukkan ke dalam campuran daging tadi dan teruskan kacau sampai pekat.
- Masak brokoli mengikut arahan yang diberikan. Gaul ke dalam campuran daging tadi.
- Hidangkan dengan nasi, tabur biji bijan sekali.
Baca sini untuk resepi penuh.
6. Nasi Sepanyol dengan ayam dan udang
Kenapa nama dia nasi Sepanyol? Kami pun tak tau, mereka bukan menang pun waktu World Cup 2018. Apa yang penting, resepi ni nampak lazat, menyelerakan, dan mengandungi pelbagai rempah.
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras perang Basmati
- 1/2kg dada ayam, dipotong
- 1/2kg udang, dikupas dan dipotong
- 1 biji tomato kecil, dipotong
- 1/3 cawan bawang merah, dipotong
- 1/3 cawan lada loceng hijau, dipotong
- 30g lada hijau,
- 5 cawan sup ayam (tanpa garam)
- 8g sup tomato (tanpa garam)
- 1 1/4 cawan air
- 1 sudu besar minyak zaitun
- Daun ketumbar
- Perasa:
- 1 sudu kecil oregano
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1/2 sudu kecil smoked paprika
- 5 sudu kecil serbuk cili
- garam dan lada hitam secukup rasa
Cara masak:
- Lumurkan bahagian dalam periuk dengan minyak zaitun
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk
- Gaulkan bahan-bahan, tutup periuk dan tetapkan masa yang sesuai. Selalunya setting bagi brown rice adalah 40 minit, tapi korang rajin-rajinlah tengok supaya nasi tak terlalu kering ataupun berair.
Baca sini untuk resepi penuh
7. Kek pisang
Ok ini resepi paling mencabar. Ini bukan setakat memasak, tapi baking terus. Kalau resepi ni menjadi sila tinggalkan mesej kat Facebook kami dan kami akan ucapkan tahniah.
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung
- 3/4 cawan gula
- 2 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking soda)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 ke 3 pisang lecek
- 1/3 cawan mentega lembut
- 1/4 cawan susu
- 1 biji telur
- Minyak masak
Cara masak:
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, tepung penaik, sebuk penaik dan garam. Kacau sampai sebati.
- Tambahkan pisang, mentega, susu, dan telur. Kacau sampai sebati dan pekat. Kat sini korang nak tambah benda-benda lain macam kacang atau kismis pun boleh.
- Sebelum masukkan campuran ke dalam periuk, pastikan korang lumurkan bahagian dalam periuk tu dengan minyak masak. Korang boleh guna tisu untuk pastikan semua permukaan ada minyak, kalau tak kek pisang tu nanti akan melekat dalam periuk.
- Curahkan campuran ke dalam periuk dan tekan ON. Tempoh nak bagi kek ni siap bergantung kepada periuk nasi korang. Ada yang sama dengan tempoh masak nasi, ada yang kena ulang dua kali. Jadi korang kena try and error jugak la untuk resepi ni.
Baca sini untuk resepi penuh.
Bila ada had, kat situlah korang jadi kreatif
Kebanyakan orang bertuah sebab ada dapur yang lengkap dengan dapur gas/elektrik, oven, microwave, dan sebagainya. Tapi kadang-kadang kalau banyak sangat kelengkapan pun tak guna jugak, sebab tak tahu nak mula kat mana.
Jadi bagi korang yang baru nak belajar memasak, korang boleh mula dengan resepi periuk nasi ni. Takde alasan dah sebab cara menyediakannya sangatlah senang. Bila korang dah pandai, boleh level up guna peralatan-peralatan dapur yang lain pulak!