Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Melancong Ke Luar Negara Seperti Seorang Pengembara

BY Team Loanstreet

Updated 24 Jan 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang selalu habiskan simpanan untuk travel luar negara ke, atau korang compromise je dengan trip bajet kat tempat-tempat lokal? Sebenarnya kalau korang pandai, korang boleh je melancong ke luar negara dengan kos yang rendah- backpacking! 

 

Apa kata kalini korang ambil cabaran untuk try melancong secara backpacking. Sini kami tunjukkan caranya. 



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jom, kita rancang perjalanan korang! 

 

1. Bila nak pegi


Time merancang tu, korang boleh elakkan tarikh-tarikh yang korang bekerja ataupun tarikh hari anak sekolah. Tambah lagi, korang boleh pilih tiket flight yang murah berdasarkan tarikh yang korang free tu.  
 

2.  Nak pergi mana 


Korang mesti ada wishlist  negara-negara yang korang sentiasa mahu pergi kan?  Korang boleh gabungkan tempat yang korang nak pegi tu atas peta dan buat satu trip yang panjang. 
 

3. Penerbangan


Guna website macam SkyScanner atau Fare Compare untuk start research harga tiket. Jangan lupa stalk Facebook dan website airlines bajet untuk promosi gempak. Tips: beli tiket sekurang-kurangnya sebulan awal, elak flight hujung minggu, dan pilih waktu off-peak. Confirm murah!
 

4. Penginapan


Korang travel solo atau group? Hostel backpacker macam Hostel World sebenarnya best kalau korang pilih yang rating tinggi (min 80). Check Google Maps untuk lokasi strategik, dekat dengan tempat korang nak visit. Kalau tak suka kongsi bilik, guna Booking.com untuk hotel murah atau try Couchsurfing & Airbnb. Ingat, baca review dulu untuk pastikan tempat yang korang nak stay tu selesa.
 

5. Rencana Perjalanan


Trip korang akan jadi lagi best kalau ada ruang waktu fleksibel. Guna apps macam Viator atau Trover untuk cari tempat wajib dilawat. Kalau korang seorang Foodie, explore restoran guna Four Square. Preparation yang baik dapat jimat masa, dan korang boleh enjoy trip dengan relax.6. Guna pengangkutan tempatan

 

Nak rasa vibe macam lokal? Guna bas, kereta api, atau jalan kaki. Lagi rare, try cycling! Sambil tu, snap gambar kandid street vibe. Jangan lupa pakai kasut sport paling comfy korang.
 

Tips perjalanan:

 

 
  1. Sebagai seorang pengembara, cuba untuk tidak membawa apa-apa bagasi. Korang boleh membeli 50L beg Deuter atau beg Quechua untuk beg yang lebih murah. Lagi murah kalau beli melalui laman web. Pastikan korang check  saiz supaya diluluskan oleh dasar bagasi penerbangan korang.

  2. Semak ramalan cuaca supaya korang lebih bersedia.Jangan lupa untuk membawa payung sendiri untuk jimat duit. 

  3. Dapatkan jadual bas ulang-alik tempatan atau kereta api dari lapangan terbang supaya korang boleh menjimatkan wang untuk mengambil teksi ke asrama korang.

  4. Berkongsi cerita korang dengan pengembara lain yang korang jumpa. Simpan duit korang di tempat yang selamat pada setiap masa.

Jom try backpacking! 

 

Kalau plan dengan betul, korang sebenarnya boleh melancong ke Bangkok selama 7 hari dengan kurang daripada RM1,000 atau Eropah (Sepanyol, Denmark, Jerman, Hungary & Itali) selama sebulan dengan kos yang tidak melebihi RM8,000. So, kenapa nak bayar lebih kalau boleh travel dengan bajet? Lagi banyak korang jimat, lagi banyak trip korang boleh plan lepas ni.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

loanstreet-senarai-bantuan-banjir-untuk-dimohon

Jom Semak Senarai Bantuan Banjir Yang Korang Boleh Mohon!

5 Subsidi Kerajaan yang Korang Mungkin Tidak Tahu

5 Subsidi Kerajaan yang Korang Mungkin Tidak Tahu