Ni modus operandi yang scammer kod OTP guna untuk tipu mangsa:
Mula-mula scammer OTP ni akan hack akaun bank mangsa guna perisian yang canggih. Lepas dah dapat hack, scammer OTP ni akan pindahkan duit mangsa ke akaun keldai (mule account).
Bila si scammer ni nak pindahkan duit nilah kod OTP akan dihantar kat mangsa scam, kononnya tersilap daftar nombor telefon ATAU diorang akan menyamar jadi kenalan FB korang dan hantar mesej yang sama kat messenger.
Sumber Imej: World of buzz|Malaysian Man Loses RM63K After Scammer Managed to Get His Money Without An OTP Code
Untuk pengetahuan korang, kod OTP tu hanya akan dihantar pada nonbor telefon yang didaftarkan dibawah nama pemilik bank sahaja. Sebab tulah diorang akan mintak korang pulangkan kod verifikasi OTP tu untuk teruskan transaksi.
Sumber Imej: SAYS| Wang Beribu Ringgit Wanita Ini 'Disedut' Oleh Scammer, Baki Tinggal RM53 Je Dalam Akaun
Masa nilah korang kena berhati-hati sebab si scammer ni tak izinkan kita untuk bagitau sesiapapun pasal kod OTP ni dan reka macam-macam cerita untuk buat kita panik.
Dah jadi camni, kita yang tak tahu apa-apa pun pulangkan kod OTP tu dengan maklumat akaun sekali dan tak perasan pun yang kita dah ‘ter’buat satu transaksi online.
Tapi, kalau terkena scam OTP ni macam mana? Apa nak buat?
Jangan panik ya. Bertenang dan ikut langkah-langkah ni:
- Abaikan mesej dan sekat nombor telefon pengirim.
- Hubungi bank dengan segera untuk sekat akaun dan cegah kehilangan baki duit simpanan.
- Tukar username dan password (termasuk profil laman sosial yang korang).
- Simpan semua butiran bukti macam sms, screenshot dan dokumen yang berkaitan.
- Salurkan maklumat lengkap kepada Commercial Crime Investigation Department (CCID) Scam Response Centre di talian 03-26101559/03-26101599 atau KLIK SINI untuk buat aduan kepada SKMM untuk sekat nombor berkenaan.
Sumber Imej: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
Kalau korang dah settle report kat pihak bank, tapi tak puas hati dengan keputusan dan pengadilan yang diberikan, korang boleh KLIK SINI untuk kemukakan pertikaian korang dengan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) untuk proses timbang tara atau perundangan semula.
Pengajarannya, kalau korang dapat Kod OTP dari nombor yang tak dikenali, JANGAN sesekali:
- Dedahkan butiran perbankan atau perincian kad debit/kredit (kod CVV/CVC) kepada sesiapa.
- Mudah percaya dengan sms atau whatsapp kod OTP yang korang dapat.
- Tekan atau klik e-mel atau link laman web yang meragukan.
- Kongsikan maklumat perbankan dengan sesiapa.
- Layan mesej atau panggilan kata laluan Kod Kebenaran Transaksi OTP dari orang tak dikenali.
Harapnya, apa yang admin sampaikan ni sedikit sebanyak dapat bantu korang selamatkan diri dari scammer kod OTP ni dan share artikel ni tau. Andaikata korang ada sebarang pendapat pasal scammer kod OTP ni, jangan lupa share dan komen tau di FB post kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: