Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Membiayai Semula Rumah Anda Di Malaysia Untuk Membeli Hartanah Di Australia

Updated 19 Oct 2018 – By Loanstreet


Kebanyakan warganegara Malaysia mempunyai keinginan untuk membina hidup baru di tanah asing, Sesuatu tempat yang mempunyai prospek yang baik serta masa depan yang cerah.

Australia ialah salah satu negara yang boleh merealisasikan impian tersebut kepada masyarakat di Malaysia yang mempunyai keinginan di atas tadi.Dengan lebih daripada 10,000 orang akan berhijrah di sana pada tahun ini. Tambahan pula, Negara ini mempunyai bandar seperti Melbourne yang terkenal di seluruh pelusuk dunia sebagai tempat yang disenangi ramai bagi 5 tahun berturut turut.

Bagi kebanyakan warganegara di Malaysia yang telah menetap di Australia mempunyai maklum balas yang positif yang berkaitan dengan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan serta peluang menjalankan perniagaan yang cerah.

Pembiayaan Semula Sebagai Dana Sumber Anda

Jika anda sudah mempunyai rumah di Malaysia selama 5 tahun atau lebih dan dalam jangka masa itu harganya telah meningkat, anda boleh mengambil sedikit wang melalui cara pengambilan wang tunai dari pembiayaan semula.

Dengan secara tidak langsung, anda boleh memanfaatkan wang dari pembiayaan semula dari rumah lama anda untuk membuat pembayaran yang melibatkan pembelian rumah baru sebagai contoh duit muka dan caj serta fi pindahan rumah yang lain.

Kos Pembiayaan Semula

Kos pembiayaan semula bersamaan dengan membuat pinjaman yang lain, tetapi ia mungkin murah dalam jangka masa yang lama jika kadar faedah lebih rendah dari gadai janji anda yang sedia ada.

Ia pilihan yang bagus jika pinjaman perumahan ada sudah tiada “Lock-in Period” dan anda tidak perlu membayar wang penalti bagi membuat pembiayaan semula. Sesetengah mereka memilih membiayai semula pinjaman perumahan mereka adalah untuk kadar faedah yang rendah serta tawaran yang bagus dari pihak bank.

Hartanah di Australia

Ada kepelbagaian yang luas bagi hartanah di Australia tetapi dalam perspektif bagi pihak pelabur serta pihak pembeli, pangsapuri menjadi pilihan utama dari segi harga berbanding rumah bertanah.

Rata-ratanya, ia selalu mempunyai kadar penyewaan serta permintaan yang tinggi  berbanding rumah bertanah.

Selain daripada segi harga,pihak pembeli dan pelabur akan melihat factor-faktor kemudahan yang mempengaruhi kesesuaian untuk didiami serta daya penarik dari warga tempatan disana.

Sebagai contoh, pangsapuri yang berdekatan dengan Melbourne Central Business District (CBD)  mempunyai pelbagai kemudahan yang luas seperti pengangkutan awam , sekolah yang ternama dan pusat-pusat komersial serta perhubungan dengan universiti-unversiti tempatan di CBD.

Tambahan pula, kadar kekosongan iaitu peratusan unit yang sedia ada bagi penyewaan hartanah ialah 2.1% di Melbourne dan ia berada di bawah purata dalam Australia nasional peratusan di 2.3%.

Rata penyewaan yang rendah menjadi keinginan oleh kerana ia menandakan permintaan market yang tinggi.

Dan tidak lupa, “off-the-plan concessions” (setakat ni hanya berkenaan di Victoria) boleh membantu pembeli berjimat ribu-ribu di duti setem.

Pelancaran Hartanah Baru di Melbourne Oleh Jalin Realty

Pembangunan bagi hartanah Melbourne yang baru terletak dalam zon 1 Melbourne tram network, ia adalah pembangunan berkos rendah dengan saiz dalam dari 50 meter persegi /583 kaki persegi sehingga 161 meter persegi / 1,732 kaki persegi.

Pembangunan ini dilengkapkan dengan tempat letak kereta dan ruang simpanan tanpa kos tambahan dimana pembangunan yang lain mungkin caj untuk penambah tersebut.

Hartanah ini dikatakan telah mempunyai permintaan lokasi yang tinggi untuk penyewaan ; dengan kekosongan pinggir bandar hanya 1.8%. Dengan tambahan , telah pun menerima lebih daripada 1103 lawatan setiap senarai unit setiap bulan.

Projek ini juga adalah pra-kelulusan FIRB membuat kan ia menjadi tarikan bagi pelabur luar negara yang boleh berjimat sebanyak AUD5,000 dalam yuran permohonan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pastikan anda pergi serta lihat acara kami di 16 dan 17 Haribulan April 2016 (Sabtu & Ahad) dari 10pagi hingga 7petang, di Double Tree Hotel Kuala Lumpur (Level 10, Pine Room).

Sila hubungi +60127792008 & 60122081693 untuk butiran terpetinci.

Apakah Perkara Lain Yang Anda Harus Tahu Tentang Membeli Hartanah di Australia

Jika ini adalah kali pertama anda membuat pembelian hartanah luar negara, anda perlukan panduan untuk membantu anda mengurus serta memahami setiap proses yang betul. Pakar hartanah Australia memang diperlukan dimana para perunding ini akan menasihati anda dalam pembelian dan menyediakan dokumen sokongan serta memainkan peranan sebagai wakil anda.

Jika anda membuat pembelian hanya tertumpu untuk pelaburan tanpa berfikir untuk tinggal di hartanah tersebut ataupon menetap di Australia, anda masih memerlukan bantuan untuk pengurusan yang melibatkan penyewaan dan jual semula, etc.

Pihak agensi yang pakar dapat juga membantu anda memilih jenis hartanah dan menerangkan prosedur pembelian bagi hartanah yang berkualiti dan juga mendapatkan pembiayaan tempatan/asing. Sila hubungi Jalin Realty untuk perundingan berkaitan hartanah Australia di enquiry@jalinrealty.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Beli rumah tanpa downpayment

Macam Mana Nak Beli Rumah Tanpa Bayar Downpayment

Tip Ni Untuk Korang Yang Serious Nak Beli Rumah!

Tip Ni Untuk Korang Yang Serious Nak Beli Rumah!

PR1MA – yang baik, yang buruk, dan yang mampu milik

PR1MA – yang baik, yang buruk, dan yang mampu milik