Apa tu Program SAVE 3.0?
Sumber: SEDA
Sebenarnya, tujuan utama Program ni adalah untuk galakkan orang ramai beli barangan elektrik dengan kadar kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang.
Secara mudahnya, peralatan elektrik dengan kadar 4 dan 5 bintang ni, menjimatkan tenaga dan boleh menyelamatkan alam sekitar, dalam jangka masa yang panjang.
Untuk pengetahuan korang, Program SAVE 3.0 ni ada offer e- Rebat sehingga RM400 kalau korang beli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Apa barangan elektrik yang korang boleh beli di bawah Program SAVE 3.0 ni?
Sumber: SEDA
Ada dua kategori untuk rebat ini iaitu:
-
Kategori 1: Peti sejuk atau penyaman udara( aircond)
-
Kategori 2: Televisyen atau mesin basuh atau microwave atau periuk nasi
Korang layak untuk dapat e-Rebat sekiranya korang beli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang.
Kalau korang takut rambang mata nak pilih jenama apa sebab banyak pilihan, jangan bimbang laman web SEDA ni boleh bantu korang tapis ikut kategori dan berapa harga pasaran yang ditawarkan. Boleh klik link di sini.
Ni adalah kriteria yang telah ditetapkan sebagai syarat kelayakan Program SAVE 3.0 ni:
- Warganegara Malaysia
- Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd
- Bagi 1 akaun bil elektrik hanya layak memohon 1 e-rebat bagi setiap kategori & first come, first served basis
- Kalau korang dah pernah terima e-rebat Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi Kategori 1 Program SAVE 3.0.
Bila cukup syarat, barulah korang boleh buat permohonan e-rebat Program SAVE 3.0.
Sumber: SEDA
Sebenarnya, program SAVE 3.0 ni berbeza dengan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, tapi dalam satu platform yang sama.
Korang boleh mohon program SAVE 3.0 ni dengan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ni untuk extra RM 500 sekali.
Apa yang best, korang boleh gunakan dua rebat ni kalau dua-dua lulus dan boleh checkout. Cumanya, korang kena gunakan transaksi berbeza.
Ada dua cara untuk korang mohon e-rebat Program SAVE 3.0:
1. Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar
Mula-mula, cari senarai kedai atau pasar raya berdaftar. Klik SINI untuk senarai kedai yang berdaftar.
Bila korang pergi ke kedai atau pasar raya berdaftar ni, pastikan korang bawak:
- Bawak bil yang berdaftar dengan syarikat utiliti masing-masing macam TNB, SESB, SEB
- IC atau kad pengenalan korang
- Kedai yang berdaftar bawah program ini akan tolong korang buat permohonan
- Bila dah settle proses permohonan dan lulus, korang bolehlah gunakan rebat tu untuk beli barangan elektrik dalam kategori yang ditetapkan dekat kedai tu dan dapat diskaun
- Korang boleh KLIK SINI untuk semak status permohonan korang.
2. Pembelian secara online dekat platform e-commerce
Sumber: Shopee
Kalau nak beli online dan guna rebat ni pun boleh. Untuk memudahkan korang, ni dia 3 platform yang terlibat dengan Program SAVE 3.0 beserta langkah untuk memohon:
- Shopee Save 3.0
- Cari produk dengan label SAVE 3.0
- Chat dengan penjual dan mereka akan tolong korang apply baucar SAVE
- Bila permohonan dah lulus, seller akan kongsikan kod baucer dekat korang
- Masa nak checkout, korang klik dekat “Shop Voucher” dan masukkan kod kemudian dah dapat diskaun
- Terus apply kat Shopee dekat LINK NI.
-
Lazada Save 3.0
- Pilih barang yang berdaftar dengan program SAVE 3.0
- Chat dengan seller untuk aktifkan permohonan baucer SAVE
- Sediakan maklumat yang seller perlukan dan seller akan kongsikan link baucer bila dah lulus
- Tekan link voucher, terus checkout dan korang boleh dapatkan diskaun!
- Korang boleh dapatkan maklumat lanjut pasal program Lazada Save 3.0 dekat sini.
-
PGMall
- Cari produk yang ada label SAVE 3.0 di bawah laman web kempen ni
- Chat dengan seller untuk mulakan permohonan baucer
- Jangan lupa sediakan maklumat secukupnya. Proses permohonan mungkin ambik masa lebih daripada 3 hari
- Bila permohonan dah lulus, korang bolehlah checkout dan tambah lagi dengan baucer lain untuk lebih diskaun.
- Biasanya, seller akan update la bila baucer korang dah lulus, tapi kalau korang nak check status korang.
So, lepasni harapnya korang dapatlah manfaatkan Program SAVE 3.0 sebaik-baiknya. Memang untung gila bila dapat jimat duit, jaga alam sekitar dan jimatkan tenaga elektrik. Barulah pengguna yang bijak, kan?
Kalau korang rasa benda ni menarik, jangan lupa share dan komen di FB post kami!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: