Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Antara Lazada & Shopee, Yang Mana Better?

BY Darian Skazar

Updated 05 Oct 2022




Follow Loanstreet on Facebook & Instagram for the latest updates.

*Artikel ini telah diterjemah dari “Lazada vs Shopee: Easiest, Fastest & Cheapest” oleh Faiz Rahim.

 Ahh… online shopping. Kita semua pernah jadi mangsa skrol Lazada dan Shopee sibuk cari barang yang perlu dibeli. Lagi-lagi lah kalau waktu tu tengah sibuk promosi ‘9.9’, ‘10.10’, ‘11.11’, ‘12.12’ dan sebagainya. Godaan shopping tu bertambah kali ganda!

Memang tak boleh buat apa, kita semua nak tawaran jual beli yang terbaik dari dulu sampailah sekarang. Admin ada nenek yang boleh kasitau tempat mana murah untuk beli barang dapur kat area rumah termasuklah supermarket besar. 

Tapi kan, korang pernah curious tak platform online shopping mana lebih hebat dari segi penghantaran, user interface, pulangan barang/duit, kualiti barang dan harga (paling penting!)? Teruskan baca untuk tahu perbandingan antara Lazada dan Shopee.

NOTA TEPI: Penjimatan Berganda Dengan Kod Promo Shopee & Lazada 9.9



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


PENGHANTARAN: "Bila order nak sampai ni?" 

Zaman teknologi ni buat kita lebih tak sabar dari biasa. Kalau website korang ambik lebih dari 3 saat untuk load, hurmm ape cer? Sama lah jugak untuk penghantaran, kalau boleh memang nak cepat (penting!). Bila kita pergi kedai, boleh dapat barang terus. Bila dah biasa camtu, tu yang rasa mencabar sangat tunggu barang sampai.

 
 
Shopee Lazada
Dari Pembayaran Ke Penghantaran
  • Dari China: 6 - 9 hari (Paling lama: 14 hari)
  • Tempatan: 1 - 4 hari
  • Dari China: 6 - 14 hari (Paling lama - 24 hari)
  • Tempatan: 2 - 4 hari
Delivery Percuma Selalunya bila ada event special Hanya untuk beberapa barang - usually yang lebih mahal macam handphone
Pilihan Courier J&T, DHL atau GDEX (akan ditetapkan oleh seller). LEX (rakan penghantar Lazada).
Yuran Delivery RM2.00 - RM9.00 RM1.50 - RM5.20

 

PEMENANG: Shopee kerana lebih efisien, Lazada sebab yuran delivery murah.

 

USER INTERFACE: “Alamak, salah tekan. Susahnya nak beli!”

Bila nak browse internet atau guna app, mesti nak guna yang paling intuitif dan cantik. Memang stress guna kalau jenis yang tak cantik dan confusing. Lagi-lagi kalau tak responsif. In case korang tak tahu, Shopee memula dari mobile manakala Lazada dari desktop.

Sekarang ni, lebih ramai prefer beli barang online dan menurut The Malaysian Insight, 70% dari pembelian online kat Malaysia dibuat melalui handphone. So, app mana yang ada better user interface dan lebih selesa?


Kalau perasan, dedua app ni ada banyak persamaan. Antaranya boleh search kay atas, banner bergerak yang tunjuk event, promosi dan highlights. Bawah tu pulak ada kategori-kategori kecik macam mall, bill payment, coins/vouchers dan benda-benda lain - semua benda lah.

Walau bagaimanapun, bila cakap pasal professionalism website secara keseluruhan, Lazada ada clean colour dan senang nak navigate. Senang citer, minimalistik.

PEMENANG: Lazada

 

PULANG BARANG/DUIT: “Boss, boleh refund tak? Barang rosak lah”



Tu kan geng soalan kita tanya bila beli barang-barang harga murah dan takde warranty. Kalau camtu, camne nak pastikan kita boleh dapat barang yang PERFECT, takde rosak?

Shopee dan Lazada ada polisi refund yang sama, diorang boleh bagi duit balik selepas korang pulangkan barang yang rosak ke kilang. Barang tu kena diterima, disemak dan approved baru boleh dapat duit.  Shopee kata dia boleh ambik masa dari 3 hingga 7 hari manakala Lazada antara 7 hingga 14 hari, bergantung pada jenis barang.
 


Screenshot dari lowyat.net

Walaupun Shopee ambik masa lebih sikit, ramai pembeli ada luahkan rasa tak puas hati kat forum Lowyat. Katanya, Shopee tak professional (refer gambar atas).

Tambahan lagi, untuk pembelian yang bukan Shopee Mall, penjual digalakkan untuk selesaikan sebarang masalah personally dengan pembeli terus. 

Berdasarkan pengalaman admin, korang kena extra tegas nak dapat duit semula kat Shopee. Ni sebab penjual akan kata, "Saya kasi diskaun untuk pembelian yang seterusnya" atau "Dear boleh je cancel order". Yupp, diorang akan guna dear dan siap bagi banyak sticker.
 

Admin tak bergurau:


PEMENANG: Lazada

 

QUALITI: Sebab… perkara macam saiz penting.

 

Kalau boleh, kita memang nak beli barang asli yang berharga rendah. Tapi, camne nak konfem kalau tak boleh tengok depan mata? Jangan risau, ni admin ada tip untuk korang.

PRO TIP: Bila beli barang, make sure check description barang dan review dari yang pernah membeli. Kena buat ni lagi-lagi kalau korang beli barang mahal macam gadget elektrik. Sekarang ni memang banyak kedai-kedai online baru yang murah-murah. Silap-silap, diorang jual laptop mahal yang berharga RM7,000 pada harga RM1,000!

Lagi satu, korang kena hati-hati kalau kena deal luar dari app Lazada macam kat WhatsApp. Lagilah tak selamat sebab korang dah tak boleh claim pulang barang/duit sebab dah tak function - hanya kat app je (refer gambar bawah).


Imej diambil dari nasilemaktech.com - [PSA] Lazada Scam! Here’s How To Avoid Them

Shopee pun lebih kurang sama. Kalau nak lebih senang, baca je review. Selalu boleh tahu dari situ. Diorang akan letak gambar ori, specs ori dan harga pun ORI!

 

Jadi, nak tak nak, korang kena lah baca sebanyak review yang boleh untuk pastikan produk tu legit atau tak. Dah memang tu tanggungjawab sebagai pembeli online, kena wat research dulu!

PEMENANG: Seri

 

HARGA: Nilai! Nilai! Nilai!

Faktor yang buat kita betul-betul decide. Sebelum Shopee ada, ramai guna Lazada. Tapi pada 2015, Shopee ditubuhkan. Dari tu, asyik competing je. Lebih kurang Grab yang selalu keluarkan promo non-stop untuk bersaing dengan Uber dan sebaliknya. Kita pun boleh tahan kiamsiap bila beli barang, kan?

Walaupun harga dedua Shopee dan Lazada boleh dikatakan sangat kompetitif, 2 platform ni masih ada perbezaannya.

Mari kita compare aksesori audio dan set Xiaomi Mi 8 (6GB RAM/128GB ROM) - Original Malaysia set punya. 

Contoh 1:


Contoh 2


Seperti yang korang nampak, harga Lazada lebih murah untuk barang-barang elektronik besar. Kalau Shopee pulak, dia lebih sesuai untuk barang-barang kecik. Ni mungkin berlaku sebab Shopee ada jual direct dari kilang, bukan hanya penjual je.

PEMENANG: Shopee untuk barang-barang saiz kecik. Lazada pulak untuk barang-barang besar macam elektronik. 

 

PERBANDINGAN TAMBAHAN: Sebab, why not?

Ni ada lebih banyak perbandingan korang boleh tahu untuk lebih selesa:
 

 
Shopee Lazada
Bayaran Ansuran Untuk pemegang kad kredit Maybank dan Public Bank yang nak keluarkan lebih dari RM500. Untuk pemegang kad kredit Maybank (Visa & Mastercard) yang ada nilai pembelian lebih dari RM500 (ansuran selama 6 bulan). Sama macam mangkuk RM10,000 (6/12 bayaran ansuran bulanan).
ATM/Cash Deposit Boleh Tak
Ganjaran/ Rebates  Shopee Coins Laz Rewards dah takde
e-Wallet Sendiri Shopee Pay Lazada Wallet 
Track Order Sangat terperinci Sangat terperinci


 

So, camne? Korang prefer Shopee ke Lazada?


Kalau nak tahu, admin ada personal bias kat Shopee. Cuma, rasa nak bertukar sebab baru lepas tengok handphone kat Lazada. Memang lah guna memana pun takde masalah, dedua ada baik dan buruk.

Semuanya terpulang kat korang. Apa benda korang nak beli, kiamsiap ke tak dan berapa lama korang sanggup tunggu. 

Nota: Shopee dan Lazada patut buat admin sebagai duta diorang. Kthxbye.

Selamat ber-shopping!

PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Darian Skazar



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia