Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Shopping guna ‘SenangSikit’ jadi SENANG BANYAK, Korang mesti suka!

BY Team Loanstreet

Updated 22 Dec 2021





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

Berita baik untuk korang yang kaki shopping! Lepas ni kalau korang shopping, tiba-tiba terbeli barang yang rosak… korang tak perlu risau dah. GHL Systems Berhad (GHL) bersama-sama dengan Senang, insurtech tempatan yang pertama kat ASEAN yang memperkenalkan insuran mikro untuk pembelian runcit bukan konvensional.

Memang rancak dan mudah gila korang nak shopping nanti dengan adanya terminal pintar GHL dan platform digital insurans SenangSikit. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Pelan insurans ni berfungsi macam waranti produk…

…cuma yang uniknya, insuran ni lebih kepada perlindungan produk runcit bukan konvensional macam kasut, aksesori kereta, perabot dan banyak lagi. Pelan ni sah setahun dari tarikh pembelian dengan premium serendah MYR2.50 sehari.

Misalnya, korang baru balik dari shopping kasut.Bila try kasut tu, tapak dia terkopak. Haa… time nilah SenangSikit jadi senang banyak! Korang boleh claim kerosakan tu pada insuran dengan segera tau! Tak payah dah susah-susah nak tunggu refund ke apa.

ghl-permudahkan-insurans-dengan-senangsikit


Senang ke nak daftar SenangSikit?


Sumber: SenangSikit

Penerapan teknologi Senang ke dalam tawaran produk GHL akan membolehkan pelanggan membeli insurans SenangSikit (diinsuranskan oleh The Pacific Insurance Berhad) di mana-mana kaunter pembayaran perniagaan runcit yang menggunakan terminal pintar GHL.

Korang boleh layari SenangSikit untuk proses pendaftaran dan maklumat lanjut. Untuk sijil perlindungan, korang cuma perlu lengkapkan maklumat tambahan.

Haaa…Nampak tak? Dari nak mendaftar sampailah nak claim, semuanya mudah. Korang cuma perlu klik sahaja! Oh ya, untuk pengguna bukan warganegara pun boleh mendaftar juga. Korang cuma perlu lampirkan dokumen tambahan macam permit kerja sahaja untuk membuat pendaftaran perlindungan dan tuntutan insurans.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih