Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pening Tengok Bil Elektrik? Ikut Je Cara Ni!

BY Fadh Ahmad

Updated 25 Aug 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Selalu kalau korang dapat bil elektrik, korang terus tertumpu pada harga elektrik yang korang dapat atau korang belek dulu bil elektrik yang korang dapat tu?

Sepatutnya korang kena belek satu-satu maklumat yang ada tau. Bukan apa, pernah jadi kes, salah faham pengiraan ya sebelum ni. Ada yang ingat bil elektrik naik 600% tau!

So, kat bil elektrik korang tu ada macam-macam info yang korang boleh dapat. Meh, admin tolong label dan jelaskan pada korang, info yang ada pada bil elektrik TnB tu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



So, nilah maklumat yang korang boleh dapat pada bil elektrik korang:

loanstreet-cara-baca-bil-elektrik-tnb
Sumber Imej: mytnb.com.my|Understanding Your Electricity Bill


1. No Akaun
Nombor akaun unik 12 digit nilah yang akan simpan segala maklumat pembayaran dengan pembayaran meter pelanggan yang dah siap dikemaskini. Kat bahagian nombor akaun ni jugak korang boleh jumpa:

No. Kontrak Perjanjian kontrak Elektrik yang ditandatangani antara pelanggan dan TNB.
Deposit Deposit keselamatan dibayar oleh pelanggan. Biasanya berdasarkan anggaran penggunaan dua bulan. Sila rujuk Jadual untuk jumlah deposit yang perlu dibayar.
No. Invois Setiap bil mempunyai nombor invois sendiri.

2. Butiran Pelanggan
Nama pemegang akaun daftar & alamat pos.


3. Maklumat/Status Pembayaran Bil
Korang boleh dapat dua jenis maklumat kat bahagian ni, sama ada:
 

TERIMA KASIH Kerana membayar dalam tempoh 30 hari

Ataupun

Bayaran Tertunggak

NOTIS PEMOTONGAN DIBAWAH

Selain daripada peringatan bil elektrik bulanan, bil ni berfungsi sebagai notis pemotongan kalau korang ada bayaran tertunggak daripada bil sebelumnya. 

Sebaiknya, korang buatlah pembayaran penuh bil ikut tarikh yang diteptapkan untuk elakkan rumah korang bergelap! 


4. Jumlah perlu dibayar
Jumlah yang korang kena bayar lepas penggenapan biasanya dah dikira sekali dengan caj tertunggak, cukai perkhidmatan, surcaj pembayaran lewat dan pelarasan kredit/debit (kalau ada).


5. Tarikh Bil 
Tarikh invois dijana dalam sistem Bil TNB.


6. Caj Tertunggak
Pastikan korang caj tertunggak korang dengan segera ya. Abaikan je kalau korang dah bayar.


7. Caj Semasa
Jumlah caj seperti yang dinyatakan dalam perkara 29 termasuk:

  • Surcaj pembayaran lewat 
  • Pelarasan kredit / debit
  • Cukai Perkhidmatan
  • Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)


8. Penggenapan
Ikut dasar penggenapan sedia ada yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia.


9. Jumlah Bil
Jumlah tenaga elektrik yang digunakan termasuk caj tertunggak, caj semasa dan angka bulat.
  
10. Tarikh Akhir
Tarikh terakhir untuk korang selesaikan jumlah bil untuk elakkan surcaj pembayaran lewat. Jumlah tertunggak ni korang kena bayar segera untuk elakkan gangguan bekalan elektrik ke premis. 


11. Bil Terdahulu
Maklumat pengebilan sebelumnya (jumlah & tarikh) sebelum bil semasa.
 

12. Bayaran Akhir
Tarikh dan jumlah pembayaran terakhir dibuat


13. Jenis Bacaan
Bil yang korang dapat akan tunjukkan sama ada penggunaan korang adalah berdasarkan bacaan sebenar atau anggaran meter
Bacaan Sebenar Anggaran Bacaan
Penggunaan berdasarkan bacaan yang diambil di premis pelanggan.
  1. Meter korang tak dibaca dalam tempoh pengebilan ni. 
  2. Anggaran adalah berdasarkan purata penggunaan enam bulan lepas (kWj). 
  3. Bacaan dianggarkan kalau bacaan sebenar tak dapat diperolehi atas sebab yang tak dapat dielakkan: 
  • Premis terkunci
  • Blok meter
  • Bencana alam dan lain-lain
 

Kalau anggaran terlalu tinggi atau terlampau rendah, bil korang yang seterusnya akan dikira sekali dengan kredit atau jumlah tambahan yang korang kena bayar. Maksudnya kat sini, korang cuma akan bayar untuk elektrik yang korang gunakan


14. Tempoh Bil
Tempoh pengebilan untuk bil korang dan kat sinilah korang boleh cari tarikh mula dan tamat bil yang korang dapat tu.
 

15. Tarif
Ditakrifkan berdasarkan kategori tarif untuk premis korang, dan berbeza ikut penggunaan premis. Contohnya macam kediaman, komersial, perindustrian dan lain-lain.
 

16. Faktor Prorata
Sebenarnya faktor prorata ni akan memudahkan meter yang dibaca lebih daripada 31 hari.  


17. Blok Tarif (kWj)
Penggunaan mengikut blok sebagai warta dalam struktur tarif 


18. Blok Prorata (kWj)

loanstreet-cara-baca-bil-elektrik-tnb

Sumber Imej: Kelajuan Cahaya|Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB Semasa PKP

Blok Tarif diproratakan jika tempoh pengebilan melebihi 31 hari. Faktor Prorata akan didarabkan dengan setiap blok tarif. Pelanggan akan mendapat faedah kadar yang lebih rendah untuk julat blok penggunaan yang diperluaskan.

19. Kadar (RM)
Kadar yang dikenakan pada setiap blok prorata. Katakanlah penggunaan korang kurang daripada 400 unit sebulan, caj tarif untuk 200 unit pertama akan dikenakan pada kadar 21.8 sen seunit, dan 100 unit berikutnya akan dicaj pada 33.4 sen seunit.

Sekiranya penggunaan korang melebihi 300 unit sebulan, kadar tarif adalah seperti yang ditunjukkan dalam bil sampel. 

20. Amaun (RM)
Keputusan kadar didarab dengan blok prorata. 


21. Jumlah
Jumlah caj penggunaan elektrik untuk tempoh pengebilan. 


22. Penerangan
Bahagian lajur ni yang tunjukkan semua komponen yang berkenaan untuk pelanggan tertentu, unit (kWj) penggunaan dan caj (RM).

loanstreet-cara-baca-bil-elektrik-tnb

Sumber Imej: Keluarga.my|Rumah Keluarga ni Ada 6 Aircond, Tapi Bil Elektrik Bawah RM80. Wow Apa rahsianya?


23. Tidak Kena ST
Jumlah penggunaan elektrik dan komponen pengebilan berkaitan yang tak dikenakan cukai 


24. Kena ST
Jumlah penggunaan elektrik dan komponen pengebilan berkaitan yang dikenakan Cukai Perkhidmatan
 
25. Jumlah
Keputusan penambahan lajur Tidak Kena ST & Kena ST untuk jumlah unit (kWj) elektrik yang digunakan dan jumlah caj (RM) ke atas penggunaan yang digunakan


26. Kegunaan Bulan Semasa
Jumlah caj penggunaan elektrik untuk tempoh pengebilan tidak termasuk ST & KWTBB 


27. Kadar ST
Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas bahagian penggunaan di mana Cukai Perkhidmatan terpakai dan jumlah keseluruhan Cukai Perkhidmatan yang dikenakan

*Hanya untuk kitaran pengebilan 28 hari dan ke atas

loanstreet-cara-baca-bil-elektrik-tnb

Sumber Imej: Facebook|TnB Careline


28. KWTBB / Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (Dana RE)
1.6 % caj tambahan daripada jumlah caj penggunaan elektrik untuk tempoh pengebilan. Jumlah ini dipindahkan kepada Kerajaan atau SEDA & tak dikenakan ST / ICPT.

29. Caj Semasa
Jumlah amaun yang perlu dibayar untuk tempoh pengebilan termasuk ST & KWTBB. 


30. Nombor Meter
Nombor siri meter yang merekodkan penggunaan korang dan digunakan untuk tujuan pengebilan. Setiap meter elektrik ada nombor unik, yang membolehkan TNB keluarkan bil penggunaan elektrik korang.

31. Dahulu
Bacaan meter pada tarikh bil sebelumnya

32. Semasa
Bacaan meter diambil berdasarkan penggunaan semasa

33. Kegunaan
Jumlah tenaga elektrik yang digunakan dalam tempoh pengebilan (hasil perbezaan antara bacaan semasa dan sebelumnya).

34. Unit
Pengukuran elektrik dalam kilowatt jam (kWj). Jumlah penggunaan kWj menunjukkan  jumlah elektrik yang korang dah gunakan sepanjang tempoh pengebilan

35. Mesej
Maklumat daripada TNB kepada pelanggan. Amaun subsidi bahan api yang dinyatakan dalam bil elektrik adalah untuk tujuan petunjuk/maklumat tanpa urus niaga kewangan. 


36. Kod Bar
Terdiri daripada nombor akaun pelanggan (12 digit), nombor invois dan jumlah yang korang kena bayar 


37. Butiran pelanggan
Terdiri daripada nombor akaun pelanggan (12 digit), nombor invois dan jumlah yang perlu dibayar
 

38. Jumlah Perlu Dibayar
Rujuk item #4 


39. Alamat Pembekal & Nombor Pendaftaran GST

  • Alamat syarikat berdaftar TNB
  • Nombor Pendaftaran Cukai Perkhidmatan TNB


Kalau korang perasan, kat bil korang ada blok prorata, kan? So ni dia cara bil korang dikira:

 loanstreet-cara-baca-bil-elektrik-tnb

Jadi andaikata kalau korang dah kira dan rasa cam tak puas hati dengan bacaan meter dan jumlah bil yang korang dapat. Korang boleh KLIK SINI untuk buat semakan semula bil secara online. 

Apa yang korang perlu buat, ambil gambar meter TNB semasa, dan hantarkan terus ke TNB Apps untuk mereka semak semula.

Yang penting, korang pun nampaknya dah pun kenal maklumat yang ada pada bil korang, kan? Agaknya, apa pengalaman korang bila first time dapat bil elektrik dari TNB ya? Share dan komen je kat FB post kami!
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)