Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

"Alamak! Pasport M’sia Saya Hilang Semasa Melancong. Apa Nak Buat?"

BY Team Loanstreet

Updated 13 Oct 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Pasport korang boleh dikatakan dokumen yang PALING PENTING masa korang melancong ke luar negara. Korang takkan dapat masuk ruang berlepas lapangan terbang kalau takde pasport yang berfungsi sebagai pengenalan diri, kad keselamatan dan jugak kad diskaun kat kedai bebas cukai lapangan terbang!

Sebab tulah insiden kehilangan pasport ni sememangnya insiden yang boleh merosakkan percutian korang. Pertama sekali-bertenang dan cuba check beg, bilik hotel dan cuba jejak semula tempat yang korang dah pergi. Andaikata dah memang konfem hilang, korang boleh ikut langkah-langkah ni:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Buat laporan kat balai polis berhampiran

loanstreet-apa-nak-buat-kalau-hilang-pasport-malaysia-di-luar-negara

Ni langkah yang paling mustahak. Pasport korang tu ada banyak maklumat dan identiti korang boleh dicuri penyangak ya. Sebab tulah korang kena buat laporan pasport hilang secepat yang mungkin untuk lindungi korang dari aktiviti haram yang menggunakan identiti korang.

Kalau korang kehilangan pasport disebabkan kecuaian (tak dicuri), korang kena bayar denda antara RM200 hingga RM1,000 dan tak boleh buat claim insurans. Sekiranya pasport korang memang kena curi atau hilang disebabkan kejadian yang tak dapat dielakkan macam kebakaran atau banjir, kes korang akan disiasat dan korang boleh claim insurans korang.


2. Hubungi ejen insurans korang

Ejen insurans perjalanan korang boleh berikan nasihat untuk pergi mana, nak buat apa dan camne nak dapatkan pasport baru atau dokumen perjalanan sementara. Diorang akan bantu korang untuk pergi ke kedutaan dan hantar dokumen dan maklumat untuk bantu korang. Kebanyakan syarikat insurans ada talian kecemasan antarabangsa 24/7.

Korang tahu tak, insurans korang akan tampung semua perbelanjaan yang dikeluarkan untuk dapatkan penggantian dokumen perjalanan sehingga RM7,500?

Perbelanjaan ni termasuk pengangkutan dari tempat korang ke kedutaan Malaysia yang terdekat, kos penginapan yang berpatutan, kos komunikasi macam panggilan telefon antarabangsa atau bayaran data internet. Cuma korang kena pastikan yang korang ada simpan semua resit, sebab resit ni akan jadi bukti penting masa korang nak claim dari pembekal insurans korang dan kos yang korang kena tanggung akibat kehilangan pasport.


3. Pergi ke kedutaan Malaysia untuk laporkan kehilangan pasport

loanstreet-apa-nak-buat-kalau-hilang-pasport-malaysia-di-luar-negara

Kedutaan selalunya ada kat bahagian ibu negara. Kalau negara yang korang kunjungi takde Kedutaan, Pesuruhjaya atau Konsulat, korang boleh cuba untuk dapatkan bentuan daripada negara jiran macam Thailand atau Singapura untuk proses penggantian passport korang yang hilang.

Pihak kedutaan akan keluarkan sijil kecemasan yang bertindak sebagai pasport sementara. Dokumen ni ialah pas sehala, untuk kegunaan sekali sahaja dan sah untuk tempoh 12 bulan. Untuk mohon sijil kecemasan, ni benda yang korang kena bawak:

  • Bentuk pengenalan alternatif macam kad pengenalan atau lesen memandu korang
  • Laporan polis 
  • Resit/pengesahan tiket penerbangan
  • 2 keping gambar pasport

Nota sampingan: Permohonan untuk dapatkan sijil kecemasan mungkin mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja untuk diproses. Tapi, dalam kes kecemasan atau perkara penting, biasanya terdapat yuran faedah (expediency fee) yang korang boleh bayar untuk percepatkan proses permohonan.


4. Bila dah balik, mohon pasport baru

loanstreet-apa-nak-buat-kalau-hilang-pasport-malaysia-di-luar-negara

Bila korang dah dapat sijil kecemasan, korang tak boleh fly ke tempat lain, selain daripada negara asal korang. Andaikata percutian korang tak melibatkan penerbangan lain atau aktiviti rentas sempadan, korang boleh selesaikan percutian korang dah balik ke negara asal.

Kemudian korang boleh pergi ke pejabat Imigresen terdekat (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk mohon pasport baharu. Sebelum tu jangan lupa buat lagi satu laporan polis kat balai polis Malaysia. Laporan ni diperlukan untuk permohonan pasport baru. Korang kena ambil maklum yang dalam keadaan ni, permohonan pasport baru mungkin ambil masa yang lebih lama untuk dibuat secepat mungkin.


5. Jangan lupa susun resit dan dokumen untuk tuntutan insurans

Untuk claim insurans, benda penting yang korang kena buat adalah, simpan semua resit makanan, penginapan, pengangkutan, dan hantarkan pada ejen korang dalam tempoh 60-90 hari korang balik ke negara asal. Bergantung kepada polisi insurans, samada had mengikut hari atau had keseluruhan polisi. Cuma, korang tak boleh buat claim kalau korang tak dokumenkan resit-resit ni, jadi sebab tulah langkah ni sangat penting.


PENTING: Buat Benda ni Sebelum Melancong

Perlu diingatkan yang situasi macam ni boleh jadi kat sesiapa je, tak kiralah camne berhati-hati sekalipun. Bukan pesimis, cuma amatlah penting untuk kita bersedia untuk sebarang kemungkinan untuk elakkan korang panik ya. Ni antara benda yang korang kena buat sebelum nak travel:

  • Simpan salinan pasport korang. Korang boleh ambik gambar atau buat salinan fotokopi.
  • Dapatkan maklumat mengenai kedutaan atau pejabat perundingan Malaysia terdekat kat negara yang korang nak pergi.
  • E-melkan kepada Kementerian Luar Negeri mengenai urusan perjalanan korang dan sertakan jadual perjalanan kalau korang nak. Mereka akan majukan emel korang kepada kedutaan. Benda ni penting sekiranya berlaku sebarang kejadian malang macam rusuhan atau bencana.
Untuk mengakhiri artikel ini, kami berharap korang selamat melakukan perjalanan dan berharap yang korang tak perlu berdepan dengan kehilangan pasport atau proses penggantian pasport kat luar negara.

Misalnya kalau terjadi jugak, korang dah tahu dah apa yang korang kena buat!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)