Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Skim FPP: Macam Bersalin kat Hospital Swasta Tau!

BY Fadh Ahmad

Updated 12 May 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Korang perasan tak, belakangan ni ada sesetengah ibu-ibu mengandung ni dok bercerita pasal bersalin kat hospital swasta? 


 loanstreet-apa-itu-skim-fpp

Sumber: mStar

Ada yang siap ugut-ugut ye, tak nak lahirkan anak kalau tak dapat bersalin kat hospital swasta. Cuma yang menjadi masalah sekarang ni, kos bersalin kat hospital swasta ni bukannya murah tau.

Tak caye? Cuba korang tengok perbandingan kos bersalin ni.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Perbandingan KOS BERSALIN kat hospital swasta vs hospital kerajaan

  Hospital swasta Hospital kerajaan
Bersalin biasa RM4,500 hingga RM7,000 RM10
Bersalin dengan bantuan (Forcep/Songsang/Vakum) RM450 RM50
Bersalin cesarean RM12,000-RM14,000 RM150

Yang korang nampak ni, baru kos bersalin tau, belum lagi kos untuk check-up dengan kos rawatan dekat wad. 


Secara amnya, ni dia perbezaan harga wad gomen dengan swasta:

Jumlah katil
(dalam satu bilik)
Purata harga
Hospital swasta Hospital kerajaan
Tiga hingga empat katil RM3,499 RM52.50
Dua katil RM3,649 RM75
Satu katil RM3,999 RM150
*harga yang dipaparkan berkemungkinan berubah mengikut premis dan perkembangan semasa.


loanstreet- apa-itu-skim-fpp

Sumber: Coretan Anuar

Misal kata masa korang bersalin nanti ada masalah atau komplikasi, jawabnya korang kena tambah lagi duit untuk caj tambahan. 

Bila tengok harga ni, mesti korang cam terpikir, kenapa agaknya diorang ni beria sangat nak bersalin kat hospital swasta ni, kan?


Kalau korang nak tahu, nilah sebabnya kenapa ramai yang pilih untuk bersalin kat hospital swasta:

  • Ruang Privasi & Keselesaan Diri

  • Masa menunggu agak lama

  • Layanan yang agak istimewa

  • Pengaruh influencer 

Sebenarnya, korang boleh je tau nak merasa pengalaman bersalin level-level kayangan, tapi kat hospital kerajaan dengan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayaran Penuh (FPP) 


Apa tu Skim Perkhidmatan Pesakit Bayaran Penuh (FPP)?

Skim FPP ni membolehkan korang dapatkan kemudahan dan keselesaan rawatan kat Hospital Kerajaan, sama macam yang ada kat hospital swasta dengan bayaran tambahan.

loanstreet- apa-itu-skim-fpp

Sumber: Portal Rasmi Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kalau korang nak tahu, gomen dah ready kan skim ni sejak dari tahun 2007 lagi tau. Dengan adanya Skim FPP,  ni jenis perkhidmatan kesihatan yang korang boleh dapatkan:

  • Perkhidmatan Perundingan

  • Perkhidmatan Penyiasatan

  • Perkhidmatan Tatacara ( Prosedur dan Pembedahan)

  • Perkhidmatan Rawatan

  • Perkhidmatan Hospitaliti

  • Lain-lain perkhidmatan seperti tersenarai dalam Akta Fi FPP 2007


Untuk yang nak bersalin pulak,ni dia kos bersalin dengan Skim FPP:

  Skim FPP
Bersalin biasa RM401 hingga RM600
Bersalin dengan bantuan (Forcep/Songsang/Vakum) RM601 hingga RM750
Bersalin cesarean RM751 hingga RM1,000

Dengan kos yang jauh lebih murah, ni dia kelebihan Skim FPP yang korang boleh dapat:

  • Korang boleh pilih Pegawai Perubatan Pakar (Doktor Pakar) yang akan merawat korang.

  • Urusan kaunter yang cepat, senang dan tak payah beratur panjang-panjang.

  • Dapat keistimewaan macam wad kelas pertama, dan lain-lain

  • Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada.


Tapi, sebelum korang dapatkan rawatan, pastikan korang bawak dokumen-dokumen ni masa nak mendaftar nanti:

  • Kad pengenalan / surat beranak / visa / pasport

  • Surat Jaminan (GL) daripada syarikat atau syarikat insurans untuk kelayakan Skim FPP

  • Deposit

  • Surat rujukan / kad pelantikan (kalau ada)

Selain tu, korang kena pastikan yang korang dah buat pemeriksaaan ibu mengandung sekurang-kurangnya tiga kali, sebelum korang guna skim ni.

loanstreet- apa-itu-skim-fpp
Sumber: Semakan Online

Kalau korang berminat, dan nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh KLIK SINI.

So, sekarang ni korang dah tahulah macam mana nak dapat pengalaman bersalin kat hospital swasta dengan kos yang jauh lebih rendah, kan? 

Harapnya korang fikirlah masak-masak ye sebelum buat keputusan. Korang ada ke pengalaman guna Skim FPP ni? Share je dekat FB post kami.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 


BACA:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)