Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Menyara Anak Bukan Mudah. 9 Bantuan Yang Boleh Meringankan Beban Kewangan

BY Team Loanstreet

Updated 22 Dec 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, pastinya sedar akan kos menyara anak yang bukannya murah. Tambahan lagi, dalam fasa negara kita dilanda wabak pandemik ini, ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pendapatan ibu-bapa yang perlu menyara anak mereka.

Bermula daripada peringkat kelahiran hinggalah menghantar mereka ke pengajian tinggi, semuanya menelan kos yang mahal. Ia bukannya sesuatu yang mudah kerana anda akan berhadapan dengan komitmen kewangan buat masa yang lama.

Dalam Bajet 2022, kerajaan telah memberikan beberapa bantuan untuk meringankan golongan ibu bapa ini dalam kos perbelanjaan menyara anak-anak mereka. Jom kita lihat senarai bantuan yang boleh meringankan beban kewangan ibu bapa ini.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Bantuan Keluarga Malaysia bagi isi keluarga yang mempunyai tiga orang anak atau lebih

Pada tahun hadapan, kerajaan akan menambah baik bantuan yang diberikan dengan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya mereka yang benar-benar memerlukan diberikan perhatian sewajarnya.

Dengan bantuan ini, BKM akan  memberikan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. 

Dalam bantuan ini juga, kerajaan peka dengan kepayahan ibu atau bapa tunggal dengan memberikan bantuan tambahan sebanyak RM2,500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM2,500. 

Selain itu, bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Contohnya, ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih,  akan layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Berikut merupakan jadual terperinci berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia ini:

Pendapatan Bil.Penerima / Kadar Bantuan
Isi Rumah Bil Penerima ANAK 0  ANAK1-2 ANAK >3
>RM2,500 4.0 juta RM1,000 RM1,500 RM2,000
RM2,501 - RM5,000 0.8 juta RM400 RM600 RM800
Tambahan Kadar Isi Rumah:
Ibu/Bapa Tunggal(IBT) Isi Rumah 0.5 juta  RM500
Warga Emas Isi Rumah 0.9 juta RM300
Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan <RM5,000 1.0 juta  RM600
Bujang <RM2,500 3.8 juta RM350

Sumber: Teks Ucapan Bajet 2022

BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM 8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM 7 bilion di bawah BPR.


2. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150

Bagi aspek pendidikan, pada tahun 2022, Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 juga akan diberikan kepada 3 juta murid-murid yang layak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM450 juta . Bantuan ini yang dahulunya berjumlah RM100 telah dinaikkan pada tahun ini.


3. Rancangan Makanan Tambahan bagi murid dari keluarga berpendapatan rendah

Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan sarapan hari-hari juga bukanlah perkara yang mudah dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Untuk memastikan murid-murid sekolah tetap mempunyai tenaga dan nutrisi yang cukup, kerajaan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.
 

4. Sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi

 

Bagi mereka yang mempunyai anak di institut pengajian tinggi, tidak terlepas dari kos yang perlu ditanggung bagi memastikan pendidikan anak-anak mereka tidak terabai. Dalam keadaan wabak pandemik ini, keadaan ini menjadi lebih sukar dengan pengajian secara online dalam norma yang baharu.

Untuk memastikan proses nasib pelajar B40 terus terpelihara, kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan  syarikat telekomunikasi terpilih bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 dijangkakan akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.


5. Kemudahan pinjaman pendidikan bagi anak-anak bumiputera

Bagi kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran, peruntukan sebanyak RM6.6 bilion telah diputuskan oleh kerajaan di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju. Ia disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke Diploma, serta melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan.


6. Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

Kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak di dalam kereta bukanlah perkara asing lagi. Bagi memastikan usaha meningkatkan lagi tahap keselamatan kanak-kanak sewaktu berada di dalam kereta, bagi kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, kerajaan akan memberi subsidi 50 % atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40. Bagi bantuan ini, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga daripada golongan B40.


7. Perluasan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan

Bagi kanak-kanak miskin bandar, masalah kekurangan zat sangat membimbangkan. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat nutrisi dan zat secukupnya seiring dengan proses pembesaran mereka, beberapa program telah dirancang oleh kerajaan iaitu:

  • Program Community Feeding  diluaskan kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di beberapa negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sasaran bagi program ini ialah menyediakan makanan tambahan 5X seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun.

  • Menambah baik skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak.
  • Menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit melibatkan beberapa hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

8. Manfaat tuntutan mySalam dipanjangkan kepada anak tanggungan

Sebagai ibu bapa pastinya anda ingin memberikan perlindungan yang terbaik bagi anak-anak. Jika dahulunya, mySalam dikenali sebagai insurans yang diwujudkan bagi membantu golongan B40, pada Bajet 2022 ia ditambah baik dengan manfaat tuntutan mySalam dipanjangkan kepada anak tanggungan. Selain itu, pada tahun hadapan, ia juga akan diperluaskan kepada bagi mereka yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM.


9. Program pemberian kit asas kebersihan diri kepada remaja wanita B40 

Bagi golongan remaja wanita B40, bekalan bagi kebersihan diri asas bukanlah kos yang murah. Sekiranya wanita bekerja turut terbeban bagi pembelian barangan kebersihan diri, apatah lagi bagi remaja wanita B40 ini. Bayangkan, dalam pembentangan Bajet 2022, 130 ribu remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses secukupnya kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan yang menimpa keluarga mereka.

Peka dengan keadaan ini, kerajaan turut melancarkan dan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada remaja-remaja ini. Dengan pelancaran program ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan golongan ibubapa daripada golongan B40 ini yang tidak berkemampuan untuk menyediakan keperluan kebersihan asas sendiri yang secukupnya bagi anak mereka sendiri.

Akhir kata, kos menyara anak bukannya mudah dan murah, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang selepas wabak pandemik telah melanda seluruh dunia. Namun, ia bukanlah penghalang kita daripada menjadi ibu-bapa yang terbaik bagi anak-anak. Dengan beberapa bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2022 ini, dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu-bapa terutamanya daripada golongan B40. 

Untuk mengethui inisiatif lain yang disediakan secara menyeluruh, layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!