Kos Bersalin
Para Ibu yang bakal bersalin akan melalui beberapa proses serta jagaan yang rapi seperti:
-
Prenatal (antenatal) - pemeriksaan, prosedur perubatan, ujian serta makanan tambahan
-
Natal – Kelahiran
-
Postnatal – Penjagaan selepas kelahiran bagi ibu dan juga anak
Kadar caj-caj yang sebenar bergantung kepada beberapa faktor seperti kos pelbagai kelas penempatan bilik hospital dan mungkin juga anda membuat keputusan untuk membuat rawatan di pusat perubatan swasta atau kerajaan, pilihan untuk pusat perubatan kerajaan akan melibatkan kos yang lebih rendah.
Mari kita tengok perbezaan peruntukan bagi kos rawatan di antara fasiliti swasta dan kerajaan:
Kos anggaran di atas merangkumi kelahiran yang tidak rumit dengan perkhidmatan asas. Ini tidak termasuk caj bagi rawatan tambahan dan prosedur seperti pentadbiran epidural (ubat tahan sakit untuk para ibu bagi melahirkan anak) yang mungkin memakan kos sekitar RM1,000 untuk hospital swasta dan mungkin tidak disediakan pada masa-masa tertentu di beberapa hospital kerajaan.
Dengan penjagaan rapi persendirian, anda mungkin akan dikenakan bayaran tambahan untuk perubatan bayi baru lahir dan yuran jururawat yang terdiri daripada RM1,000 hingga RM2,500.
Penjawat awam dan para pesara (merangkumi pasangan juga) mendapat manfaat daripada menggunakan rawatan perubatan kerajaan kerana mereka dikecualikan daripada yuran tertentu seperti caj wad dan beberapa prosedur pranatal.
Bagaimana Saya Boleh Membayarnya?
Anda mungkin sedar bahawa kadar kos penjagaan swasta sangat mahal bagi kebanyakan rakyat Malaysia, dan perkhidmatan kerajaan mungkin tidak sesuai bagi mereka walaupun ia adalah berpatutan. Apakah pilihan anda untuk menampung perbelanjaan?
-
Pembayaran Sendiri
Jika anda tidak membuat perancangan bagi perbelanjaan perubatan anda (termasuk mengandung ) dan tidak mempunyai insurans, berkemungkinan juga anda perlu berdepan dengan kos hospital serta kelahiran (purata untuk kelahiran normal adalah 1 hingga 2 hari dan untuk kelahiran Caesarean adalah 3 hingga 5 hari) menggunakan kewangan anda sendiri.
Membuat pembayaran sendiri malangnya akan mengurangkan simpanan anda dimana kos perubatan adalah terlalu tinggi terutamanya bagi penjagaan peribadi. Selain itu, anda mungkin dikehendaki oleh pihak hospital untuk membayar deposit yang bermula dari RM1,000 di kebanyakan hospital kerajaan dan sebanyak RM3,500 bagi hospital-hospital swasta.
-
Faedah Perlindungan Perubatan Syarikat
Walaupun ia adalah berita baik jika syarikat dimana anda berkerja menanggung bil-bil perubatan anda, faedah tersebut tidak akan senantiasa memberikan maanfat melainkan anda mempunyai perancangan untuk bekerja di syarikat yang sama bagi jangka masa yang lama atau anda berterusan mencari pekerjaan dengan faedah yang sama.
Perlu diingat selalu bahawa perlindungan perubatan yang disediakan sesuatu syarikat lazimnya tidak merangkumi segala-galanya (atau keseluruhan) terutama dalam hal kehamilan dan kelahiran yang berkaitan seperti yuran dan penjagaan bagi bayi baru lahir. Malahan mungkin ada terma dan syarat-syarat dimana anda diperlukan untuk membuat pembayaran terlebih dahulu dan membuat tuntutan kemudian. Oleh itu, pastikan anda mengesahkan kepastian bagi beberapa butiran seperti ini terlebih dahulu bagi mengelakkan apa-apa perkara yang tidak dingini kemudian hari.
-
Insuran
Ini adalah pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan bil-bil hospital tanpa merasa kerugian. Untuk jumlah liputan perlindungan, anda perlu membeli polisi yang merangkumi perkara berkaitan dengan kehamilan. Walau bagaimanapun, polisi demikian biasanya dibeli oleh bakal para ibu (atau ia sekalikan dengan pelan perlindungan keluarga) sebelum kehamilan.
Ini adalah kerana kebanyakan polisi tidak membolehkan anda untuk membuat tuntutan (atau hanya sebahagiannya) sehingga berakhir tempoh menunggu, biasanya dari 8 bulan hingga 2 tahun.
Maknanya, perlindungan insurans mungkin ada pada harga yang lebih juga. Secara puratanya; premium boleh berjumlah dari serendah RM400 ke RM1,500 setahun.
Apakah Kos-Kos Lain Yang Terlibat?
Pabila anak anda semakin membesar, begitu juga makin tinggi perbelanjaan sehariannya. Walaupun ia adalah suatu kegembiraan untuk melihat bayi anda membesar, tanggungan kewangan anda juga meningkat. Berikut adalah beberapa perbelanjaan keluarga untuk seorang kanak-kanak berumur daripada 0-6 tahun kelihatan seperti dibawah:
Makanan Serta Bekalan
Pada peringkat awal, anda mungkin selesa dengan hadiah-hadiah yang diterima dari segi pemakaian dan makanan terutamanya jika anda mempunyai ramai sanak saudara dan juga kawan-kawan yang sanggup membantu anda. Tetapi tidak lama kemudian, anda perlu membuat persediaan awal untuk menjaga rapi kewangan anak anda serta perbelanjaan bermula daripada pakaian hingga ke alat-alat permainan mereka. Pertimbangkan beberapa senarai dibawah bagi keperluan anak anda dan berapa banyak kos diperlukan:
Pengasuhan/Nurseri
Apabila kedua-dua pasangan berkerja, salah seorang dari pasangan tersebut harus berfikir siapa yang harus menjaga anak mereka sambil mereka melakukan perkerjaan. Di Malaysia, kos pengasuh khas penjagaan kanak-kanak masih rendah berbanding dengan beberapa negara seperti Switzerland, UK dan Amerika Syarikat dengan penggunaan gaji purata yang dibelanjakan untuk pengasuhan masing-masing pada purata 70%, 40% & 38%.
Di Malaysia, yuran bulanan purata untuk pengasuh berlesen bermula dari RM750 ke RM1,500, dan kemudian biasanya termasuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan pendidikan. Juga ambil perhatian bahawa, pengasuh bayi yang berasal dari pinggir dan luar bandar akan mengenakan caj kurang daripada mereka yang menetap di bandar.
Insuran Komprehensif / Pelan Simpanan
Manfaat besar mempunyai perlindungan insurans serta simpanan yang kuat berkemungkinan mempunyai pendidikan yang lebih baik, rawatan perubatan yang bagus dan juga mempunyai kewangan yang kukuh. Anda juga boleh menganggapnya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan hutang serta kos faedah. Dengan adanya polisi insurans komprehensif yang disertakan dengan manfaat untuk pendidikan, simpanan dan perlindungan perubatan, anda boleh mengehadkan pinjaman dan kredit diperlukan untuk membiayai perbelanjaan tersebut.
Kesimpulannya
Seperti yang telah dinyatakan, perbelanjaan awal anda bermula dari pemeriksaan pra-bersalin untuk melahirkan sahaja boleh menelan kos yang tinggi membuatkan apa jua insurans perubatan untuk ibu dan bayi itu adalah kemestian. Selain itu, anda juga perlu bersedia dari segi kewangan perkara-perkara yang tidak dilindungi insuran seperti keperluan serta bekalan buat anak anda. Mempunyai kewangan yang kukuh akan membuatkan anda sentiasa bersedia bagi membina keluarga yang sempurna tanpa membimbangkan tentang masalah kewangan kelak.