Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ni Benda yang Korang WAJIB Tahu Pasal Wasiat

BY Team Loanstreet

Updated 03 Jan 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Banyak kali dah kita dengar, bila ada kematian je, mulalah waris si mati ni berebut harta pusaka. Ada yang berebut antara adik beradik, ada jugak mak ayah berebut harta dengan menantu. Lagi teruk lagi, ada yang sampai berbunuh! Itulah hakikat yang kita kena telan bila ramai yang ambik mudah dengan penulisan wasiat.

Kenyataan paling pahit yang korang kena tahu ialah, ada RM70 billion nilai harta pusaka yang tak dituntut sejak merdeka, sampailah tahun 2020. Aset ni beku camtu je sebab waris si mati tak ambil tahu, dan si mati ni pulak tak tinggalkan wasiat. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Kenapa kena tulis wasiat?

Wasiat dari si mati boleh elakkan konflik yang mungkin berlaku pada masa depan bila berlaku kematian. Bila korang ada wasiat, kebajikan waris korang akan terjamin sebab korang dah ada plan siap-siap nak tinggalkan apa, hutang apa yang nak kena bayar, siapa yang diamanahkan untuk jaga anak korang dan banyak lagi.

Ni adalah kelebihan tulis wasiat dan kesan bila korang tak buat wasiat:

ADA WASIAT TIADA WASIAT
Waris pilihan korang akan dapat harta pusaka Harta pusaka akan dibahagikan ikut Akta Pembahagian 1958, tanpa mempertimbangkan keperluan waris.
Korang berhak pilih pentadbir aset untuk laksanakan wasiat dan penjaga untuk anak-anak bawah umur. Mahkamah akan buat keputusan untuk korang
Kos dan tempoh pembahagian harta adalah rendah. Tempoh penyelesaian hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja. Kos dan proses pembahagian harta lebih tinggi. Yuran guaman berlipat kali ganda dan tempoh penyelesaian memakan masa beberapa tahun.


Paling penting, bila ada wasiat, korang dah selamatkan family korang dari campur tangan orang yang tak sepatutnya! Korang boleh baca kat sini untuk tahu camne nak tulis wasiat.


Wasiat perlu dikemaskini dari semasa ke semasa…

…untuk merangkumi semua aset yang baru diambil alih atau sebarang perubahan waris.

Contohnya, camni:

  • Perkahwinan, perkahwinan semula atau perceraian
  • Memulakan atau menamatkan perniagaan
  • Kematian ahli keluarga atau benefisiari
  • Pembelian atau pelupusan aset
  • Pertukaran agama; contohnya kepada agama Islam di mana wasiat terikat kepada Undang-undang Syariah


Secara umumnya, korang boleh kemaskini wasiat korang kat Amanah Raya berhad. Wasiat ni bukan sekadar duit je tau tapi harta pusaka korang. Contohnya, aset cam rumah, tanah, akaun bank atau saham yang didaftarkan atas nama korang.
 

Bila korang ada beli kereta baru ke atau ada tambah lot tanah baru ke, korang kena updatelah untuk elakkan aset korang tercicir dari wasiat.
 

Bila boleh guna wasiat ni?

Untuk pengetahuan korang, wasiat akan berkuatkuasa, bila penulis wasiat dah meninggal dunia dan wasiat ni ditulis oleh orang yang sempurna akal dan berusia 18 tahun ke atas dan ada tandatangan si mati.
 


Sumber: The Indian Express


Bila si mati meninggal dunia, wasiat ni akan dijalankan oleh individu atau organisasi yang dilantik untuk pastikan hasrat si mati dilaksanakan dan ikut undang-undang terpakai oleh wasi atau pentadbir.

Ni antara perkhidmatan wasiat yang ditawarkan:

ISLAM BUKAN ISLAM
Wasiat membolehkan korang memperuntukkan 1/3 daripada harta kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan korang. Wasiat membolehkan korang bahagikan kesemua aset kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan korang.
Tanpa Wasiat, semua harta akan diagihkan mengikut Faraid atau mengikut pemuafakatan waris. Tanpa Wasiat, harta korang akan diagihkan mengikut Akta Pembahagian 1958 atau mengikut pemuafakatan waris.


Bagi orang Islam, wasiat perlu  ditulis ikut undang-undang Islam. Penting bagi seorang muslim  untuk mempunyai Wasiat. Kalau tak ada wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Faraid, di mana anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.


Wasiat boleh terbatal kalau…

…digantikan dengan wasiat yang baru atau korang mansuhkan secara bertulis. Katakanlah kalau korang gaduh dengan adik korang, korang tak nak bagi harta kat dia, korang boleh buat wasiat baru. Secara automatik, wasiat lama akan terbatal dan tak boleh diguna pakai lagi.


Sumber: AIA Malaysia
 

Jadi, secara keseluruhannya, wasiat ditulis untuk kepentingan orang tersayang. Tak salah pun merancang awal. Sekurang-kurangnya korang dah ada plan yang terbaik untuk ditinggalkan demi masa depan family korang. 

Kalau korang ada pengalaman pasal wasiat ni share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia