Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Beli Rumah Kat KLANG. Tapi Apa Yang Menarik Kat Sana?

BY Contributor - Gila Hartanah

Updated 27 Nov 2019





Bila dengar orang sebut Klang, mesti korang terbayang pelabuhan penuh kapal, kontena dan lori treler. Senang cakap Klang memang kawasan tumpuan perkapalan dan logistik la. Korang jugak mesti dah tau yang Klang jugak dianggap sebagai kawasan ke-2 terpenting selepas bandaraya Shah Alam. Sebab tu la ramai pelabur datang ke Klang. Kepada korang yang tak tahu, Klang ni dulu pernah jadi ibu negeri Selangor. 

Untuk korang yang tak pasti kalau Klang ni sesuai untuk pelaburan korang je tak - ha ni kami nak sembang tentang kelebihan Klang yang korang mungkin tak tahu, dan harap artikel ni boleh bantu korang buat keputusan. Meh kita tengok apa yang best kat Klang ni.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Klang dah tak macam dulu...



Pada tahun 2010, populasi penduduk di daerah Bandar Klang mencapai 240,016 (10,445 adalah dalam kawasan pusat bandar). Populasi secara keseluruhan pulak adalah seramai 842,146 dan jumlah yang diurus oleh Majlis Perbandaran Klang adalah seramai 744,062.

Kalau korang nak tahu, daerah Klang ni terbahagi kepada dua iaitu Klang Utara dan Klang Selatan oleh Sungai Klang. Klang Utara dibahagikan kepada tiga sub-daerah - Kapar, Rantau Panjang dan Meru.

Dulu, Klang Utara menjadi pusat penempatan komersial tapi sejak 2008, banyak projek kediaman serta pejabat kerajaan mula dibina dekat kawasan Klang Selatan. Bermakna, kawasan Klang Selatan lebih sibuk dan menjadi tumpuan aktiviti sosial dan rekreasi, kalau dibandingkan dengan Klang Utara selepas habis waktu bekerja dan juga pada hujung minggu. 

Jadi, apa je yang ada kat Klang ni?
 

1. Banyak penempatan komersial untuk korang pilih


Pembangunan pesat jugak jadi punca developer berlumba-lumba bangunkan pusat penempatan komersial yang berciri moden dengan design menarik untuk pikat pembeli. Kalau korang minat, korang boleh check out kawasan penempatan moden macam:
  • Bandar Botanic
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Taman Bayu Perdana
  • Glenmarie Cove
  • Kota Bayuemas dan lain-lain

Sementara tu, ada banyak projek penempatan moden yang tengah dalam pembinaan kalau korang nak usha:
  • Bandar Bukit Raja
  • Aman Perdana
  • Klang Sentral dan lain-lain

Dan port pelabuhan yang terkenal di negara kita, Port Klang, terletak kat kawasan Klang Selatan.

 

2. Senang nak masuk dan keluar dari Klang




Nak travel dalam Klang dan keluar dari Klang memang senang. Kalau korang jenis guna public transport, korang boleh guna servis bas henti-henti (RapidKL)  atau guna komuter. Stesen komuter yang ada kat Klang pulang adalah:
  • Stesen Padang Jawa
  • Stesen Bukit Badak
  • Stesen Klang
  • Stesen Teluk Pulai
  • Stesen Teluk Gadong

Untuk korang yang guna kereta sendiri lak, melambak highway yang korang boleh guna untuk jimatkan masa korang masa travel:
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru
  • Lebuhraya Konsortium Shah Alam Selangor (KESAS)

Kalau korang kat Klang Utara, korang kena tau yang Klang Sentral adalah hub bas ekspress dan teksi. Maknanya kalau korang nak balik kampung kat negeri lain naik bas, pergi beli tiket kat Klang Sentral wokeh!

Nak pergi ke KLIA dari Klang pun senang jugak, sebab ada bas dari AEON Bukit Tinggi akan ambil penumpang setiap hari pada setiap jam. 

Kerajaan jugak merancang nak tambah servis LRT di Klang dengan LRT3 tapi yang ni masih dalam projek, so korang kena bersabar. Yang pasti, nak pergi mana-mana dalam Klang atau keluar dari Klang guna public transport lepas ni memang jadi lagi senang!

 

3. Macam-macam kemudahan hado kat Klang!

Bukan setakat ada 9 hospital dan pusat kesihatan (kerajaan dan swasta) je, ada 134 buah sekolah termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama. Kalau korang nak bina keluarga kat Klang, memang elok sangat-sangat lah sebab dah tentu korang boleh dapatkan servis berkaitan kesihatan dengan senang pastu pendidikan anak-anak korang pulak terjamin! 

Universiti terdekat yang ada seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah, ALC College, INTEC, Universiti Teknologi MARA, dan UNISEL (untuk 3 yang terakhir, terletak di Shah Alam).

Hospital/pusat kesihatan yang dah ada pulak:
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Klang General Hospital), Jalan Langat
  • Manipal Hospital Klang, Bandar Bukit Tinggi
  • Pantai Hospital Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang
  • Sri Kota Medical Centre, Jalan Mohet
  • KO Specialist Centre Klang, Jalan Goh Hock Huat
  • Columbia Asia Hospital Klang, Bandar Bukit Raja 
  • KPJ Klang Specialist Hospital, Bandar Baru Klang
 

4. Klang ada PANTAI untuk korang piknik ngan keluarga



Yang ni point paling best. Hati siapa yang tak tenang, menikmati ciptaan Tuhan? Jalan tepi pantai pagi-pagi angin tiup…..

Takde la nak cakap terbaik (air laut jernih, boleh nampak batu karang). Tapi korang tak boleh elak fakta yang Klang cukup dekat dengan lokasi tarikan tepi pantai dan pulau.

Korang yang suka makan ikan laut fresh atau ikan bakar memang ada potensi tinggi untuk melekat tinggal dekat sini.
  • Tanjung Harapan - Ini salah satu port makan ikan bakar
  • Pulau Ketam - Ada perkampungan nelayan dan rumah terapung kat sini
  • Pantai Acheh, Pulau Indah -  Boleh berkelah, memancing, atau buat aktiviti parasailing kat sini
  • Laguna Park, Pulau Indah - Satu lagi port makan yang menarik yang korang boleh cuba

Kami nasihatkan korang pergi jenguk pantai-pantai ni dulu. Kalau korang rasa korang suka, apa salahnya beli rumah kat Klang. Lepas tu tiap-tiap hari korang boleh jalan tepi pantai gittew. Yang pasti kalau korang ada anak kecik, diorang mesti suka. 
 

Jangan pandang Klang sebelah mata

Tak kenal maka tak cinta ye tak? Kalau sebelum ni korang asyik dengar cakap-cakap tentang Klang, mungkin dah tiba masanya korang check out macam mana rupa Klang dan kelebihan dia semua. Lepastu kalau jatuh cinta, boleh la beli rumah pertama korang atau tambah koleksi aset kat Klang ni. Takkan menyesal punya! Klang jugak sesuai untuk korang yang rancang untuk buat famili so why not.
Untuk pengetahuan korang, harga-harga rumah kat Klang masih boleh tahan lagi. Takut nanti kalau bertangguh, melepas nak merasa beli rumah harga macam sekarang ni.

Kalau korang nak bantuan untuk cari atau kira pinjaman perumahan lak, kat sini kami ada sediakan senarai pinjaman yang korang boleh bandingkan. Atau korang boleh guna tools dari Loanstreet untuk check samada korang layak tak untuk buat pinjaman. 

READ MORE: Nak Beli Rumah Kat KLANG. Tapi Apa Yang Menarik Kat Sana?

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - Gila Hartanah



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan