Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Skim Rumah Pertamaku

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Pernahkah anda mendengar tentang Skim Rumah Pertamaku? Tahukah anda apa yang diperlukan untuk bermanfaat daripada skim ini? Jika anda berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, silalah terus membaca artikel ini, untuk memahami dengan lebih jelas tentang skim tersebut.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Skim Rumah Pertamaku diumumkan buat kali pertama di dalam Bajet 2011 oleh kerajaan Malaysia. Skim tersebut merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk mendapatkan pembiayaan 100% daripada bank bagi pembelian rumah pertama mereka.

Jika anda baru saja memulakan kerjaya dengan gaji sebanyak RM2,800 sebulan dan andaikan anda menyimpan sebanyak 20% daripada gaji anda sebulan, hanya pada tahun ketiga anda baru anda dapat membayar bayaran muka sebanyak RM20,160 bagi hartanah yang berharga RM200,000 (Lupakan kenaikan gaji tahunan dan mari kita andaikan gaji anda tidak berubah selama tiga tahun). Tanya diri anda dua soalan berikut:

  1. Adakah anda mampu menyimpan sebanyak 20% daripada gaji anda dengan berdedikasi?
  2. Adakah hartanah tersebut akan kekal pada harga yang sama seperti tiga tahun dahulu?

Bagi kebanyakan orang dewasa muda yang bekerja, jawapan kepada soalan di atas adalah tidak. Seorang kakitangan bank yang ditemuramah kami telah berkongsi pengalamannya di mana pada tahun 2007 apabila dia mula bekerja, sebuah kondominium yang baik di Petaling Jaya berharga RM250,000. Selepas menyimpan RM25,000 pada tahun ketiga, hartanah yang sama tidak lagi berharga RM250,000.

Pada ketika itu, dia berkata, dia tidak akan mampu menyimpan untuk membeli rumah pertama beliau kecuali gaji beliau meningkat dengan drastik seiring dengan peningkatan harga rumah. Beliau agak bertuah kerana ia berlaku pada tahun ketiga. Tetapi berapa ramaikah golongan muda yang menjangkakan gaji mereka akan naik dengan mendadak?

Adalah sukar untuk membayangkan semua itu berlaku. Terimah kasih kepada pihak kerajaan kerana skim ini amat berguna kepada mereka yang baru sahaja memulakan pekerjaan tanpa melalui kesukaran seperti mana yang telah dilalui oleh kakitangan bank tersebut. 

Jadi, siapakan yang layak untuk memohon pembiayaan di bawah skim ini?

Kerakyatan Malaysia sahaja
Usia Maksimum Pemohon 35 tahun
Syarat kelayakan gaji kasar

Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)

Status pekerjaan Pekerja yang disahkan oleh majikan dengan tempoh bekerja dengan majikan tersebut selama sekurang-kurangnya 6 bulan ( Bermula January 2013, kriteria perlu bekerja selama 6 bulan telah tiada lagi, untuk maklumat lanjur sila melayari sini.)
Syarat-syarat lain -Mestilah pembeli rumah pertama
-Peminjam mestilah mendiami rumah yang dibeli
-Rekod akaun simpanan yang mempunyai jumlah bayaran ansuran pinjaman selama 3 bulan(bermula january 2013,Kriteria perlu rekod akaun simpanan selama 3 bulan tidak diperlukan lagi, untuk maklumat lanjut sila melayari sini.)
Jenis Hartanah Hartanah kediaman di Malaysia sahaja
Status pembinaan Telah siap ataupun dalam pembinaan
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM220,000 (Bermula 2013, ia telah dinaikkan ke RM400,000
Tempoh pinjaman maksimum 35 Tahun atau pada usia 65 tahun, yang mana lebih rendah
Jenis kemudahan / pakej pinjaman Pinjaman bukan fleksi (amortizing facility)
Kaedah pembayaran ansuran Potongan gaji atau Standing instruction
Insurans kebakaran / takaful Wajib

Bagaimana Memohon?

Jika anda memenuhi semua kriteria di atas, untuk memohon 100% margin pinjaman, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah tunjukkan kepada pegawai bank terlibat dalam skim ini yang anda ingin memohon pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku. Biasanya terdapat beberapa cara yang berbeza yang digunakan untuk menunjukkan niat anda kepada pihak bank.

Sila ambil perhatian, tidak semua bank di Malaysia terlibat dalam skim ini. Anda boleh melihat senarai bank yang mengambil bahagian yang diterbitkan oleh SRP. Walaupun kerajaan berhasrat baik, mengikut statistik, penapisan dan penilaian yang ketat oleh bank-bank yang terlibat menyebabkan hanya 1 daripada 10 pemohon yang berjaya dalam permohonan mereka.

Jika anda ingin mengetahui mengenai SRP dengan lebih lanjut, sila lawati www.srp.com.my

Kesimpulan

Jika anda layak untuk mendapatkan 100% pembiayaan di bawah Skim Rumah Pertamaku, anda boleh menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet untuk mendapatkan pinjaman rumah terbaik yang ada. Kemudian, teruskan memohon 100% pembiayaan menerusi Loansreet. Ia mudah dan cepat.

Dan jika anda tidak layak untuk skim ini, Loanstreet masih ada semua pakej pinjaman rumah yang murah dan terbaik untuk anda pilih demi membantu anda mendapatkan pinjaman rumah yang paling sesuai.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai