Apa kelebihan beli rumah jenis landed?
Antara sebab orang lebih tertumpu untuk beli rumah jenis ini adalah:
1. Ruang rumah yang lebih besar
Rumah jenis ini sesuai untuk didiami bersama keluarga, dan ada kebebasan untuk buat modifikasi rumah tanpa perlu risau tentang faktor had saiz rumah. Kalau nak buat modifikasi pada rumah high-rise, saiz rumah adalah antara faktor utama yang korang kena ambil kira. Bermakna, korang tak boleh sesuka hati buat renovasi. Korang tak perlu hadapi masalah ini kalau beli rumah jenis landed. 2. Boleh dijual pada harga tinggi
Bergantung pada lokasi rumah, kediaman jenis landed biasanya boleh dapat capital appreciation (kenaikan nilai) yang lebih baik dalam jangka masa panjang. Biasanya dalam masa 5 tahun, kediaman jenis ini boleh mencapai kenaikan nilai (capital appreciation) yang baik. Cuma untuk dapatkan capital appreciation yang baik, ini bergantung pada pelbagai faktor seperti lokasi dan sebagainya.3. Suasana kediaman yang tenang dan nyaman
Kediaman yang terletak jauh dari hiruk pikuk bandar, sudah pasti menjanjikan damai dan ketenangan. Tambahan pula, korang tak ada masalah gangguan bunyi dari jiran sebelah sebab jarak antara rumah yang baik.
Seremban dan Rancangan Malaysia ke-11
Ini satu lagi poin ‘baik punya’ buat korang yang masih menganggap Seremban sebagai kawasan kampung yang masih mundur (belum membangun).
Seremban termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV). Ini merupakan rancangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan.
Bermakna, korang akan lihat kawasan ini ada potensi untuk lebih membangun pada masa akan datang.
Selain tu, Seremban juga ada akses mudah ke jaringan lebuhraya seperti:
- NSE (North-South Expressway)
- ELITE Expressway
- Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
- MEX (Maju Expressway)
- Nilai-KLIA Highway
- Lebuhraya Damansara-Puchong
- SKVE (South Klang Valley Expressway)
Kediaman nyaman dan damai, terbaik untuk seisi keluarga
Tiba masa untuk kami kongsikan tentang projek kediaman yang power ini. Projek yang kami maksudkan ini, diberi nama Sena Parc. Ia adalah sebuah projek kediaman dalam township yang dibangunkan dekat tanah seluas 220 ekar berstatus freehold (pegangan bebas), lengkap dengan pemandangan semulajadi yang cukup menawan. Projek kediaman ini dibangunkan oleh Bright Term Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Land & General Berhad.
Sekarang ni, pembangunan Fasa Pertama (1) sedang berjalan dan dibina atas plot tanah seluas 58 ekar. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020. Bertempat dalam kawasan Senawang atas bekas tanah padang golf, projek township ini menjanjikan kediaman yang tenang dengan latar belakang landskap yang menawan.
Berapa jenis kediaman yang ditawarkan untuk Fasa Pertama (1)?
Untuk Fasa Pertama (1), sebanyak 453 unit kediaman jenis teres 2 tingkat (2-storey terraced) dan rumah berkembar separuh (semi-detached) akan dibina. Dalam keseluruhan unit ini juga, 80 unit kediaman jenis mampu-milik juga akan turut dibina. Kediaman jenis teres 2 tingkat ini diberi nama Amantara dan Azalea, dengan keluasan bermula dari 1,797 sehingga 2,098 kaki persegi. Korang boleh rujuk susun atur (layout) berikut untuk 2 kediaman ini:
Jenis A (Amantara, 20’ X 75’ dan 22’ X 75’):
Jenis B (Azalea, 20’ X 70’ dan 22’ X 70’):
Sena Parc lengkap dengan 8 jenis taman yang unik
Kalau korang menetap di Sena Parc Homes, korang ada akses ke 8 taman yang tenang, yang dikenali sebagai SenaScapes. 8 taman yang unik ni dinamakan:1. Central Park
Ini merupakan taman rekreasi pusat dalam pembangunan Fasa 1. Antara fasiliti yang ditawarkan dekat sini seperti:
- Gazebo dengan jeti
- Kolam
- Boardwalk
Korang boleh melepak dekat sini, sambil menikmati ketenangan yang nyaman.
2. Wellness Park
Taman ini bertemakan ketenangan dan kecergasan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya hidup yang cergas dan gemarkan aktiviti luar.Antara fasiliti yang tersedia dekat sini adalah:
- Trek joging
- Gim terbuka (Outdoor gym)
- Trek refleksologi
- Sunken valley
- Cabana
3. Picnic Park
Taman ini pula direka sebagai taman-terbuka (open park), sesuai untuk aktiviti berkelah. Antara fasilit yang disediakan untuk kegunaan korang seperti:
- Taman permainan
- Berdekatan dengan tadika
4. Lakeview Park
Taman ini pula, dilengkapi dengan tasik dengan bentuk ‘infiniti’ dengan trek joging pusingan penuh (full-loop jogging track), tasik, laluan pejalan kaki, gazebo, dan gim terbuka (outdoor gym).5. Zen Park
Taman ini direka dengan konsep taman hijau untuk berikan elemen ‘zen.’ Antara kemudahan yang disediakan di taman ini adalah:
- Taman permainan
- Gelanggang serbaguna
- Gazebo
- Laluan refleksologi
- Gim terbuka (outdoor gym)
6. Linear Park
Taman ini pula dilengkapi dengan bangku tempat duduk yang baik. Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti berjoging dan berjalan-jalan bersama keluarga.
7. Atelier Park
Taman yang unik ini dibina untuk tujuan berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Fasiliti yang tersedia dekat sini seperti:
- Laluan penjalan kaki,
- Bangku.
8. Inspiration Park
Taman ini dibina dengan tujuan untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak, dan belajar perkara baru. Antara fasiliti yang disediakan disini seperti:
- Taman permainan
- Cabana
Setiap taman ini menawarkan fungsi berbeza untuk kegunaan rekreasi penduduk dan keluarga disini. Senang cerita, korang tak payah keluar dari kawasan ini untut buat aktiviti rekreasi.
Pakej istimewa menanti untuk pembeli Sena Parc!
Buat korang yang berminat untuk beli kediaman di Sena Parc, ada tawaran menarik yang menanti korang. Tawaran ini khas untuk pembaca Gila Hartanah sahaja.Berikut adalah tawaran yang bakal korang dapat:
- 10% rebat
- PERCUMA MOT (Memorandum of Transfer)
- PERCUMA Duit Setem, kos guaman, dan disbursement fee untuk Sales dan Purchase Agreement
- PERCUMA Duit Setem, kos guaman, dan disbursement fee untuk permohonan loan rumah
- SUBSIDI 6 bulan untuk pembayaran ansuran rumah