Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

BY Nisa Afiqah

Updated 01 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

Korang mesti perasan kebalakangan ni berita banyak sebut pasal kemungkinan nilai Ringgit Malaysia kita akan naik menjelang hujung tahun ni. Menteri Ekonomi kita, Rafizi Ramli pun ada cakap yang  ringgit sekarang dah mengukuh kepada 4.66 berbanding dolar AS, satu lonjakan yang besar dari 4.79 pada 18 April lepas. Dia juga kata ringgit adalah mata wang kedua terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh sampai akhir tahun.

 

Tapi, apa kesan semua ni untuk kita, rakyat Malaysia? Siapa yang akan untung, dan siapa yang mungkin akan rugi dalam situasi ni?
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Siapa yang untung bila ringgit mengukuh


1. Korang yang suka melancong oversea


 

Berita baik untuk korang yang merancang nak melancong tahun ni. Disebabkan ringgit makin kukuh berbanding banyak mata wang global, korang akan dapat lebih nilai untuk setiap ringgit yang korang belanjakan. So, kepada yang selalu tangguh nak melancong sebab takut tak cukup bajet tu, inilah masa yang sesuai untuk korang tunaikan hasrat korang..

 

Antara manfaat yang korang akan dapat:

 
  • Kadar yang tukaran lebih baik: Korang boleh dapat lebih banyak mata wang asing untuk setiap ringgit.

  • Penginapan lebih murah: Korang boleh nikmati penginapan hotel yang lebih berpatutan ataupun korang boleh belanja lebih sikit untuk tempat yang lebih mewah dan selesa..

  • Kawasan tarikan lebih murah: Inilah masanya korang pegi kawasan tarikan pelancong sebab harganya jadi lagi murah.

  • Makanan dan shopping lebih berbaloi: Korang tak perlu risau pasal bajet korang untuk makan atau shopping cenderamata.

 

Tambah lagi kalau korang ada gunakan kad kredit perjalanan, lagi banyak korang boleh jimat untuk travel oversea kalini. So, tunggu apa lagi? Kemaslah bag korang, sedia untuk melancong.
 

2. Parent yang tanggung anak belajar luar negara



Untuk parents yang hantar anak belajar luar negara, korang dah boleh bernafas sikit. Kami faham,cekik darah jugaklah nak tanggung anak dengan yuran pengajian beratus ribu, duit penginapan, perbelanjaan seharian lagi. Tapi, dengan kukuhnya ringgit kita, duit yang korang kirimkan akan jadi lebih bernilai. Yuran pengajian, penginapan, dan kos hidup dalam mata wang asing akan jadi lebih murah bila ditukar dari ringgit. So korang takdelah rasa tercekik sangat nak keluarkan duit untuk support pendidikan anak korang.

 

3. Industri Berasaskan Import - Automotif, Barangan Pengguna, dan Industri Penerbangan


Bila Ringgit Malaysia mengukuh, industri berasaskan import macam automotif, barangan pengguna, dan penerbangan ni akan menang besar. Untuk sektor automotif, mereka akan dapat kereta dan alat ganti import yang lebih murah, so boleh kurangkan kos pengeluaran dan mungkin juga dapat turunkan harga kereta. Tapi yang tak bestnya, hal ni boleh tingkatkan persaingan dari jenama asing. Jadi, pengeluar tempatan kena pandai dalam tetapkan harga untuk kekal bersaing. 

Macamtu juga untuk industri penerbangan, ringgit yang lebih kuat dapat kurangkan kos operasi untuk bahan api, penyelenggaraan, dan alat ganti yang berharga dalam mata wang asing. Harga tiket penerbangan akan menjadi lebih mampu milik , tambah lagi dengan pembelian pesawat yang lebih murah, mereka akhirnya  boleh tingkatkan pelancongan, baik domestik mahupun antarabangsa.
 

4. Pelabur Tempatan yang Melabur dalam Pasaran Malaysia



Untuk korang rakyat Malaysia yang melabur dalam pasaran lokal, korang akan dapat untung yang besar! Ringgit yang lebih kuat ni maksudnya ekonomi kita berjalan dengan baik, jadi harga saham akan naik dan pulangan yang korang dapat pun lebih menguntungkan. Jadi, korang kena ambil kesempatan sementara trend pasaran tengah positif sekarang. 
 

Siapa yang rugi bila ringgit mengukuh?

 

1. Industri Eksport - Sarung Tangan Getah, Minyak & Gas


Mesti korang tak sangka kan ringgit yang kukuh akan bagi kesan buruk kepada sesetengah pihak? Industri import macam bisnes sarung tangan getah dan minyak & gas lah antara yang paling terkesan sekali sebenarnya bila nilai ringgit kita naik. Sebab, harga produk mereka akan turut naik dan menjadikan kosnya lebih mahal untuk pembeli luar negara.

Kesannya, demand produk mereka akan berkurang dan akhirnya menjejaskan bisnes mereka. Kalau mereka tak dapat capai profit yang mereka perlukan, bisnes mereka mungkin akan terjejas teruk.  Mereka kena sediakan strategi baru untuk kekalkan operasi mereka.
 

2. Industri Pelancongan


 

Kita semua pun tahu yang Malaysia ni salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dikalangan warga asing. Selain pemandangan yang cantik dan makanan yang sedap-sedap, mereka suka datang ke Malaysia disebabkan harganya yang murah dan berpatutan. Tapi bila ringgit kita mengukuh, pelancong yang terpaksa keluarkan lebih banyak duit untuk melancong di negara kita jadi kurang berminat nak datang lagi.

Akhirnya, destinasi pelancongan macam di Genting Highland dan Pulau Semporna akan terjejas bila jumlah pelancong berkurang. Sebabnya kebanyakan industri pelancongan di Malaysia pun memang banyak bergantung kepada pengunjung antarabangsa berbangding tempatan. Kalau benda ni berterusan, ekonomi negara kita pun akan ikut terjejas sekali sebab tiada pelancong luar yang membelanjakan duit di Malaysia.
 

Pengukuhan ringgit tak semestinya baik untuk semua orang



Walaupun kita happy dengan berita pengukuhan nilai ringgit, kita kena ingat ada pihak yang akan menghadapi kerugian. Dari satu sudut kita boleh nampak industri import dan pelabur lokal yang melabur di Malaysia akan mendapat untung yang besar, dari sudut lain pulak industri eksport dan industri pelancongan akan rugi. Industri eksport dan pelancongan ni sebenarnya akan mendapat manfaat dan untung apabila nilai ringgit kita jatuh.


Akhirnya, walaupun kita berharap ringgit terus kuat, penting juga untuk  kita sedar macam mana perubahan ni boleh beri kesan buruk pada pihak dan individu yang lain.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisa Afiqah

Nisa Afiqah ialah seorang intern di Finology. Dia kini sedang mendalami dunia penulisan di bawah bimbingan mentornya yang berpengalaman. Kalau kena dengan topik yang dia minat, dia boleh berbual tanpa henti!

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)