1. Kadar Cukai bagi 2023
Pendapatan Bercukai (RM) | Kadar Cukai 2022 | Kadar Cukai 2023 |
---|---|---|
1 - 5,000 | 0% | 0% |
5,001 - 20,000 | 1% | 1% |
20,001 - 35,000 | 3% | 3% |
35,001 - 50,000 | 8% | 6% |
50,001 - 70,000 | 13% | 11% |
70,001 - 100,000 | 21% | 19% |
100,001 - 250,000 | 24% | 25% |
250,001 - 400,000 | 24.5% | 25% |
400,001 - 600,000 | 25% | 26% |
600,001 - 1,000,000 |
26%
|
28% |
1,000,001 - 2,000,000 | 28% | 28% |
Melebihi 2,000,000 | 30% | 30% |
Apa admin maksudkan dengan pendapatan bercukai dan camne nak kira? Ni formula dia:
Pendapatan Bercukai = Jumlah Pendapatan Tahunan – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai
Untuk senang paham, ni admin kasi contoh - Danial.
Kalau ikut info kat atas ni, pendapatan bercukai Danial adalah:
Pendapatan bercukai:
RM65,200 - RM1,600 - (RM9,000 + RM6,000 + RM1,800 + RM950) = RM45,850Cukai perlu dibayar:
RM45,850 x 8% (kadar cukai) = RM3,668
2. Korang tak boleh claim pelepasan cukai untuk pendidikan bukan vokasional.
Ni mungkin korang pening sikit. Ya lah, sebelum ni gomen kata boleh tapi sekarang dah tak - so, camne tu?
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), korang tak boleh claim pelepasan cukai pendidikan kalau study bukan vokasional cam Kesusasteraan Inggeris, Seni Persembahan, Falsafah dan Anthropologi.
Hanya boleh claim kalau korang ambik Undang-Undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Perindustrian, Saintifik dan Teknologi.
Jangan risau, bukan gomen tak kasi claim kalau ambik jurusan bukan vokasional. Boleh ambik tapi kalau korang buat Master atau PhD je lah. Siap boleh claim sampai RM7,000. Sementara tu, kursus untuk meningkatkan kemahiran diri atau penambahbaikan diri terhad kepada RM2,000 je.
3. Ibu-ibu, korang dapat extra pelepasan cukai!
Ada baby bukan benda murah tau - tak perlu kahwin pun untuk tahu benda ni. Cer korang google harga breast pump - boleh cecah lebih dari RM500. Paling murah pun RM45! Tak ke mahal tu?
Sebab tu lah gomen kasi pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk alat-alat penyusuan. At least, dapat lah kurangkan beban diorang - depends kelayakan.
- Antara alat-alat penyusuan adalah breast pump (manual atau elektronik), ice pack, alat penyimpanan susu dan set atau beg cooler.
- TAK BOLEH CLAIM harga barang lebih RM1,000. So ibu-ibu, pilih leklok.
- Untuk anak-anak bawak 2 tahun sahaja.
4. Ada hantar anak-anak ke day care?
Ada berita baik - ada potongan cukai tambahan untuk korang. Korang boleh mendapat potongan cukai sehingga RM3000 untuk setiap anak yang berusia 6 tahun ke bawah. Ni bonus yang best, terutamanya kalau korang kena keluarkan duit untuk sekolah khas atau swasta.
5. Bekas suami bayar alimoni kat bekas isteri pun dapat pelepasan cukai
Paling tinggi pelepasan cukai bekas suami boleh claim kalau bayar alimoni untuk bekas isteri adalah RM4,000. Tapi, kena lah ada persetujuan yang dah di sign (baru dapat!). So, make sure korang ada bukti.
6. Pakaian sukan tak dikira sebagai peralatan sukan...
Selalu bila nak claim pelepasan cukai, ramai salah part ni. Kalau ikut LHDN Akta Cukai Pendapatan, pelepasan cukai untuk peralatan sukai hanya untuk yang digunakan dalam aktiviti sukan (Akta Pembangunan Sukan 1997). Ni kiranya cam galakan dari gomen untuk korang hidup sihat.
Antara contoh peralatan sukan adalah dumbbell, bulu tangkis, net jaring dan set golf. Kalau baju jersi, kasut sukan, baju dan seluar sukan tu semua dikira pakaian sukan. Kiranya, korang tak boleh claim kalau beli benda-benda tu termasuklah baju mandi.
Mesti pelik, kan? Tapi, nak buat camne, dah peralatan sukan dan pakaian sukan tu benda yang berbeza. Kalau korang still nak claim jugak walaupun salah, pepandai lah jawab kalau kantoi dan kena bayar saman...
7. Ada rebat cukai untuk pembayar cukai Islam yang bayar zakat
Orang Islam kan bayar zakat setiap tahun (untuk bersihkan pendapatan). Kalau nak tahu, duit zakat ni untuk tolong orang yang memerlukan - baru diberkati gituw.
Yang bagusnya, kalau korang bayar zakat, boleh dapat rebat cukai. Kenapa? Ya lah, cuba bayangkan korang bayar zakat dan cukai setiap tahun. Memang rabak poket kalau camtu. Cuma, amaun rebat cukai tu limited dengan jumlah cukai korang kena bayar. Contohnya, camni:
Puan Adibah kena bayar cukai pendapatan untuk Tahun Taksiran 2022 sebanyak RM1,050. Untuk zakat pulak, dia dah bayar RM650 untuk zakat pendapatan, RM430 untuk zakat simpanan dan RM21 untuk zakat fitrah.
Ni cara kira dia:
Jumlah kena bayar cukai - Jumlah zakat yang dah dibayar
RM1,050 - (RM650 + RM430 + RM21)
RM1,050 - RM1101 = - RM51
Kiranya, Puan Adibah tak perlu bayar cukai pendapatan langsung pun sebab rebat zakat. Kalau dia ada buat potongan cukai bulanan (PCB), dia yang akan dapat bayaran balik. Korang pun boleh buat benda sama cam Puan Adibah - pastikan bayar zakat korang before 1 Januari setiap tahun so that boleh claim.
BACA JUGAK: “Saham Pun Kena Bayar Zakat?” Ni Cara Untuk Korang Kira!
8. Korang boleh claim pelepasan cukai kalau ada isu kesihatan
Korang mesti tertanya-tanya, “Sakit apa lagi yang boleh claim pelepasan cukai?”. Mengikut LHDN, kanser, sakit jantung, HIV/AIDS, tumor, kencing manis dan leukemia semua dikira sakit serius. Kalau nak tahu senarai penuh, boleh klik sini.
Kalau korang buat full medical checkup (untuk diri sendiri, pasangan atau keluarga), boleh claim pelepasan cukai sebanyak RM1,000.
In case korang tak tahu, tak semua yang ada isu kesihatan mental pergi ke Tanjung Rambutan. Ramai masih lagi ada dalam masyarakat, hidup cam biasa - still bekerja dan bayar cukai pendapatan.
So, kalau korang salah sorang dalam kategori ni, boleh claim sehingga RM6,000 bila beli ubat, terapi dan check-up.
9. Pasangan suami isteri boleh buat taksiran cukai bersama
Kalau nak senangkan kerja, pasangan suami isteri boleh buat taksiran cukai bersama (mengikut Seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan 1967). Bagus lah, kan? Boleh save duit. Katakan salah sorang berpendapatan kurang dari RM4,000, mudah lah nak claim pelepasan cukai sebanyak RM4,000.
Sebaliknya pulak, kalau korang berpendapatan lebih dari RM4,000, better buat asing. Setiap sorang boleh dapat pelepasan cukai individu sebanyak RM9,000 - kalau dua orang, dapat RM18,000 (banyak lah tu!). Tambahan lagi, boleh dapat lebih banyak pelepasan cukai camtu. So, decide bebetul nak fail secara individu atau bersama.
10. Ada kereta elektrik?
Ni satu kelebihan buat korang: korang boleh dapat potongan RM2,500 untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan charger EV korang. Tak kisah kos pemasangan, pembelian atau sewa charger, penyewaan, atau langganan perkhidmatan pengecasan EV, korang layak untuk potongan ini.
Maksimumkan pelepasan cukai korang sebanyak yang mungkin!
Tu penting korang tak lupa simpan segala resit selama 7 tahun (kalau boleh!). Senang lah bila korang nak fail cukai pendapatan sebelum tarikh akhir iaitu 30 April 2024 (15 Mei 2024 untuk e-filing).
Kebiasaannnya, tarikh akhir bayar cukai pendapatan ni akan extend. Tapi, kalau nak selamat, better setel awal-awal. Takdelah asyik pikir pasal benda tu je. Bila dah selesai, sentiasa check akaun bank - mana lah tahu korang dah dapat pembayaran balik.
Ni ada ekstra tips untuk korang, try bincang dengan manager atau HR. Mana tahu boleh kautim gaji basic korang kurang tapi elaun bulanan naik. Cara camni pun boleh kurangkan cukai pendapatan korang.
Paling penting sekali, korang jangan ambik remeh hal cukai pendapatan ni - boleh kena saman kalau elak bayar. Katakan korang meninggal dunia (mintak simpang!), waris still kena bayar jugak. Jadi, mari lah kita jadi pembayar cukai yang bertanggungjawab.
Selamat musim cukai!
BACA JUGAK:
- 5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu
- Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.