Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Buat Home Gym? Consider Beberapa Perkara Ni Dulu!

BY Faiz Rahim

Published 05 Oct 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Korang ada pernah dengar pasal seorang pemuda buat home gym sendiri sebab kos pergi gym mahal sangat? Serius, dia rasa mahal sangat bayar gym setiap kali masuk so dia buat home gym sendiri. Dia guna besi buruk, batang kayu dan simen (tak sia-sia kerja sebagai kontraktor!).

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mesti korang pun nak buat, kan? Makin jimatlah duit kalau camtu. Tak perlu bayar gym dan sibuk nak beli baju untuk workout. Boleh je pakai baju biasa, lagi selesa nak workout. Tak perlu pergi luar pun - mudah dan senang. Tambahan lagi, boleh elak dari COVID-19.

Tapi, ada beberapa perkara korang kena consider dulu sebelum buat home gym:

1. Berapa ramai akan guna?

Kalau korang sorang je guna, takkan beli equipment besar? Mesti beli yang sesuai sorang guna. Kena tengok jugak berapa orang nak pakai equipment, takut nanti berebut jadi WWE pulak.

2. Ada ruang kat rumah ke idok?

Paling nice kalau korang ada satu sudut yang boleh jadikan exercise corner. Kalau dapat bilik kosong pun dah cukup baik! Bila ada ruang khas untuk bersenam ni semangat dia membara sikit kan?

3. Keselamatan jangan lupa ambik kira pulak

Katakan korang ada equipment berat dan bahaya, pastikan budak-budak tak boleh senang-senang main mintak jauh! Pastikan exercise corner korang tu boleh dikunci, kalau takde pilihan tu silalah cari storage untuk simpan semua equipment heavy tu.

4. Korang minat jenis exercise yang camne?

Korang nak exercise untuk apa. Nak bina muscle? Ke kuatkan stamina (cardio)? Atau, bersenam sebab nak sihat? Korang kena set jenis exercise supaya senang sikit korang pilih equipments, tak perlu beli sume bende.

5. Bajet korang pulak ada berapa?

Jangan main beli kalau dah tahu terlebih bajet. Make sure beli yang murah-murah dan kalau mahal pun, pastikan under bajet yang dah disediakan.

 

BACA JUGAK: Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan

 

Bila dah consider perkara-perkara ni, baru korang boleh start pikir nak beli barang gym yang mana

Admin suggest beli equipments based on jenis senaman apa korang nak buat. Paling penting, selaraskan dengan tujuan korang bersenam. Jadi, admin akan listkan segala equipments sesuai untuk korang beli -  home gym punya pasal!

 

1. Latihan ketahanan (Resistance training)

Menurut website Sangat Sihat, korang boleh buat latihan ketahanan untuk tingkatkan daya tahan- buat muscle korang tambah kuat. Secara tak langsung, latihan ketahanan akan kasi kesan positif pada badan macam sistem kardiovaskular (hati). 

 

Untuk senaman ketahanan, korang boleh guna benda-benda berat macam beg pasir (RM24.90) atau dumbbell (RM36.90), resistance band (RM16.39) atau berat badan sendiri. Kalau korang baru nak mula, disarankan untuk buat senaman ketahanan ni 2 atau 3 kali seminggu. Contoh senaman korang boleh buat adalah lari atas treadmill, basikal ergometer, naik turun tangga dan lain-lain.

Antara home gym equipment yang korang boleh beli adalah:

 

2. Latihan intensiti tinggi (High-Intensity Interval Training)

 

Kalau korang nak tahu, latihan HIIT adalah siri latihan dalam jangka masa pendek, yang diselit sekali dengan waktu rehat. Website ni kata korang akan buat latihan kardio yang berintensiti tinggi dalam sekitar 10 hingga 20 minit. Korang akan ulang, ulang dan ulang sampailah rasa penat.

Kalau korang lebih suka jenis senaman yang tak perlukan banyak barang, HIIT ni yang paling sesuai. Walaupun tak perlu banyak benda, korang still boleh kurangkan berat badan dan kuatkan jantung. Antara latihan dan equipment yang korang boleh beli dan buat untuk home gym adalah berbasikal, berlari, zumba, pilates, dan lain-lain latihan berat.

Jadi, ikut Mens Journal, equipment home gym yang patut dibeli untuk senaman HIIT adalah:

3. Latihan angkat berat (Weight training)

In case korang tak tahu, Hello Doktor kata yang mengikut kajian senaman angkat berat selama satu jam atau kurang setiap minggu boleh kurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Senang citer, latihan angkat berat guna rintangan otot untuk kuatkan serta buat otot. Contoh senaman rintangan lain adalah tekan tubi, duduk tegak (sit-ups), dan tujahan (lunges).

 

 

Antara jenis-jenis senaman yang lain, angkat berat ni yang paling makan ruang. Mana taknya, korang bukan setakat kena beli equipment senaman berat, kena beli jugak beban berat yang ada berlainan saiz tu. 

Ni list equipment home gym korang patut beli untuk latihan angkat berat:

 

P/s: Korang tak perlu hanya beli equipment home gym ikut jenis senaman yang korang nak buat. Beli je yang korang nak, asalkan akan guna secara konsisten. Jangan jadi tempat sidai baju sudah!
 

Bagus buat home gym, dijamin jimat kos!

Bak kata orang dulu-dulu, ukur baju kat badan sendiri. Beli ikut kemampuan korang, better kalau within bajet yang dah disediakan. Jangan overspend pulak lagi-lagi kalau beli equipment yang korang jarang pakai. Bazir je!

Lagi bagus, pada waktu mula-mula ni, korang start dengan beli equipment dan barang-barang home gym yang kecik je macam yoga mat, dumbbell dan resistance band. Nanti, semakin lama korang boleh lah tambah pada koleksi masing-masing. Pejam celik, pejam celik, dah boleh bukak gym kat rumah diri sendiri pulak dah.

Pada mulanya, memang akan rasa lagi mahal nak set up home gym sendiri. Tapi, bila dah siap, korang akan nampak kat mana jimat tu. Ya lah, korang tak perlu susah-susah drive atau ride pergi gym, tambah kelas exercise dan lain-lain lagi. Baru, korang boleh direct duit yang digunakan untuk benda-benda lain macam *batuk* pelaburan.

 

Kalau korang ada extra cash, boleh contact supplier barang-barang home gym. Antaranya adalah Home Gym, Fitness Concept dan Fitness League. Walaupun agak pricey, korang boleh dapat lebih banyak info melalui customer service. Kebanyakan pun ada warranty - lebih berkualiti gittew. Cuma, kena bersedia untuk berbelanja lebih banyak lor. 

Haa… bila dah beli tu, jangan lupa untuk sentiasa guna pulak. Selamat bersenam!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-cara-nak-bayar-PTPTN-secara-online

Alamak! Camne Nak Bayar PTPTN Secara Online Ya?

‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ Atome Dilancarkan kat M’sia

‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ Atome Dilancarkan kat M’sia