Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ Atome Dilancarkan kat M’sia

BY Team Loanstreet

Published 01 Apr 2021




Kebelakangan ini, servis ‘beli sekarang, bayar kemudian’ jadi semakin terkenal kat Malaysia. Oleh sebab itu, Atome baru saja melancarkan perkhidmatan platformnya dengan lebih 100 peniaga dalam talian dan luar talian.

Kini, pelanggan di Malaysia boleh beli-belah dan buat pembayaran guna Atome dengan mengimbas kod QR di kedai atau pilih Atome sebagai pilihan pembayaran di laman web. 
 



Bukan itu saja. Atome juga membolehkan pelanggan bahagikan bil mereka kepada tiga pembayaran tanpa faedah dalam tempoh tertentu, tanpa sebarang kos admin/perkhidmatan. Hanya perlu daftar di aplikasi Atome untuk buka akaun - ambil masa kurang  2 minit.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mengikut Trasy Lou Walsh, Pengurus Besar Atome Singapura dan Malaysia, Atome boleh ubah cara pelanggan belanja dan buat pembayaran.

Selain itu, Atome juga dapat bantu peruncit dan peniaga tempatan untuk pulihkan jumlah jualan mereka akibat kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pilihan pembayaran fleksibel yang ditawarkan Atome membantu rakan peniaga meningkatkan purata  konversi sehingga 17% dan purata jumlah barangan yang terjual untuk satu transaksi sehingga lebih 30%,” dia tambah.



Contohnya, jenama perkakas rumah IUIGA berjaya meningkatkan purata jumlah barangan terjual untuk satu transaksi sehingga dua kali ganda dan peningkatan jumlah transaksi sebanyak 15 kali ganda, selepas mengintegrasikan Atome dalam proses pembayaran.

Bila ditanya cara menangani impak COVID-19 kepada peniaga kecil sederhana (PKS) dan perniagaan tempatan, Walsh kata adalah dengan membahagikan bil kepada tiga pembayaran tanpa faedah dan tanpa caj tersembunyi.

“Ini secara langsung memperkasa pelanggan dengan pilihan, kemudahan dan fleksibiliti untuk belanja dan buat pembayaran. Dengan menawarkan Atome sebagai pilihan pembayaran membantu perniagaan tempatan dapatkan jualan dan konversi lebih baik,” dia cakap.


Yang bagusnya, Atome menampilkan jenama terkemuka seperti Agoda, ezbuy, Eu Yan Sang dan Hush Puppies…

Antara rakan peniaga yang lain adalah Obermain, Onikym, Lash Lab, Face Shop, Aprilskin, 176 Avenue, A Cut Above, Swee Lee Music, Novelship, Crumpler, Box of Bricks, Cocomi, Trapo, Liberty Active, Circle DNA, Tribe dan Fly Project.

Kalau berminat, boleh muat turun aplikasi Atome Malaysia di App Store dan Google Play.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta