Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Jadi Pemandu Grab/MyCar? Tengok Kos Ni Dulu

BY Nisya Aziz

Updated 21 Nov 2019




Kalau dulu senang je nak jadi pemandu e-hailing. Klik sana, klik sini, ambik online exam jap - dah boleh jadi pemandu. Pastu, dia tak pakai modal yang banyak. Tu yang ramai jadi pemandu e-hailing.  Dengar kata, masa Grab baru nak up dulu, income yang diterima oleh pemandu bukan biashe-biashe tau - lagi tinggi dari fresh grad yang baru bekerja. 

Tapi e-hailing yang dulu bukanlah yang sekarang. Kementerian Pengangkutan dah memperkenalkan peraturan baru untuk memastikan semua pemandu teksi dan e-hailing (bukan untuk Grab dan MyCar je ye) ada peluang yang SAMA RATA. Walaupun tujuan tu elok, tapi ramai betul yang tak puas hati ye. Tengok luahan hati brader ni.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Macam mana tak marah… sekarang kalau nak jadi pemandu e-hailing, korang kena ada lesen kenderaan awam (PSV) dan jugak permit kenderaan e-hailing (EVP). Untuk dapatkan lesen dan permit ni, korang perlu korbankan MASA dan DUIT (bukan seciput ye). Benda ni memang tak boleh nak elak dan akan berkuat kuasa 12 Oktober 2019.

Jadi untuk korang yang ada niat untuk jadi pemandu Grab ke, MyCar ke atau mana-mana operator e-hailing (EHO), tengoklah kos-kos yang perlu korang hadap kat bawah ni dulu. Sekarang ni memang lah ada operator e-hailing yang bagi subsidi atau FREE. Tapi, sampai bila diorang nak payung…



 

1. Okay, mula-mula kena pi buat medical check-up kat klinik yang disahkan.

Kos ni bergantung pada klinik - dalam RM20 ke RM40. Korang boleh dapat murah kalau EHO ada bagi subsidi. Contohnya, Grab. Kalau tengok list klinik yang diorang share ni, Poliklinik Lourdes, caj RM20 je.

Selain tu, ni benda korang kena TAKE NOTE. Kalau korang ada kekurangan diri macam kat bawah ni, korang tak dibenarkan untuk daftar lesen PSV. 
  • Katarak, penglihatan monokular atau sebarang penyakit yang menjejaskan penglihatan  
  • Kecacatan dalam penglihatan warna
  • Sebarang jenis sawan atau kekejangan
  • Sakit kepala yang berat atau ‘migraine’
  • Strok (dengan kecacatan ‘residual’)
  • Kencing manis dan memerlukan rawatan insulin
  • Penyakit mental
  • Penyalahgunaan arak dalam tempoh 5 tahun lalu
  • Penyalahgunaan dadah dalam tempoh 5 tahun lalu
  • Kecacatan fizikal termasuk pergerakan sendi yang terhad, ketidakupayaan anggota atau pemotongan (amputasi) anggota badan
  • Pekak
  • Penyakit buah pinggang yang kronik



2. Pastu pergi buat latihan PSV untuk dapat lesen.



Untuk nak dapatkan lesen, korang kena join latihan ni selama 6 jam dan WAJIB lulus exam. Ini akan telan kos sebanyak RM20 untuk pendaftaran dan lagi RM200 untuk latihan serta peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa untuk semak dengan JPJ kalau nama korang disenaraihitamkan sebab tak bayar saman. Kasi setel tu dulu baru boleh daftar lesen.

Cara lain yang korang boleh buat untuk dapatkan lesen ni ialah dengan buat secara online. Yang ni FREE je (pastikan line tenet korang bukan sejenis kura-kura) dan senang. Korang cuma perlu tempah slot korang untuk peperiksaan je lepas dah study selama 6 jam. Tetapi kemudahan ni untuk pemandu Grab je lah. Tak jelas kalau EHO lain pun ada tawarkan benda yang sama sebab tak semua EHO ada kapasiti yang mencukupi untuk sediakan perkhidmatan camni untuk pemandu diorang. 

Selain itu, untuk kos tahunan PSV (sebab kena renew) ialah RM20.

 

3. Hantar kereta korang ke PUSPAKOM untuk inspection.

Yang ni hanya apply untuk kereta yang berusia 3 tahun ke atas. Korang kena keluarkan duit sebanyak RM70 untuk check-up yang pertama. Untuk check-up tahunan, korang akan dicaj sebanyak RM55



Untuk yang first check-up tu, pastikan korang tak fail - kalau tak kena bayar lagi RM25 untuk di-inspect lagi sekali. Tak sure branch mana nak pergi? Tengok list ni.

Pastu, jangan lupa bawak dokumen-dokumen yang diperlukan macam kat bawah untuk elakkan diri korang jadi serabut.
  • Salinan asal geran kenderaan - if tak bawak atau tak jumpa, boleh print kat JPJ (Dorang caj RM5, nak ke?) 
  • Salinan pendaftaran kereta yang disahkan
  • Salinan pemilikan kereta yang disahkan
Apa yang PUSPAKOM akan check? Tengok gambar kat bawah ni.



4. Jangan lupa pasal permit EPV.

Kalau takde permit  EPV, korang tak boleh suka-suki bawak passenger pi sana-sini. Jadi, lepas PSV korang diluluskan, terus update EHO korang supaya diorang boleh daftarkan untuk korang di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Agensi ni akan buat background check dulu sebelum bagi permit tu. Untuk bahagian ni, korang akan dikenakan sebanyak RM115. Kalau drive untuk Grab, kos ni akan ditanggung oleh EHO tu.

Kalau korang nak tahu, korang boleh ada lebih dari satu EVP. Contohnya, korang dah ada EVP dari Grab, sekarang korang terfikir untuk ada EVP dari MyCar - korang boleh apply. Korang cuma perlu keluarkan duit lebih sikit lah.

Jangan ingat satu EVP tu boleh guna untuk pelbagai EHO pulak. Ewahhh, tinggi sangat cita-cita tu.

 

5. Last sekali, insurans e-hailing.

Jangan konfius pulak. Insurans ni lain dari insurans kereta korang tau. Insurans e-hailing ni selalunya akan memakan kos dalam RM400 ke RM800 setahun - bergantung kepada jenis kenderaan dan syarikat insurans.



Kalau tak mampu nak bayar sekali gus, Grab ada buat offer insurans harian. So dalam sehari, korang cuma bayar dalam RM1 ke RM2. Tapi ingat ye, ni untuk pemandu Grab je. Untuk EHO lain, admin tak jumpa apa-apa maklumat pasal ni. Kalau korang tahu, share lah dengan admin ye.

 

Banyak jugak pakai duit ni. Boleh dapat pulangan ke tak?

Haa, yang ni admin tak boleh nak cakap lah. Apa yang admin boleh nasihatkan, buatlah keputusan yang bijak. Buat masa sekarang ni Grab ada offer kemudahan untuk ringankan beban pemandu-pemandu diorang. MyCar pun ada jugak inisiatif ni, tapi tak berapa nak clear apa yang diorang offer. Jadi, boleh lah gunakan peluang ni supaya tak perlu keluar duit banyak sangat. Bukan kos ni je korang kena fikir, kos untuk petrol, tol dan maintenance kereta pun kena fikir jugak.

Untuk pulangan, ni semua terpulang kepada keutamaan pemandu tu sendiri. Korang boleh tengok point dari brader kat bawah ni - make sense jugak.



Kalau korang ada baca berita, ramai pemandu (terutamanya yang buat part-time) berhenti semenjak pengenalan peraturan baru tu. Ada pemandu yang suggest tunggu lepas 12 Oktober untuk tengok perubahan industri ni. Tepuk dada, tanya selera.


Baca jugak:
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes