1. Hilang kedua-dua kunci kereta
Saya hilang kunci pertama dah lama dah, tapi tak reti-reti nak duplicate kunci spare tu. Jadi bila saya hilang kunci kedua, cepat-cepat call Perodua untuk tanya berapa kos untuk gantikan kedua-dua kunci. "Oh dalam RM100 ringgit setiap kunci." Saya fikir ok lah, sama je kalau duplicate kat mana-mana kedai tu.
Tapi apa yang staff kat Perodua tu tak dengar betul-betul adalah saya hilang dua-dua kunci. Jadi bila saya dah \ hantar kereta saya kat Perodua, saya dapat call keesokan harinya, yang mengatakan kos sebenarnya adalah jauh lebih tinggi, lebih kurang RM400-RM600 (mengikut dua Perodua centre berlainan). Kenapa mahal sangat? Menurut Perodua, mereka kena tukar "tombol pintu" dalam kereta tu sendiri, bukan setakat kunci tu je.
Kalau saya dah jelas awal-awal harga sebenar, mungkin saya tak hantar pun kereta ke pusat Perodua,
Pengajaran: Bila call Perodua pasal sebarang masalah, pastikan mereka jelas apa yang korang hadapi.
Pengajaran kedua: Perodua centere lain mungkin akan bagi harga lain, jadi buat survey sikit
2. Ada locksmith yang boleh buka kereta, siap buat kunci terus!
Ada kawan yang bagitahu pasal locksmith yang boleh buka kereta dan buat kunci. Jadi saya mula tanya beberapa locksmith yang saya Google. Ada satu ni harga dia agak mahal jugak la: RM500 untuk kunci pertama, RM680 untuk kunci kedua.
Tapi itu buat saya jadi sangsi, kenapa agaknya kunci kedua RM180 lagi mahal daripada kunci pertama? Ni caj SST ke apa? Bukan ke nak duplicate kunci harganya RM100 je? Jadi saya takut la mamat ni nak scam saya ke apa.
Akhirnya, saya dapatkan bantuan locksmith lain yang boleh buka pintu hanya dengan RM80 je. Niatnya nak tanya kalau dia boleh buat kunci sekali, tapi tak boleh katanya. Melayang RM80, baik tak payah bukak langsung. Sebab saya masih perlukan tow truck, yang makan duit lagi...
Mungkin ada locksmith yang lebih murah, tapi waktu tu memang terdesak sebab nak settle semua benda. Bila dah dapat kereta, baru senang nak pergi kerja dan buat laporan polis. Bila dah buat laporan polis, baru boleh balik rumah.
Pengajaran: Memang ada locksmith yang boleh buka kereta dan buat kunci on the spot, dan harga memang mahal bergantung kepada dengan kereta
3. Kena bayar tow truck sebab insurans tak cover
Waktu tu masih fikir lagi sama ada nak panggil locksmith yang boleh buat kunci kereta tu (tapi hari tu tak confirm lagi harga sebenar daripada Perodua), jadi saya fikir nak panggil tow truck je untuk bawa kereta ke stesen Perodua.
Selalunya insurans kereta akan bagi khidmat tow truck secara percuma. Tapi bila saya call syarikat insurans, staff kata ejen yang isi borang saya tak isi betul-betul, jadi saya tak layak untuk kelebihan tersebut. Benda ni buat saya terfikir, kenapa ejen pulak yang uruskan insurans saya? Bukan ke saya beli terus dengan Perodua? Kenapa stesen Perodua tu outsource pengisian insurans dengan ejen pihak ketiga? Kenapa tak terus kepada syarikat insurans je?
Tapi oleh kerana saya terlalu tidak berpendidikan tinggi sewaktu membeli kereta, hanya mampu pasrah je la sambil mengalir air mata sulung. Terpaksa panggil tow truck dengan penuh hiba.
Ada satu lagi masalah bila panggil tow truck. Tow truck yang boleh tarik kereta biasa dengan kereta berkunci (stereng tak boleh pusing) adalah berbeza. Ini satu lagi benda yang saya dah jelaskan awal-awal, tapi mamat tu tak korek telinga agaknya. Jadi bila tow truck sampai, mereka kena pulang balik untuk bawa tow truck yang sesuai. Menunggu la saya kat sebelah kereta sambil ternganga.
Tow truck kat Selangor yang saya dapat harganya dalam RM150 ke RM180. Bila call Carput pun mereka caj RM220. Melayang lagi wang bagaikan layang-layang putus talinya.
Pengajaran: Bila buat/renew insurans kereta, pergi ke syarikat terus! Tak payah buat dengan ejen.
Pengajaran lagi: Bila panggil tow truck, pastikan mereka jelas pasal situasi kereta korang.
4. Tidurlah kat hotel sebab takde kereta, takde rumah
Bila tow truck sampai kat Perodua, dah malam dah. Jadi takde tempat beradu. Kereta dah letak kat centre. Ingatkan nak berjaga kat McD sampai pagi, tapi apakan daya saya bukanlah lagi muda remaja, jadi terpaksa pergi ke hotel. Nasib baik dapat hotel RM50 yang agak selesa, katil dia lagi empuk daripada tilam kat rumah, jadi OK la dapat satu malam tidur tanpa insomnia.
Keesokan harinya, baru Perodua call bagitau kos sebenar untuk tukar kunci, dan mereka kata akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari sebab nak order spare-part.
Pengajaran: Kalau nak cari hotel, boleh guna Google Maps sebab dia bagitau mana-mana yang ada promosi.
5. Kena buat laporan polis sebab hilang kunci apartment
Benda ni tak terpakai buat semua jenis apartment. Tapi oleh kerana sekuriti apartment saya sangat tinggi, kalau nak tukar transponder (tag untuk masuk pintu apartment dan juga untuk parking), kena buat laporan polis, supaya bukan sebarangan orang boleh minta kunci. Nasib baiklah saya dah biasa dengan proses ni, jadi takdelah pergi ke management hanya untuk dikecewakan sebab tak tahu proses.
Tukar responder ni mahal tau, kat apartment saya RM200. Pedih hati Tuhan sahaja yang tahu.
Pengajaran: Pastikan korang biasa dengan proses apartment masing-masing, sama ada kena buat laporan atau tidak.
6. Sepanjang takde kereta, selalu guna MyCar berbanding Grab
Benda ni bergantung kepada keadaan. Biasanya MyCar lebih murah berbanding Grab dalam beberapa ringgit, tapi tak selalu. Jadi setiap kali saya nak ulang-alik daripada rumah ke pejabat, saya akan periksa dulu harga. Syukurlah walaupun MyCar agak baru berbanding Grab, kebanyakan masanya tak pernah takde kereta.
Pengajaran: Selalu check dua-dua app untuk tengok yang mana satu lebih murah.
Janganlah jadi terlalu noob, kalau hilang kunci tu buatlah spare awal-awal
Seperti yang saya kata mula-mula tadi, saya tahu ini semua salah saya, jadi redha je lah. Lain kali, buatlah spare bagi kunci kereta dan kunci rumah. Satu set simpan dengan keluarga, satu set simpan dengan best friend yang boleh percaya, satu set lagi simpan dengan ketua kampung.