Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Cara “Nak Berjimat” Time Bulan Puasa Macam Si Haji Bakhil

BY Hakimie Amrie

Updated 14 May 2021




"Sekarang mari kita cerita pasal Haji Bakhil. Haji Bakhil tu memang orang kaya, rumah dia besar, kereta dia pun cukup cantik!" - Labi 

Korang ingat tak si Haji Bakhil ni? Boleh buat tergelak tak kering gusi kalau teringat balik keletah orang tua kedekut ni. Bagi yang tak tau, dia ni orang tua kaya dalam filem Labu Labi, terkenal dengan sifat kedekut haram dan level jimat dia perghhh, tak terlawan beb.

“Okay, tapi apa kena mengena Haji Bakhil ni dengan berjimat masa bulan puasa ni?” Haaa… orang kata bulan puasa ni boleh berjimat, tapi kita ni semua masih berbelanja sakan, tak selari dengan nilai Ramadan - mengawal diri. Nak salahkan setan, dah kena ikat. Sebab tu, admin nak share dengan korang cara-cara nak berjimat. Bacalah.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pergi Bazaar bila waktu berbuka dah dekat



Haish sedapnya kuih-muih dekat bazaar, tapi apakan daya, RM1.00 dapat 2 ketul je. Habis berbelas ringgit pun belum tentu kenyang. Tambah pulak zaman sekarang ni saiz kuih yang semakin comel dan menyakitkan hati. Sekali ngap, hilang terus. 

Sebab tu lah korang kena pergi beli juadah berbuka bila dah nak masuk waktu berbuka. Selalunya penjual akan turunkan harga sebab diorang nak kasi habis semua makanan. Kalau tak habis jual, basi pulak. Air yang berwarna-warna bak pelangi senja tu pun sama, semua jadi murah, tak pun percuma terus. 

Contohnya, sebungkus air kat bazaar harga dia RM4.00, tapi kalau korang beli time bazaar dah nak tutup cuma RM2.00 (separuh harga kot!). Kalau tiap-tiap hari dapat makanan harga murah, tak pun free, memang banyak dapat jimat.

Bagi yang rasa malu nak tunggu makanan jadi murah, issh hentikan lah benda sia-sia ni, korang ni dikira mengelakkan berlakunya pembaziran makanan kot.

Admin rasa sebab ni lah kenapa kita dinasihatkan untuk banyak bersabar dalam bulan puasa, salah satunya untuk kita bersabar ke bazaar, nak dapat manfaat macam ni lah. Bukan apa, puasa-puasa jugak, takkan setiap kali berbuka kena berbelanja macam anak raja. Hutang loan tu siapa nak bayar? Opps. 

P/s: Korang pergi bazaar tu, jangan lupa ikut SOP ya. Kang tak pasal-pasal ada kluster COVID-19 baru.

 

 

2. Bawak duit cukup-cukup je bila pi bazaar Ramadan



Kat bazaar ni lah biasanya duit kita mengalir bak Air Katira yang tak habis dijual. Itu sedap, ini sedap, nak-nak pulak tengah lapar time tu, semua benda kita nak. Last-last RM50 jugak abes. Kalau hari-hari habis duit banyak tu, boleh bankrup. 

Jadinya, nak elakkan kita ‘menggila’ di bazaar macam orang takde pedoman, setkan bajet dengan bawak duit cukup-cukup. Bagi admin, bawak RM10 dah cukup. Kalau bajet makan bulanan korang tu RM300.00, RM10.00 sehari untuk berbuka memang dah ngam. Beli je lah apa yang korang mengidam sepanjang hari tu, asalkan tak lebih bajet. 

Tau susah, nak-nak pulak tengah lapar time tu. Tapi biaq pi la murtabak tebal macam buku sekali pun, kalau wallet korang senipis kulit bawang, tak guna jugak. 

 

 

3. Rajin-rajin bukak puasa dengan saudara-mara

Nama pun bulan mulia, manfaatkan lah bulan ni untuk eratkan silaturrahim. Dapat jugak eratkan duit dalam bank akaun korang. Sebab tu admin cadangkan korang plan bukak puasa ramai-ramai dengan keluarga besar kalau nak bukak puasa bak buffet Ramadan kat hotel. Meh kita buat kira-kira, berapa banyak korang boleh jimat. 

Kalau makan seorang:
Nasi Berlauk: RM7.00
Air: RM4.00
Murtabak: RM5.00
Jumlah: RM16.00

Tapi kalau makan ramai-ramai, korang cuma beli nasi bungkus korang je. Air dengan kuih/murtabak boleh kongsi

Kos Air:  4 bungkus air x RM4.00 = RM16.00/10 orang = RM1.60
Kos Murtabak: 2 keping murtabak x RM5.00 = RM10.00/10 orang = RM1.00

RM7.00 + RM 1.60 + RM1.00 = RM9.60 (Tengok, tak sampai RM10 pun)

Makna nya, cukup lah bawak RM10 pergi bazaar Ramadan. Kalau parents atau pakcik makcik korang suka masak banyak-banyak, memang bawak kuih, air atau buah je lah.

 
 

4. Kalau pergi masjid, ambik je makanan yang diorang offer



Peluang ni sekali setahun je tau, kalau tak manfaatkan sebaiknya, rugilah. Tapi, ada jugak yang cakap makanan kat Masjid ni tak best, tak sedap katanya. Entah lah nak, macam tak betul je. Ni pengalaman admin sendiri lah makan kat masjid time study kat uni dulu, sedap je. Lagi sedap dari makanan bazaar pun ada. 

Lauk-pauk yang masjid sediakan gempak kot, tak cukup dengan kurma Yusuf Taiyoob, banyak pulak kuih-muihnya, siap ada buah bagai. Makin mengembang badan ni bukak puasa kat masjid tau.

Dah habis tarawih jangan lah balik terus, ade moreh kot. Disebabkan COVID-19, kebanyakan Masjid akan bungkus makanan. Tak payah malu-malu, ambik je apa yang ada. Kalau boleh, bawak plastik atau beg sekali - boleh ambik lebih untuk sahur nanti.

Tak perlu pening pikir apa nak masak sahur. Fuh, kalau hari-hari buat camni, mungkin duit perbelanjaan untuk makanan tu takkan disentuh lansung. Bolehlah buat savings ke, bagi duit kat mak ayah ke atau dapat belanja lebih sikit untuk persiapan Hari Raya. 

Ini yang dinamakan rezeki bulan Ramadan. 

 

 

5. Beli baju raya yang boleh pakai banyak kali



Bagi yang laki tu, baju melayu korang tu kan setahun sekali je pakai, jadi recycle je lah. Pakai pagi raya je pon, 2 tahun sekali baru beli baru. Senang, boleh guna samping lama, songkok lama, butang baju melayu pun tak payah beli. Duit yang patut guna untuk beli tu boleh guna untuk beli pakaian selalu pakai macam tshirt ke, kemeja ke.  

Yang gegurls pulak, beli pakaian yang senang nak mix and match. Beli tudung yang warna dia boleh masuk dengan banyak baju lain mcm warna hitam, krim takpun nude. Baju kurung korang kan dah banyak, jadi tahun ni korang ganti lah pulak dengan blouse ke, dress ke. Boleh pakai pergi office sekali. Ini tak, kalau dah beli baju kurung lip lap lip lah tu, boleh pergi kenduri anak datin je lah. 

 

 

Berjimat ye jugak, zakat, sedekah dan amal jariah jangan dilupa…

Betul lah berjimat tu penting, tapi perkara wajib macam zakat fitrah jangan buat lupa. Sucikan harta korang tu. Nak lagi berkat, tambahkan sedekah dan amal jariah semampu yang boleh. Dalam rezeki kita tu, ada jugak rezeki orang lain. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita terima. Insya Allah.  

Lagi satu, setan semua dah kena ikat bulan Ramadan ni, jadinya, nafsu tamak, boros dan membazir macam setan tu patutnya dah berkurang, tapi kalau tak berkurang malahan lagi naik tocang tu maksudnya korang lah…. Gurau!

Selamat berpuasa! Semoga mendapat keberkatan. Amin

 

BACA JUGAK: 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia