Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bajet 2016: Adakah Permintaan Anda Telah Ditunaikan?

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




 

 

Marilah kita melihat tentang beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kewangan yang telah berlaku pada tahun 2015. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dan melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015. Kos sara hidup rakyat Malaysia telah meningkat setelah sistem ini dilaksanakan dan hal ini telah mempengaruhi ramai orang terutama golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Selain itu, kes yang berkaitan dengan skandal kerajaan 1MDB telah menyebabkan nilai Ringgit Malaysia untuk menjatuh dan menyebabkan inflasi. Barangan import telah menaik sebanyak 20% ke atas. Isu-isu politik yang berlaku secara berterusan telah mempengaruh ekonomi negara juga. Gaji masyarakat adalah tidak setanding dengan kos sara hidup dan ramai orang perlu mengurangkan perbelanjaan mereka.

 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa tema Bajet 2016 ialah “Mensejarahtera Kehidupan Rakyat” dengan tujuan membimbang dan membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia. Sebelum membentangkan Bajet 2016 di parlimen, orang awam telah menyertai tinjauan bajet ulang tahun yang dianjurkan di laman web rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. LIMA aspek yang mendapat bimbangan tertinggi ialah kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, pendidikan, pembangunan ekonomi dan pekerjaan. Marilah kita melihat apa yang telah dibincangkan dalam Bajet 2016 dan menentukan jika suara-suara “Rakyat” telah didengari.

Senarai di bawah adalah pengumuman utama untuk Bajet 2016:

  1. Ubat-ubatan tidak dikenakan GST

    GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D untuk memanfaatkan kumpulan yang mempunyai pendapatan yang rendah.

  2. Cukai Perseorangan

    Rajah di bawah menggambarkan perubahan untuk cukai perseorangan:

    Bajet 2016: Adakah Permintaan Anda Telah Ditunaikan?

    Kadar cukai pendapatan untuk raykat Malaysia adalah sama kecuali untuk mereka yang mempunyai pendapatan melibihi RM 600,000 setahun. Kerajaan menjangka untuk menerima sekurang-kurangnya RM 400 milion dalam hasil cukai dari golongan yang kaya. Kerajaan mendakwa bahawa jika golongan yang kaya membayar hasil cukai yang lebih dapat merendahkan ketidaksamaan dari segi pendapatan dan dapat membantu dalam pembangunan negara. Perbuatan ini adalah sama seperti yang diceritakan dalam cita Robin Hood, seorang lelaki yang merompak dari orang kaya dan memberi kepada golongan miskin.

  3. Bantuan Cukai Pendapatan

    Bajet 2016: Adakah Permintaan Anda Telah Ditunaikan?

  4. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    Kewujudan BM1M akan terus memanfaatkan 4.7 juta keluarga dan 2.7 juta individu tunggal merentasi negara.

    Jadual di bawah menunjukkan kenaikkan bantuan BR1M:

    Bajet 2016: Adakah Permintaan Anda Telah Ditunaikan?

  5. Bantuan Pelajar

    Kerajaan telah membuat keputusan untuk terus membantu pelajar dengan RM 100 jika pendapatan keluarga mereka ialah kurang daripada RM 3,000. Selain itu, pelajar kolej and univerisiti akan menerima RM 250 Baucar Buku 1Malaysia untuk membeli buku dan alat-alat tulis. Bagaimanapun, penebusan hanya dibenarkan di kedai buku tertentu kerana terdapat banyak kes mengenai salah guna baucar tersebut. Pengagihan baucer ini mungkin dilihatkan sebagai satu perbuatan yang murah hati dari kerajaan kami, tetapi baucer ini juga merupakan sebahagian daripada cukai pendapatan kerajaan yang telah dikembalikan kepada kita untuk mengimbangi kos kehidupan yang tinggi. Jadi gunalah baucer itu dengan bijaksana!

  6. Perumahan Mampu Milik

    Bajet 2015 telah menyediakan perumahan mampu milik kepada kumpulan yang mempunyai pendapatan rendah untuk membantu mereka untuk mendapatkan rumah pertama mereka. Dengan bajet yang baru ini, terdapat pelbagai langkah yang terus dicadangkan. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Program Perumahan Rakyat telah merancang sebanyak 317,000 buah perumahan mampu milik.

    Apa yang berbeza?

    • Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

      • RM 200 juta telah diuntukkan untuk membantu pembeli rumah pertama untuk bayaran muka mereka

    • 20% Pengecualian Duti Setem

      • Pinjaman mematuhi Shariah membantu pembelian rumah, menggalakkan pembiayaan Shariah dan mengurangkan kos pemilik rumah.

    Lain-lain:

    • RM 40 juta diuntukkan bagi pemulihan projek perumahan rakyat terbiar

    • Pengecualian duti setem untuk menyelamatkan kontraktor dan pembeli asal rumah terbengkalai
    • RM 60 juta diuntukkan untuk pembinaan perumahan untuk komuniti Orang Asli
  7. Gaji Minimum

    Kerajaan telah menambahkan gaji minimum untuk kakitangan dalam kedua-dua Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia. Ini termasuk semua sector, kecuali perkhidmatan domestic dan pembantu rumah. Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil pekerjaan yang mereka pernah menolak dan hal ini akan dapat membantu Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

    Rajah di bawah menggambarkan perubahan pada gaji minimum:

    Bajet 2016: Adakah Permintaan Anda Telah Ditunaikan?

Konklusi

Sebagai kesimpulan, Bajet 2016 merupakan satu langkah yang bagus untuk menolong Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang disarankan dalam Racangan ke-Sebelas Malaysia. Hal ini akan memotong deficit belanjawan dan memastikan pembangunan infrastruktur serta perkembangan ekonomi yang kekal. Selain itu, Bajet tersebut juga mengutamakan isu mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat terutama untuk golongan yang berpendapatan sederhana. Maka, Bajet 2016 mungkin tidak dapat memuaskan semua orang terutama mereka yang berpendapatan melebihi RM 600,000 setahun kerana mereka perlu membayar cukai yang tinggi.

Cabaran terletak di rakyat Malaysia jika mereka boleh mengawal perbelanjaan mereka dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kos sara hidup semakin meningkat tetapi gaji mereka tidak menambah.

Membina portfolio kewangan anda merupakan rancangan yang lebih baik berbanding daripada bergantung pada BR1M. Anda bolehlah melayari pusat pembelajaran Loanstreet untuk mempelajari tentang kewangan peribadi.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!