Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Anwar Kini PM: 11 Impak Terhadap Kewangan Rakyat Malaysia

BY Asrul Ash

Updated 02 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Takde sorang pun menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ni menghasilkan Parlimen Gantung. Selalunya, lepas celup jari dan undi, esoknya kita dah tahu siapa PM baru. Tapi, kali ni kena tunggu almost seminggu untuk tahu jawapannya!

Nak dipendekkan cerita, disebabkan takde satu pun parti yang dapat majoriti mudah 112 kerusi daripada undian, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membentuk satu pemerintahan baru, diketuai oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Tahniah, Malaysia!

Lagi best, saham Malaysia melonjak paling tinggi dalam tempoh lebih 2 tahun selepas pemimpin veteran pembangkang dilantik sebagai perdana menteri baharu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi, apa IMPAK pemerintahan bersama ni terhadap KEWANGAN korang (rakyat)? 


Jom, kita spotcheck balik manifesto (yang kena mengena dengan kewangan korang) yang dijanjikan oleh PH, BN, GPS time diorang berkempen haritu.
 
  1. Keluarga, bayi dan penjagaan anak-anak

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Bantuan penjagaan tunai bulanan mengikut bilangan anak bawah 6 tahun.

Tabungan KWSP: Insentif caruman pemula sukarela, benar ibu bapa mula tabungan.
Asuhan nasional percuma bawah 6 tahun

Bantuan penjagaan untuk penerima BKM yang melahirkan anak.
Menjaga kebajikan warga emas, golongan kelainan upaya dan kanak-kanak serta membantu golongan B40 untuk kelangsungan hidup
 
  1. Pelajar dan guru.

  
Parti PH BN GPS
Manifesto Sarapan percuma untuk semua pelajar.

Tuala wanita & tampon percuma untuk semua pelajar.

Elaun khas guru pulih murid cicir pasca Covid-19.
Pemberian komputer riba untuk pelajar B40. -
 
  1. Pengangkutan awam, jalan raya dan infrastruktur.

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Had tambang harian pengangkutan awam: RM5 sehari.

Baucar e-wallet untuk LRT, MRT, KTM, monorail dan bas.

Pengurangan tol PLUS secara berperingkat, dengan matlamat hapuskan tol.

Pengangkutan awam percuma untuk warga emas.
Baucar e-hailing percuma untuk OKU -
 
  1. Belia

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Mansuh hutang PTPTN bersasar untuk siswa B40.

Pembayaran balik PTPTN mengikut tangga gaji.

Biasiswa untuk siswa B40.
Kad Belia (inisiatif diskaun) untuk belia berumur 13 hingga 21 tahun.

Penerbangan harga tetap untuk siswa (2 tiket setahun) dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.
Perkasa PTPTN: Tabung Yayasan Amanah

Pengurangan yuran sebanyak 50% untuk pengajian anjal.

Pembayaran balik PTPTN mengikut tangga gaji.

Pengajian tinggi percuma untuk siswa B40.

Pemberian dana usahawan.
Memastikan penyertaan aktif golongan muda dalam pembangunan Sarawak.
 
  1. B40 & miskin bandar

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH)

Mansuh hutang PTPTN secara bersasar.

Biasiswa untuk siswa B40.

Subsidi penjagaan untuk wanita bekerja yang menjaga anak.
Pemberian Skim Bantuan Pendapatan Asas.

Komputer riba percuma kepada pelajar.

Pengajian tinggi percuma.
Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak.

Memperbanyak skim penempatan semula.

Pembesaran kampung, program baik pulih rumah dan bantuan pembinaan rumah panjang.
 
  1. M40

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Perlindungan penyakit kritikal mySalam termasuk kemasukan hospital dan kesihatan mental.

Sistem doktor keluarga PeKaB40 diperluas termasuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Subsidi penjagaan untuk wanita bekerja yang menjaga anak.

Inisiatif untuk keluarga berkediaman bersama warga emas.
Potongan cukai 2% bagi julat pendapatan 50 ribu hingga 100 ribu setahun.

Siswa M40 mendapat 100% pembiayaan PTPTN.
Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak.

Memperbanyak skim penempatan semula.

Pembesaran kampung, program baik pulih rumah dan bantuan pembinaan rumah panjang.
 
 
  1. Wanita

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Subsidi jagaan kanak-kanak untuk wanita bekerja M40 dan B40.

Tuala wanita dan tampon percuma untuk wanita B40.

Kuota minimum 40% untuk latihan kemahiran, geran niaga kecil dan industri di rumah.
Majikan menawarkan potongan cukai semasa waktu kerja anjal.

Pengecualian cukai 5 tahun: kerja selepas career break.

Subsidi mamogram dan ujian barah serviks.
Memperkasa penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak.
   
  1. Warga emas

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Baucar beli-belah RM100.

Khairat kematian RM1,000.

Bas percuma untuk melancong tempatan, dan pengangkutan awam percuma.

Inisiatif untuk keluarga berkediaman bersama warga emas.

Peruntukan khusus membantu siap siaga banjir dan arus pemulihan.

Struktur semula PERKESO, masukkan Skim Perlindungan Warga Emas
- Menjaga kebajikan warga emas untuk kelangsungan hidup.
 
  1. OKU

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Selaras bantuan dan peruntukan pelbagai kementerian. Baucer e-hailing percuma. -
 
  1. Sewa & beli hartanah

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Tingkatkan skim sewa untuk beli di kawasan strategik.

Perkenal semula dana RM3 bilion beli rumah mampu milik.

Pengecualian duti setem 100% diperluas kepada hartanah kurang daripada RM500 ribu, termasuk unit subjualan.

Pertingkat jumlah rumah mampu milik.
Program skim sewa untuk beli diperbanyak.

Lebar cakupan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

Dana jaminan dan pembiayaan rumah untuk membantu peminjam tanpa pendapatan tetap.

Menyediakan rumah mampu milik.
Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak.

Memperbanyak skim penempatan semula serta pembesaran kampung.

Program baik pulih rumah.

Bantuan pembinaan rumah panjang.
 
  1. Petani, penternak dan nelayan

 
Parti PH BN GPS
Manifesto Bantuan pendapatan untuk produk berpotensi eksport.

Pengecualian cukai labur pada petani.

Geran agropreneur muda untuk generasi muda.

Tingkatkan subsidi padi daripada RM360 kepada RM500 setiap tan.

Mengedarkan kad subsidi untuk memudahkan pembelian.
Bantuan musim tengkujuh.

Memberi skim perlindungan dan carum bersama kerajaan.

Memberi subsidi 50% pembiayaan latihan.
Membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan petani, penternak dan nelayan.
 

Manifesto lain dari GPS

 
  • Menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sarawak.
  • Menyediakan prasarana geran, akses pasaran dan latihan keusahawanan untuk golongan usahawan kecil dan sederhana, peniaga serta penjaja.

Kami nak ingatkan yang manifesto kami fokuskan ni hanyalah perkara yang ada kena mengena secara langsung terhadap kewangan korang. Ada banyak lagi manifesto yang boleh menaikkan semula ekonomi Malaysia. 

Jadi, apa komen korang? Agaknya, boleh ke gomen baru ni tunaikan perkara-perkara yang diorang hebahkan? Jangan lupa share artikel ni kat keluarga dengan kawan-kawan korang. Next time lepak, korang boleh lah jadikan benda ni bahan borak. Confirm panas!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGA:
Pengelasan Isi Rumah: B40, M40 & T20. Korang Kumpulan Mana?
Ni Apa Yang Patut Korang Tahu Pasal Hutang Negara Kita!

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Asrul Ash

Kenali Asrul Ash, seaorang Content Marketer di Finology. Membesar antara zaman kegemilangan Milenial dan permulaan Gen Z, dia cekap dalam menghasilkan konten yang menarik, terkini dan konstruktif untuk pembaca. Ash juga merupakan seorang foodie. Jadi, kalau inginkan cadangan kafe-kafe menarik, ping dia!

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta