Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

8 Bantuan Kewangan Untuk Ibu Bapa Yang Masih Menyara Anak

BY Team Loanstreet

Updated 10 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Bagi ibu bapa yang ada anak, korang mesti sedar yang kos nak menyara anak ni bukannya murah. Dari kos pendidikan, makanan, pakaian, sampai keperluan perubatan – semuanya memerlukan belanja yang tinggi. 

 

Tapi, jangan risau! Di Malaysia, ada pelbagai bentuk bantuan yang boleh membantu meringankan kewangan keluarga korang. Jom tengok jenis bantuan yang mungkin korang boleh mohon untuk kurangkan tekanan kewangan.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 

 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ni adalah bantuan kewangan dari kerajaan Malaysia untuk bantu golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan ekonomi sekarang. STR ni sebenarnya kesinambungan dari bantuan-bantuan sebelum ni macam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), tapi ada penambahbaikan supaya bantuan ni sampai pada yang betul-betul memerlukan. 

 

Untuk tahun 2025, kerajaan peruntukkan RM13 bilion untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dan bantuan ni akan beri manfaat kepada 9 juta orang—lebih kurang 60% penduduk dewasa kat Malaysia. Bantuan ni akan diberikan one-off dengan jumlah berbeza ikut kategori macam di bawah:

 

Sumber: Belanjawan 2025
 

2. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150

 

Sumber imej: mStar

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan tunai one-off sebanyak RM150 yang diberikan pada awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Bantuan ini layak untuk semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (kecuali sekolah antarabangsa dan ekspatriat). Agihan dibuat melalui pihak sekolah, sama ada ke akaun murid atau secara tunai.

 

3. Rancangan Makanan Tambahan bagi murid dari keluarga berpendapatan rendah

 

Sumber imej: Harian Metro

 

Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah,bukan senang nak sediakan sarapan untuk anak-anak pada setiap hari dengan kos sara yang tinggi. Jadi, untuk pastikan murid-murid sekolah bertenaga semasa sesi pembelajaran, kerajaan ada sediakan sarapan khusus untuk murid-murid yang layak.   

 

Selain itu juga, kerajaan ada sediakan sekotak susu untuk semua murid untuk pastikan mereka menerima nutrisi yang lengkap. 

 

4. Sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi

 

 Sumber imej: Kosmo

 

Bagi ibu bapa yang ada anak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), banyak kos yang perlu difikirkan – yuran pengajian, buku, laptop, tempat tinggal, dan macam-macam lagi. Nak pastikan anak dapat belajar dengan selesa, memang kena keluarkan belanja yang bukan sikit.

Jadi, untuk pastikan    nasib pelajar B40 terus terpelihara, kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan  syarikat telekomunikasi terpilih bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

 

5. Bantuan kewangan pelajar universiti 


Bantuan yang termasuk dalam Belanjawan 2025 ini bakal dilaksanakan oleh kerajaan  bagi meringankan kos sara hidup pelajar di universiti tempatan. Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pengajian mereka tanpa terbeban dengan kos harian seperti makanan, tempat tinggal, dan pengangkutan.

 

6. Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

 

Sumber imej: Harian Metro 

 

Kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak di dalam kereta bukanlah perkara asing lagi. Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kanak-kanak sewaktu berada di dalam kereta, kerajaan akan memberi subsidi 50 % atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40. 

 

7. Subsidi yuran pengasuhan taska 

 

 

Inisiatif dalam Belanjawan 2025 yang akan datang ini adalah untuk keluarga dengan pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah yang menghantar anak-anak ke Taska Komuniti. Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menampung yuran pengasuhan, sekali gus memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang berkualiti tanpa membebankan perbelanjaan keluarga.

 

8. Manfaat tuntutan mySalam dipanjangkan kepada anak tanggungan


Sebagai ibu bapa, mesti korang nakkan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, dengan insurans ini, penerima yang layak akan menerima RM8,000 yang dibayar cuma sekali jika didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.


Penerima juga akan menikmati elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera dan hospital universiti. 
 

Jangan lepaskan peluang!

 

Akhir kata, memang tak dinafikan kos untuk menyara anak-anak sekarang ni semakin tinggi, apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang masih lagi dalam pemulihan selepas pandemik. Tapi, jangan risau, ia tak bermakna kita tak boleh jadi ibu bapa yang terbaik. Dengan adanya beberapa bantuan yang diperkenalkan dalam Bajet 2022, ia dapat sedikit meringankan beban ibu bapa, terutamanya yang berada dalam golongan B40. Jadi, walaupun cabaran besar, ada bantuan yang boleh bantu kita semua.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK: 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang