Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak beli RUMAH kat Klang? Bandar Bukit Raja Nampak Berbaloi

BY Contributor - Gila Hartanah

Updated 27 Mar 2019





Bila sebut je nama Klang, ramai yang dok terbayang pelabuhan Klang. Korang kena tau pelabuhan Klang bukan satu-satunya ‘landmark’ atau kelebihan Klang ni.

Ada banyak lagi perkara menarik yang ada kat sini termasuklah pilihan hartanah yang menarik untuk korang.

Kali ni, kami nak cerita tentang tanah bekas perladangan minyak kelapa sawit yang berubah menjadi kawasan perbandaran terancang yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. 

Kalau korang tengah cari kediaman 2 tingkat yang simple dan praktikal yang berstatus Freehold, pasti korang akan tertarik dengan projek dari Sime Darby Property yang kitorang nak cerita ni. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum kami nak cerita pasal lokasi dia. Memang strategik untuk korang




Projek yang kami maksudkan ni adalah Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor. 

Mungkin ramai dah tahu yang tentang tentang projek ni. Projek ni dibangunkan oleh pemaju yang femes, Sime Darby Property. 

Dengan kawasan seluas 4,333 ekar atas tanah Freehold (Pegangan Bebas), projek perbandaran Bandar Bukit Raja dilancarkan pada tahun 2002 dan dan diorang sediakan pilihan kediaman yang pelbagai - daripada perumahan mampu milik sampailah ke kediaman mewah dan hartanah jenis komersil. 

Kenapa kitorang cakap lokasi strategik? Sebab projek ni terletak di antara bandaraya Klang dan Shah Alam. Ni bermakna mudah untuk korang pergi ke kedua-dua bandar ni. 
 

Buat yang menetap di Bandar Bukit Raja, korang ada akses mudah ke lebuhraya ni: 

 

 
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (West Coast Expressway)

Dengan sambungan 2 lebuhraya utama ni, memang senang korang dan keluarga nak pergi mana pun termasuk ke Petaling Jaya dan Pusat Bandar. Tak kira untuk ke tempat kerja, atau bersuka ria bersama keluarga, akses ke mana-mana memang mudah dair Bandar Bukit Raja ni.

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru pulak bakal siap dan akan jadi lebuhraya yang hubungkan Banting di Selangor ke Taiping di Perak. Maknanya, perjalanan korang semakin mudah untuk ke bahagian Utara Malaysia!

Lebuhraya ini jugak bertindak sebagai tulang belakang pengangkutan jalan raya di Bandar Bukit Raja bila siap sepenuhnya nanti. 

Sebab perbandaran ini terletak berdekatan dengan Perlabuhan Klang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Bukit Raja memang ideal untuk aktiviti pengangkutan dan logistik antarabangsa. 

Bandar Bukit Raja jugak dekat dengan bandar matang yang lain seperti Setia Alam dan Taman Klang Utama yang tawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk sekitar.
 

Korang tahu tak Bandar Bukit Raja ni ada banyak kemudahan?




Haaa… Bandar Bukit Raja ni dikategorikan sebagai perbandaran mampan untuk menampung generasi akan datang, Sime Darby Property bagi perhatian khusus kepada elemen kesihatan dan kesejahteraan.

Sime Darby Property jugak buktikan inisiatif diorang dengan membinaan Central Park seluas 100 ekar yang bakal jadi salah satu taman terbesar dalam bandaraya Klang. Wow untunglah siapa yang duduk sini nanti.

Selain tu jugak, Bandar Bukit Raja lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan dan sesuai dengan gaya hidup penduduk di sini. 

Antara kemudahan kat sini termasuklah: 
  • Kedai serbaneka
  • Balai Polis
  • Balai Bomba
  • Pusat membeli-belah
  • Taman permainan
  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah
  • Pelbagai institusi pengajian tinggi 

Kami jugak ada senaraikan beberapa kompleks membeli-belah, sekolah rendah, dan juga sekolah menengah yang dekat dengan perbandaran Bandar Bukit Raja ini untuk kemudahan korang: 
 

Kompleks membeli-belah/pusat komersial



 
  • AEON Bandar Bukit Raja
  • Setia City Mall
  • TESCO Extra Klang
  • GM Klang Wholesale City
  • Klang Parade
  • CENTRO Mall
  • Harbour Place Mall
  • Bukit Raja Shopping Centre
  • Galeri Klang Central
  • Purchase King Online Shopping Centre 
  • Shaw Centre Point
  • Gateway Klang
 

Sekolah Rendah dan Tadika

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Rajah
  • Q-dees Bandar Bukit Raja 
  • Mrc Kids Bandar Bukit Raja 
  • Smart Reader Kids Bukit Raja
  • Sekolah Kebangsaan Batu Belah
  • Sekolah Kebangsaan (1) / (2) Jalan Batu Tiga
  • Sekolah Kebangsaan Setia Alam
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Meru
 

Sekolah Menengah

 
  • YelaoShr® Teacher Yap Bandar Bukit Raja
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang
  • Kwang Hua Private High School
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hua
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad Klang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi
  • SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



Tak cukup dengan tu, ada banyak universiti berdekatan dengan Bandar Bukit Raja termasuklah Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Peninsula College, International Business College dan Management and Science University (MSU). 

Korang mesti pentingkan jumlah atau jarak pusat kesihatan masa beli rumah kan, so korang akan beruntung sebab Bandar Bukit Raja juga terletak berdekatan dengan Columbia Asia Hospital Klang yang sediakan kemudahan perubatan bertaraf dunia. Kelas!

Kediaman korang jugak nanti terletak berdekatan dengan KPJ Klang Specialist Hospital dan pusat rawatan kesihatan alternatif, Cti Care. Ada juga Klinik Desa Batu Belah Klang kalau korang atau keluarga menghidap penyakit ringan. 
 

Jadi, apa jenis rumah yang Sime Darby Property ni offer kat Bandar Bukit Raja?


Ada 4 jenis unit kediaman yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing iaitu:
  • Ayra, bermula dari 20’ x 75’ kaki persegi
  • Azira, bermula dari 20’ x 75’ kaki persegi
  • Athira, bermula dari 22’ x 75’ kaki persegi
  • Elsa, bermula dari 20’ x 65’ kaki persegi
 

Ayra (Jenis A1, Unit Pertengahan (Intermediate Lot), 1,901 kaki persegi)



 

Ayra (Jenis A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,956 kaki persegi)



 

Ayra (Jenis C1, Lot Tepi (Corner Lot), 2,278 kaki persegi)



 

Ayra (Jenis E1, Lot Akhir (End Lot), 2,130 kaki persegi)



 

Azira (Jenis A1/A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,901 kaki persegi)



 

Azira (Jenis E1/E2, Lot Akhir (End Lot), 2,130 kaki persegi)



 

Azira (Jenis C1/C2, Lot Tepi (Corner Lot), 2,275 kaki persegi) & Azira (Jenis E3, Lot Akhir Khas (Special End Lot), 2,275 kaki persegi)



 

Athira (Jenis A1/A2, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 2,191 kaki persegi)



 

Athira (Jenis E1/E2, Lot Akhir (End Lot), 2,788 kaki persegi)



 

Athira (Jenis C1/C2, Lot Tepi (Corner Lot), 2,788 kaki persegi)


 

Elsa (Jenis A, Lot Pertengahan (Intermediate Lot), 1,535 kaki persegi)



 

Elsa (Jenis C1/E1, Lot Tepi (Corner Lot), 1,801 kaki persegi)



 

Elsa (Jenis C2/E2, Lot Akhir (End Lot), 1,636 kaki persegi)



 

 

Ada yang terasa macam nak beli rumah kat Bandar Bukit Raja?


Lepas baca poin-poin kat atas tu, termasuk la jenis rumah yang diorang offer, kami sendiri terasa macam nak beli rumah di Bandar Bukit Raja.

Daripada unit yang sederhana kepada unit yang besar, kediaman yang diorang tawarkan dalam Bandar Bukit Raja ni memang direka untuk menampung keluarga yang besar selain menjanjikan kehidupan selesa. 

Alang-alang dah cite pasal Bandar Bukit Raja ni, kami ada satu lagi berita baik. 

Kami di Loanstreet menjemput korang untuk meramaikan sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan jugak GilaHartanah.com. 

Paling best, sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Sime Darby. 

Kalau korang nak join, korang kena daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Kalau korang cepat, korang dapatlah belajar ilmu hartanah power secara percuma. 

Daftar dengan klik gambar di bawah ini sekarang! 



Lagi satu jangan lupa check dulu kelayakan pinjaman rumah kat sini. Barulah boleh buat keputusan yang bijak!
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - Gila Hartanah



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan