Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Senawang Bakal Jadi Tumpuan Baru Pembeli Rumah. Ada Apa Kat sana?

BY Contributor - Gila Hartanah

Updated 21 Feb 2019




Dekat mana lagi nak cari rumah atas tanah (landed) murah dekat Malaysia ni?


Disebabkan harga rumah landed sekarang semakin mahal, ramai rakyat Malaysia memilih untuk beli rumah jenis high-rise (rumah bertingkat). Tapi kalau korang cari dekat luar kawasan Kuala Lumpur, potensi untuk dapatkan rumah jenis ini pada harga berpatutan tu masih ada. 

Walaupun kawasan tu terletak jauh sikit dari Pusat Bandar, tak bermakna hartanah kat situ takde potensi - tak kiralah untuk pasaran sewaan atau kegunaan sendiri. Dikira sebagai untapped market (pasaran yang belum diterokai), kawasan yang kami maksudkan itu adalah Senawang, Negeri Sembilan. 

Buat korang yang masih ingat kawasan ini sebagai tempat ‘jin bertendang,’ MAAF. Kami terpaksa hampakan korang. Kalau korang pernah ke sini, mesti korang perasan pembangunan yang sedang rancak dibina.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Betul ke Senawang ni bakal jadi tumpuan baru pemaju & pembeli rumah?  



Senawang adalah sebuah bandar satelit yang bertempat 7 KM dari bandar Seremban, Negeri Sembilan dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Nilai. 

Untuk ke sini, korang hanya perlukan 30 minit perjalanan dari Rembau. Senawang juga mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Kajang-Seremban, dan korang boleh sampai ke Kuala Pilah melalui laluan jambatan Bukit Putus. 

Selain daripada Lebuhraya Kajang-Seremban, korang ada jaringan lebuhraya lain seperti: 
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) 
  • Lebuhraya ELITE
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) 
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway)
  • Lebuhraya Nilai-KLIA
  • Lebuhraya Damansara-Puchong 
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 
Dengan sambungan lebuhraya yang mantap ni, boleh kata bandar Senawang akan menjadi kawasan tumpuan (dengan kata lain, ‘hot area’) dalam masa akan datang. Nah, kami dah payung korang awal-awal ni.



Kalau korang nak naik bas pulak, ada 2 stesen bas yang terletak dihadapan Giant Hypermarket Senawang dan Taman Jasmin Senawang. Di sini juga ada tempat menunggu teksi untuk kegunaan korang. 

Selain tu, ada perkhidmatan KTM jugak. Jajaran sepanjang 8.5km ini bermula dari Seremban ke Senawang dan juga Sungai Gadut, Negeri Sembilan. Siap dibina pada 2011, ini merupakan sebahagian daripada jajaran Seremban-Gemas. 



Lagi satu, Senawang ni termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV). Ini merupakan racangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan. 

Disebabkan oleh projek-projek ni, kawasan Senawang dijangka akan membangun secara pesar pada masa akan datang. 

 

Apa kemudahan yang ditawarkan kat Senawang ni?

Salah satu sebab tempat ni jadi tumpuan pemaju adalah kerana peningkatan jumlah penduduk yang semakin berkembang di kawasan ini.  Atas sebab ini juga, terdapat banyak pemaju yang membina taman komersil. Antara taman komersil yang terkenal disini adalah Taman Komersil Senawang, yang menempatkan pasaraya jenis hypermarket seperti pasaraya Giant dan Mydin. Kawasan ini juga dikenali dengan nama julukan ‘Taipan Senawang.’



Selain pasaraya besar, korang juga ada akses untuk membeli barang dapur dekat pasaraya kecil seperti KiP Mart, 99 Speedmart, dan Family Store. Senang kerja korang, tak perlu keluar jauh-jauh. 

Dekat sini juga, terdapat rangkaian makanan segera terkenal seperti McDonalds, KFC, Pizza Hut, Domino’s Pizza, Secret Recipe, dan lain-lain. 

Untuk kemudahan pengunjung yang datang ke sini, ada juga hotel yang disediakan sebagai tempat penginapan sementara seperti:
  • Sri Senawang Hotel 
  • D&F Boutique Hotel
  • One Garden Hotel
  • Senawang Star Hotel 
  • AERO Star Hotel
  • Hotel Lavender


Macam mana pulak dengan pusat pendidikan yang ada di Senawang?



Terdapat 5 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah di Senawang.

Antara sekolah rendah kebangsaan di Senawang adalah: 
  • Sekolah Kebangsaan Senawang
  • Sekolah Kebangsaan Seri Pagi
  • Sekolah Kebangsaan Sri Mawar 
  • Sekolah Kebangsaan Senawang 3

Sekolah menengah yang tersedia di sini pula seperti: 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Height 

Sebagai tambahan, ada 2 sekolah pendidikan Islam persendirian di Senawang: 
  • Sekolah Rendah Islam As-Saadiyah
  • Sekolah Tinggi Islam As-Sofa 

Dekat sini juga, terdapat banyak tadika dan pusat tuisyen yang dijalankan oleh penduduk tempatan. 
 

Ada tak pusat kesihatan yang dekat dengan Senawang?


Bawah ni, kami sediakan senarai pusat kesihatan yang ada di Senawang
  • Klinik Kesihatan Senawang
  • SALAM Senawang Specialist Hospital 
  • Hospital Bersalin Sukhilmi
  • Klinik Tawakkal
  • Poliklinik Ibnu Sina 
  • Klinik Pergigian Dr. Helmi 
 

Ia terkenal jugak sebagai kawasan perindustrian barangan elektronik



Selain itu, kawasan Senawang juga mempunyai kawasan perindustrian yang tersendiri, yang dikenali sebagai Sri Senawang Light Industries. 

Kawasan ini terletak berdekatan dengan persimpangan masuk ke bandar Senawang. 

Antara syarikat pembuatan eletronik terkenal yang ada disini adalah ON Semiconductor. Syarikat yang lain pula terletak di kawasan perindustrian Tuanku Jaafar, dan antara nama terkenal yang ada disitu termasuk Samsung SDS dan NXP Semiconductors. 

Seagate Systems (Malaysia) Sdn Bhd juga terletak dalam kawasan Senawang, atau lebih tepat lagi, di Kawasan Perusahaan Senawang Baru. 

Dengan adanya syarikat seperti ini di Senawang, sudah pasti akan wujud peluang pekerjaan dan ada permintaan hartanah di kawasan ini, kan?

 

Jadi, berbaloi ke beli hartanah pelaburan dekat kawasan Senawang?


Kalau tengok semua kemudahan dan sambungan lebuhraya yang baik dekat atas tadi, Tok berani kata yang Senawang bakal jadi antara ‘kawasan panas’ (hotspot) yang jadi pilihan pelabur dan pembeli rumah. 

Tapi, korang jangan pulak main tangkap muat je. Ini semua hanya pendapat kami sendiri. Korang kena buat kajian dulu sebelum buat keputusan membeli. Mungkin menjelang tahun 2020 ke atas, kawasan ini akan jadi tumpuan para pelabur hartanah di Malaysia.


Jangan lupa pulak untuk semak kelayakan pinjaman perumahan korang kat sini - percuma je.  Takdelah nanti kena reject pulak permohonan pinjaman korang tu.


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - Gila Hartanah



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?