Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

16 Tempat Untuk Beli Barang Dapur Online Masa PKP!

BY Farhana Adli

Updated 06 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Sekarang hari-hari kes COVID-19 mencecah 5 angka, mesti korang cuak, kan? Admin pun. Jadi, kalau boleh, kita semua kurangkan lah keluar as much as possible. 

Dengan tu, admin nak syorkan 16 aplikasi/website yang membolehkan korang, especially yang duduk area Klang Valley tu, untuk order barang dapur korang dengan satu klik je. Siap boleh hantar barang dapur ke pintu rumah korang. Tak payah dah nak basuh muka ke, sarung jeans ke, semuanya akan tersedia depan pintu korang. Senang, kan? 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Potboy Groceries

Harga delivery:
Free 
Area ditawarkan untuk delivery service:
Klang Valley

Yang bestnya dekat sini selain free delivery kan, Potboy Groceries membolehkan korang untuk recycle barang yang korang dah beli via Collect & Recycle, then, korang akan dibayar untuk setiap item tu. Awesome, kan? 

Selain tu, diorang siap ada warehouse diorang sendiri. Tapi, diorang just ada barangan dapur harian atau kering macam beras, minyak, frozen food, makanan dalam tin je, tapi, why not try kalau free delivery, kan? Everyone loves free things!

Apa yang best? 

  • Free delivery 
  • Cover delivery dekat seluruh area Klang Valley 
  • Boleh recycle dan akan dibayar untuk setiap item

Apa yang tak best? 

  • Takda barangan fresh macam sayur, seafood dan daging 


2. HappyFresh

Harga delivery:
Daripada RM3 (depends pada distance store yang korang pilih) 

Area ditawarkan untuk delivery service:

  • Certain tempat dekat Klang Valley
  • Penang 
  • Johor Bahru 
  • Melaka
  • Ipoh 
  • Seremban
 

Happy Fresh ni bukan store tau. Diorang just tawarkan service as a personal shopper yang akan deliver ke rumah korang, tapi yang bestnya kan, korang boleh pilih samaada korang nak beli barang dapur daripada Aeon, Tesco, Giant dan banyak lagi - boleh la korang banding harga macam ni. Senang dan jimat!

Apa yang best? 

  • Banyak jenis barangan ada ditawarkan 
  • Boleh bandingkan harga items dari satu tempat ke satu tempat

Apa yang tak best? 

  • Delivery just available dekat certain tempat area Klang Valley je 


3. Bigbox Asia

Harga delivery:  

  • FREE - pembelian lebih daripada RM100 
  • RM6.15 - 3kg pertama
  • RM1.70 - any additional kg

Area ditawarkan untuk delivery service:

  • Barangan kering - seluruh Malaysia 
  • Barangan basah - Klang Valley je
 

Ramai prefer untuk guna service Bigbox Asia ni tau. Nak tau kenapa? Sebab senang nak order dekat website diorang ni. Ada kategori barang dekat sebelah kiri page tu, then banyak barang import yang premium dekat sini. Bukan tu je, korang boleh jugak beli barang secara borong macam air tin, minuman serbuk dan banyak lagi so that korang boleh buat stock. Selain tu, ada jugak organic section yang ada almond milk. So, jom la try! 

Apa yang best? 

  • Senang untuk order dekat website diorang ni
  • Banyak barangan import yang susah nak dapat 
  • Barangan borong available
  • Ada organic section 

Apa yang tak best? 

  • Delivery service yang kurang memuaskan 
  • Poor customer service 
  • Refund process yang lambat
 

4. Lalamove

Harga delivery:  
Daripada RM5

Area ditawarkan untuk delivery service:
Klang Valley
 

Untuk sesiapa yang tak tau Lalamove ni, diorang bukan je offer grocery delivery service tau, tapi service lain pun ada macam service beli takeaway food, beli ubat, dan korang jugak boleh request service untuk hantar barang from rumah korang ke rumah kawan korang dengan cepat. Memang tiptop la service diorang ni!

Apa yang best? 

  • Penghantaran yang cepat 
  • Pelbagai jenis service available

Apa yang tak best? 

  • Order korang mungkin tak dapat dalam keadaan yang baik (depends pada rider)
  • Susah nak dapat riders


5. Pantry Express

Harga delivery:
Daripada RM8 

Area ditawarkan untuk delivery service:
Klang Valley 
 

Untuk yang tak pernah dengar Pantry Express ni, diorang start pada 2016 so baru la lagi. Admin sure korang mesti akan suka online store ni sebab diorang ada tawarkan brand yang boleh dapat kat kedai runcit rumah korang tu macam Kopi Ipoh CHEKHUP dan banyak lagi lah! Diorang ada banyak tawarkan barangan yang memang semua orang suka so tak payah dah nak susah-susah pergi kedai runcit lagi. 

Apa yang best? 

  • Banyak barang selain barangan dapur available dekat sini
  • Delivery yang cepat dan sistematik

Apa yang tak best? 

  • Delivery untuk area Klang Valley je 
  • Barang limited 


6. Jaya Grocer

Harga delivery:
RM8 (harga basic untuk setiap delivery)

Area ditawarkan untuk delivery service:
Klang Valley
 

Ha, admin sure korang mesti selalu sangat dengar ni. Jaya Grocer ni famous dekat seluruh Malaysia sebab dekat sini ada banyak barangan makanan yang diimport dan susah nak dapat dekat Malaysia. Yang bestnya, dekat website diorang ni selalu tunjuk latest promo dengan produk tau. So, tunggu apa lagi, gaiz? 

Apa yang best? 

  • Barangan local dan imported available dekat sini
  • Pelbagai barangan yang rare (contohnya macam beef brisket, Langkawi melon, etc.) 
  • Banyak tunjuk latest promo dan products
Apa yang tak best? 
  • Delivery service hanya dekat Klang Valley je
  • Harga barangan mahal sikit 


7. My Groser

Harga delivery: 
Klang Valley - 

  • Sehingga 35kg: RM8.90
  • 35kg dan ke atas: RM12
  • Lain tempat - RM5 hingga RM10

Area ditawarkan untuk delivery service: 

  • Klang Valley
  • KL
  • Petaling Jaya
  • Subang Jaya
  • Puchong
  • Seri Kembangan
  • Putrajaya 
  • Cyberjaya 
 

My Groser ni ada tawarkan banyak benda, babe! Bukan barang dapur je tapi ada jugak barang mandian, makanan pets korang dan banyak lagi lah. Diorang jugak ada senaraikan dalam satu kategori untuk makanan breakfast, barangan masakan, etc, so that korang tak payah nak scroll satu-satu dah. Jimat masa korang! 

Apa yang best? 

  • Boleh delivery banyak tempat dekat KL dan Selangor
  • Macam-macam jenis barang available dekat website
  • Ada tab yang kumpulkan barangan masakan untuk breakfast dan banyak lagi 
  • Boleh letak price range untuk barangan 

Apa yang tak best? 

  • Delivery lambat daripada waktu yang ditetapkan
  • Refund process yang lambat 
  • Items yang dibeli mungkin unavailable 


8. Mydin Express

Harga delivery:
RM10 

Area ditawarkan untuk delivery service:
Seluruh Malaysia
 

Yang bestnya Mydin Express ni kan, diorang ada offer delivery service untuk merata tempat dekat seluruh Malaysia ni tau. Korang cuma pilih mana tempat yang terdekat dengan rumah korang je. Dengan harga yang berpatutan, korang boleh beli secara borong untuk buat stock masa PKP ni. Sambil layan Netflix tu, boleh la kunyah-kunyah, kan? 

Apa yang best? 

  • Delivery service untuk seluruh Malaysia 
  • Harga barangan berpatutan
  • Ada tunjuk steps untuk order delivery service dekat website
  • Delivery fee yang murah dan fixed

Apa yang tak best? 

  • Takda barangan premium atau imported

9. Tesco Groceries

Harga delivery:
RM10 - maximum (depends pada waktu delivery jugak)

Area ditawarkan untuk delivery service:

  • Klang Valley
  • Johor Bahru
  • Penang
  • Seremban
  • Ipoh 
  • Melaka
 

Tesco ni salah satu supermarket kat Malaysia yang tawarkan online delivery service terawal tau dan sebab tu diorang famous dan banyak receive order setiap hari. So, admin nak syorkan korang book awal ye (preferably 3 minggu awal) sebab slot diorang selalu full. Next-day deliveries dengan same week deliveries selalu unavailable so book awal, ye! Jangan kata admin tak warning!

Apa yang best? 

  • Banyak barangan ditawarkan dekat website 
  • Barangan yang out-of-stock akan digantikan dengan barangan lain
  • ​​​​​​​Delivery fee yang berpatutan

Apa yang tak best? 

  • Banyak barang out-of-stock 
  • Akan auto-deduct payment dekat card (walaupun barangan tu tak order pun)
  • Delivery slow dan lambat 
  • ​​​​​​​Customer service tak sistematik 


10. Redtick

Harga delivery: 

  • Depends pada waktu delivery - RM10 hingga RM15 
  • ​​​​​​​Pembelian lebih daripada RM150 - FREE 

Area ditawarkan untuk delivery service: 

  • Redtick - Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Seri Kembangan dan Puchong 
  • ​​​​​​​Redtick Plus - Luar area Klang Valley
 

Bukan barang dapur je tau ada dekat Redtick ni, barang lain pun ada - barang baby, barang office, stationery dan banyak la lagi! Yang bestnya, barang makanan macam sayur tu semua diambil fresh daripada petani tempatan dan small businesses untuk sapot diorang. So, bukan je korang dapat barangan masakan yang fresh dan murah, tapi dapat jugak sapot business dan petani tempatan kita. Best ke best? 

Apa yang best? 

  • Barangan basah yang fresh 
  • Banyak jenis barang ditawarkan 
  • Barang selain makanan (health care, skincare & etc) pun available 
  • Ada barangan tempatan dan imported jugak
  • ​​​​​​​Harga berpatutan 

Apa yang tak best? 

  • Area untuk delivery limited


11. Signature Market

Harga delivery: 

  • Pembelian bawah RM100 - RM10 
  • ​​​​​​​Pembelian lebih daripada RM100 - FREE

Area ditawarkan untuk delivery service: 
Seluruh Malaysia
 

Kalau korang nak barangan masakan yang berkualiti tinggi, sihat dan organik, korang kena cuba beli daripada sini! Signature Market ni memang target untuk orang yang amalkan gaya hidup sihat dan jugak yang vegetarians. Untuk tengah diet tu, ha boleh la jugak cuba beli sini. 

Admin just nak bagitahu yang ada additional surcharges untuk East Malaysia (Sabah, Sarawak & Labuan) dan cuma certain tempat dekat kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia je diorang boleh deliver. 

Apa yang best? 

  • Barangan yang berkualiti tinggi dan sedap 
  • Ada free delivery untuk first order 
  • ​​​​​​​Harga affordable 

Apa yang tak best? 

  • Poor customer service 
  • ​​​​​​​Delivery service tak efisien dan slow ​​​​​​​


12. Sea Fresh

Harga delivery: 

  • Pembelian atas RM200 - FREE 
  • Bawah RM200 - RM15 (untuk area Klang Valley) 
  • ​​​​​​​Tempat lain - RM25

Area ditawarkan untuk delivery service (additional charges area luar Klang Valley):

  • Klang Valley 
  • Melaka 
  • Negeri Sembilan
  • Johor 
  • Perak 
  • ​​​​​​​Penang 
 

Kalau korang teringin nak rasa fresh seafood macam ikan, udang dan jugak lobster dekat Kuala Selangor dengan Sekinchan tu kan, korang boleh order dekat sini sebab diorang ambil straight daripada kampung nelayan sana. Bukan seafood je, tapi ada jugak daging atau ayam, even otak-otak daripada Muar dengan premium unagi pun ada. Pergh, terliur! Tak perlu rentas negeri dah nak rasa fresh seafood ni. 

Apa yang best? 

  • Delivery yang cepat dan sistematik 
  • Seafood dah siap-siap dibersihkan 
  • Harga affordable
  • Packaging yang baik 

Apa yang tak best? 

  • Tak banyak barangan kering yang available 

​​​​​​​

13. Organic4u

Harga delivery:
RM20 (satu trip)

Area ditawarkan untuk delivery service: 
Klang Valley
 

Sesiapa yang sangat pentingkan pemakanan tu, Organic4u ada sediakan sayur dengan buah-buahan yang organik yang dipetik fresh daripada ladang untuk hantar ke rumah korang. Confirm rasa dia macam korang makan dekat ladang tu sendiri. 

Delivery diorang hanya available pada hari Isnin, Selasa & Jumaat je tau! Then, diorang jugak ada offer monthly vegetable bags yang boleh save duit dan jugak bumi kita. Best, kan?  

Apa yang best? 

  • Barangan organik ditawarkan 
  • Barang berkualiti dan fresh
  • Selain barang dapur pun available
  • ​​​​​​​Boleh pilih samaada nak beli sayur secara borong atau secara ala-carte

Apa yang tak best? 

  • Delivery area Klang Valley je 
  • ​​​​​​​Barangan limited


14. GrabMart

Harga delivery: 
Depends pada store dan delivery distance

Area ditawarkan untuk delivery service: 
Selected areas dekat Klang Valley
 

Sama jugak service macam Lalamove, Grabmart ni ada offer service untuk deliver groceries daripada banyak tempat macam HeroMarket, Pasar Besar TTDI, MBG Fruitshop, dan banyak lagi - depends pada area rumah korang la. Ada jugak service untuk beli daily necessities macam bakeries ke, barangan rumah ke, atau daripada drug stores. Complete service diorang!

Apa yang best? 

  • Macam-macam jenis service ditawarkan 
  • Boleh compare harga dengan supermarket lain
  • ​​​​​​​Instant delivery (sesuai kalau nak pakai barang tu cepat) 

Apa yang tak best? 

  • Certain tempat dekat Klang Valley je available untuk delivery service
  • ​​​​​​​Delivery mungkin terlalu mahal untuk certain tempat 


15. Sejadi

Harga delivery: 
Order lebih daripada RM200 - FREE

Area ditawarkan untuk delivery service:
Seluruh Malaysia
​​​​​​​

Apa yang special dekat Sejadi, diorang just focus pada produk yang natural dan eco-friendly untuk constant production dalam usaha mengurangkan karbon. Ye la, untuk jaga bumi tua kita ni, kan? Selain tu, segala bahan mentah diambil daripada pengimport daging tempatan yang ada foreign sijil halal yang boleh dipercayai, so, korang tak payah ragu-ragu dah. 

Diorang akan pastikan bahan mentah akan dideliver dalam masa 1 - 3 working days while bahan kering 3 - 10 working days je. Cepat, kan?? ‘

Apa yang best? 

  • Barangan yang diambil semua dijamin natural dan eco-friendly 
  • Barangan imported dijamin halal 
  • Limited and premium brands available 
  • Barangan basah yang fresh 
  • ​​​​​​​Delivery cepat dan boleh dihantar ke seluruh Malaysia

Apa yang tak best? 

  • Barangan kering yang limited
​​​​​​​

16. TM Farms

Harga delivery:
4 kali delivery dalam sebulan - RM80

Area ditawarkan untuk delivery service:
Klang Valley
​​​​​​​

Siapa pernah pergi Bukit Tinggi, Pahang and rasa sayur dengan buah fresh sana? Haa, kalau pernah, mesti korang tau betapa sedapnya rasa dia sebab sayur dengan buah-buahan ni ditanam dekat tempat sejuk. Kruk krak bila kunyah tu! So, jom la order sini sebab dekat TM Farms ni, diorang sediakan organic veggies dengan buah yang takda guna chemicals. 

Sayur akan dibungkus dalam kotak dan akan dihantar pada setiap minggu. Minimum order untuk sebulan dan korang kena order setiap bulan. Simple je, kan? 

Apa yang best? 

  • Sayur yang fresh dan sedap 
  • Good packaging

Apa yang tak best? 

  • Harga mungkin mahal untuk certain individu 
  • Poor customer service 
  • ​​​​​​​Tak ideal untuk orang yang nak try order sekali je
 

Untuk Korang Yang Nak Shopping Barang Dapur Tu…

Admin suggest untuk korang set a budget setiap bulan untuk monthly grocery expenses korang, terutama pada yang baru nak belajar berdikari tu. Jangan lupa jugak untuk bandingkan harga antara different brands before check out so that boleh la korang manage duit lagi better and save your pitih. 

Perbezaan harga susu antara Tesco (atas) dan Mydin (bawah). 

Jom kita manfaatkan online delivery service untuk barang dapur ni instead of keluar, kay? Lagi senang dan cepat!

Take care, gaiz! Kita jaga kita. 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


​​​​​​​BACA JUGAK:
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Farhana Adli



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)