Jap, apa fungsi aplikasi Be U ni?

Aplikasi Be U memudahkan urusan korang dari segi:
- Boleh buat transaksi perbankan tanpa perlu pergi ke cawangan Bank Islam.
- Tawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar.
- Fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.
- Menyediakan akses penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah digunakan
Jadi, apa yang best pasal Be U ni?

Korang tahu tak? Dalam tempoh 12 bulan, ada banyak lagi benda yang korang boleh explore dalam apps ni macam:
- Deposit bertempoh
- Pasaran gig
- Kad debit
- Pengurusan kewangan peribadi
- Pembiayaan mikro
- Takaful mikro dan banyak lagi.
Kalau korang perasan, benda yang paling membantu bagi golongan muda dalam apps ni adalah pasaran gig. Hmm.. apps ni bukan setakat berfungsi untuk uruskan kewangan korang je, tapi dapat bantu korang yang memerlukan pekerjaan dan jugak duit tambahan tau.
So, apa kelebihan Be U?
Dengan adanya teknologi cloud ni, korang boleh rasa perbezaan dia dengan apps online lain sebab ketangkasan aplikasi tu sendiri yang menjadikan pengalaman perbankan peribadi lebih mesra pengguna sesuai dengan keperluan korang.
Lagipun apa korang nak risau, usaha ni sejajar dengan pelan strategik Bank Islam sebagai peneraju penyelesaian kewangan Syariah-ESG Bank Islam yang mengutamakan pelanggan berbanding produk tu sendiri.
Aplikasi Be U ni untuk siapa?

Katanya target utama pasaran Be U ni, untuk golongan muda yang baru bekerja dan celik digital. Selalunya golongan ni yang perlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks.
Cuma terfikir jugak, agaknya apps ni pun boleh ke digunakan golongan muda yang duduk jauh dari kawasan bandar? Yelah, kalau mereka ni pun bolkeh guna Be U, mudah sikit kalau mereka nak berurusan, kan?
Sebabnya konsep Be U ni untuk bantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik. Sekurang-kurangnya, baik yang ada kat bandar atau kat luar bandar pun dapat nikmati kemudahan yang sama.
Andaikata korang rasa macam nak tahu lagi pasal Be U ni, korang boleh KLIK SINI atau follow je akaun media sosial Be U kat Facebook dan Instagram diorang. Korang boleh download aplikasi ni samada kat Google Play Store atau Apple App Store secara percuma. Selamat mencuba!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.