Apakah itu forex?
Forex adalah sebuah market yang global yang membolehkan individual dan syarikat untuk menukar mata wang kepada mata wang lain tanpa suatu lokasi berpusat.
Kenapa memilih forex?
Sebab pertama adalah Forex tidak memerlukan wang yang banyak untuk mula melabur di pasaran Forex.
Pasaran saham di Malaysia memerlukan anda membeli sekurang-kurangnya seratus saham untuk mula melabur di pasaran saham. Seratus saham mungkin terlalu mahal kepada orang muda. Oleh sebab itu, orang muda boleh memilih pasaran Forex kerana kehendakan minimum seorang broker forex memerlukan daripada kamu adalah 100 USD.
Sebab kedua adalah pasaran Forex dapat menikmati keuntungan dan juga mengalami kerugian lebih cepat daripada pasaran saham dan pasaran hartatanah.
Jika kamu melabur dengan rational, seharusnya pelaburan anda akan memberi lebih banyak profit daripada kerugian . Tidak mempercayai kita? Terus membaca artikel ini untuk memamahi sebab belakang kenyataan itu.
Bagaimanakah Pasaran Forex Berfungsi
Dalam pasaran forex, kita menguntung profit daripada membeli mata wang semasa nilai mata wang itu rendah dan menjual mata wang semasa nilai mata wang itu tinggi. Cara ini dapat digunakan bersama-sama produk yang lain. Walau bagaimanapun, nilai mata wang itu adalah relatif. Semasa harga suatu masa wang meningkat, kadang-kala situasi ini hanya benar terhadap beberapa mata wang lain sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak boleh hanya membeli mata wang yang nilainya sedang meningkat kerana nilai mata wang itu sentiasa relatif.
Menggunakan jiran kita, Singapura sebagai contoh, semasa kita melihat kadar tukaran SGD to MYR.
Mata wang Singapura sedang meningkat dalam nilai berbanding dengan MYR. Tetapi jika kita melihat kadar ketukaran SGD to USD.
Nilai mata wang Singapura tidak meningkat semasa berbanding dengan USD walaupun pada masa yang sama, nilai SGD berada dalam trend menaik berbanding dengan MYR.
Sebagai kesimpulannya, kita tidak boleh menentukan bahawa nilai mata wang itu telah meningkat atau susut kerana nilai mata wang adalah bergantung kepada mata wang lain.
Pasangan Mata Wang
Semasa melabur dalam pasaran Forex, kamu menukar mata wang dalam pasangan untuk membuat perbandingan langsung antara nilai pasangan masa wang itu. Sebagai contohnya, suatu pasangan mata wang yang paling biasa ditukarkan adalah pasangan mata wang USD/EURO.
Pasangan mata wang yang pertama akan sentiasa dirupakan sebagai mata wang asas manakala pasangan mata wang yang kedua akan sentiasa dirupakan sebagai mata wang quote.
Satu cara yang mudah untuk mengingati bagaimana pasangan mata wang berfungsi adalah semasa kamu membeli atau menjual satu pasangan mata wang, tindakan jual beli kamu berkaitan dengan pasangan mata wang yang pertama secara langsungnya. Semasa kamu menjual pasangan mata wang, kamu sedang menjual pasangan mata wang pertama(mata wang asas) dan semasa kamu sedang membeli pasangan mata wang, kamu sedang membeli pasangan mata wang pertama (mata wang asas).
Sentiasa meningat bahawa persoalan utama untuk memahami apa makna pasangan mata wang itu adalah menanyai berapa pasangan mata wang yang kedua diperlukan untuk membeli satu pasangan mata wang yang pertama?
Sebenarnya, jawapan ini merupakan nilai pasangan mata wang itu, iaitu 0.8924 dalam kes ini. Dalam kes ini, 0.8924 EUR diperlukan untuk menukar 1 USD.
Pasangan mata wang dapat disongsangkan dengan menyongsangkan kadar petukarannya. Walaubagaimanapun, oleh sebab popularity USD, kebanyankan platform forex menggunakan USD sebagai mata wang asas. Kembali ke contoh kita, kadar penukaran EURO/USD akan menjadi 1.12056.Kebanyakan platform penukaran hanya menawar sejenis pasangan mata wang kerana ia tidak terdapat apa-apa perbezaan antara pasanmgan yang asal dan pasangan yang disongsangkan.
Semasa membuat penukaran di pasaran Forex, broker adalah diperlukan untuk menjalankan penukaran itu. Ramai orang sentiasa takut menjalankan penukaran dengan broker yang tidak jujur. Belajar lebih banyak berkaitan dengan penipuan Online dan hanya membuat penukaran dengan broker yang berlesen dan boleh dipercayai yang bekerja dalam syarikat yang bereputasi.
Oleh sebab penyertaan broker dalam penukaran, maka harga yang kamu bayar juga termasuk komisen yang perlu diberi kepada broker. Kdomisen ini juga dikenakan sebagai spreads. Kadar penukaran adalah sangat dekat dengan harga jual beli mata wang . Sebagai contohnya, kadar penukaran USD/EURO adalah 0.8982, harga jual beli pasangan mata wang ini akan dipaparkan sebagai harga tawaran dan harga minta:
Semasa melihat harga tawaran dan minta, ingatlah bahawa anda berada dalam perspektif seorang broker. Harga tawaran adalah harga broker anda tawar, iaitu harga yang broker itu tawar untuk membeli daripada kamu. Harga minta adalah harga yang broker minta daripada kamu, iaitu harga broker minta untuk menjual kepada kamu. Sistem ini manfaatkan broker kerana dengan menjual dan membeli sahaja dia telah menguntung profit 0.002 USD bagi setiap unit. Sebaliknya, perbezaan harga tawaran dan harga minta tidak memanfaatkan kita kerana jika kamu membeli pasangan mata wang, kamu membeli dengan harga minta dan perlu menunggu harga tawaran lebih besar daripada harga minta untuk menguntung profit. Dalam kes ini, kamu perlu menunggu harga tawaran meningkat sebanyank 0.002 USD sebelum dapat menguntung profit. Sebagai ringkasnya, spread yang dibayar kepada broker lebih banyak, harga tawaran perlu meningkat lebih banyak supaya anda dapat menguntung profit.
Bagaimankah anda boleh menguntung daripada pasaran forex?
Jika kamu mula melabur dalam pasaran forex pada Jun Pertama dengan 10000 USD dalam akaun bank anda. Kamu meramalkan bahawa USD akan susut berbanding dengan Euro. Jika platform penukaran anda telah memberi anda akses kepada pasangan mata wang USD/EUR, apakah yang anda perlu buat? Kamu hanya perlu mengingati satu konsep iaitu “beli semasa harga rendah, jual semasa harga tinggi.” Jadi, kamu perlu menjual pasangan mata USD/EUR kerana harganya akan jatuh pada masa hadapan.
Keputusan pelaburan anda adalah :
Jika kamu menyimpan EURO yang diperoleh daripada penjualan itu sepanjang satu bulan, bahagian yang diteduhkan adalah profit anda. Jika melihat dengan nombor:
17.56 USD profit dalam jangka sebulan tidak begitu mengagumkan. Walaubagaimanapun, ia juga tidak seharunya mengejutkan anda kerana kita tidak membeli USD lagi semasa harganya jatuh sehingga terendah. Sebab yang kedua ialah pergerakan mata wang memang sangat sedikit.
Untuk Disambungkan Part 2
Tunggu sebentar… aku pernah lihat kawan aku memperoleh 1K USD daripada forex, tidak mungkin saya hanya boleh beruntung 17.56 USD. Sebenarnya, ia mempunyai dua sebab hal ini muncul, satunya mereka mempunyai akaun bank yang lebih besar daripada 1000 USD. Mengikuti pengiraan kita, Return On Investment kita adalah hanya 1.8% sahaja. Jika aku hendak memperoleh 1k USD profit, aku perlu mempunyai 55555.56USD. 55555.56 USD itu jumlah yang besar yang bukan banyak orang memiliki.
Sebab kedua adalah mereka menggunakan leverage. Untuk mengetahui lebih banyak mengenai leverage dan cara-cara untuk mengehadkan kerugian dan risiko anda di forex, sila membaca bahagian kedua artikel ini yang akan dating!