1. Harga saham turun naik ikut pasaran
Setiap kali musim pilihan raya, pasaran saham juga, dalam jangka masa pendek, terjejas disebabkan keyakinan pelabur.
Macam dalam artikel Bloomberg tahun 2018, hasil daripada undian rakyat Malaysia yang berpecah-belah masa tu, matawang Ringgit telah mengalami kejatuhan teruk pada tahun tu.
Plus, pulak dunia dikejutkan dengan kemenangan Trump dan Brexit dekat USA pada waktu yang sama. So, pelabur pun jadi lebih berhati-hati.
Tapi, apa kena-mengena semua ini kepada kita secara umum? Mula-mula, memang akan ada jangkaan untung rugi - terutamanya dalam pelaburan mata wang. But good news, korang boleh gunakan masa ini lihat dan buat pilihan bijak daripada janji-janji politicians pra-mengundi.
Kalau korang berminat nak jana wang daripada kesan pilihan raya, boleh check jenis-jenis saham yang terbaik tahun ni: Wow! Ni dia 5 Pelaburan Terbaik Tahun 2022
Sumber imej: iProperty
2. Perniagaan hartanah mungkin terancam
Korang yang dalam perniagaan hartanah - especially ejen hartanah - mungking kena bersiap sedia untuk hadap jualan hartanah yang lebih rendah dan peluang sewa yang lebih sedikit.
Pada time ni, orang ramai tak nak buat tindakan secara mengejut.
Those yang plan nak beli hartanah, mungkin akan ditangguhkan. Penyewa probably akan stay dalam contract yang sama, dan owner rumah pulak mungkin takde semangat nak buat sales - kecuali kena buat pemindahan secara terdesak.
Semua ni berkait rapat dengan ketidakpastian result PRU dan perubahan yang bakal menyusul.
Kebanyakkan consumer risau kot-kot pembangkang menang, mungkin boleh affect diorang secara langsung dan tidak langsung.
Sebaliknya, kalau kerajaan menang pula, consumer juga nak perhati dahulu insights harga hartanah, peraturan perbankan dan dasar fiskal, dll. sebelum ambil langkah seterusnya.
Disebabkan hal-hal ini dan banyak lagi, semua urusan yang melibatkan big investment macam perumahan dan keputusan hidup lain, berkemungkinan besar akan diletakkan sebagai least priority untuk beberapa bulan yang akan datang.
Sumber imej: MyRujukan
3. Bisnes kecil dan SME
Perniagaan kecil boleh terjejas time-time PRU ini. Walaupun ekonomi Malaysia masih stabil, keputusan pilihan raya boleh bawa banyak perubahan kepada bidang perniagaan, tidak kira pihak mana yang menang.
Those yang dah rancang untuk start bisnes kecil mungkin akan rasa teragak-agak; dan mereka yang plan untuk quit kerja semata untuk merealisasikan rancangan ni, probably akan kuburkan niat tersebut dan stay bekerja dahulu buat sementara waktu.
Tapi, penangguhan idea ni wajib ke? Jawapannya, depends. Sebabnya, pilihan raya akan beri efek berlainan mengikut kawasan - certain jadi lebih ‘maju’ dan certain merosot buat sementara.
Walaupun perniagaan dalam industri pelancongan dan hartanah bakal struggle sikit untuk beberapa bulan awal, industri kecil seperti business management (cth. perakaunan dan persediaan cukai), short-term rentals serta makanan dan minuman, probably akan kekal stabil.
So, efek ni berpanjangan ke?
Walau apa pun, efek kewangan ni dijangkakan terjadi untuk sementara je. Plus, korang tak perlu rasa pressured pun untuk ‘keep up with the trends’ melainkan korang dah betul-betul secured dengan kewangan sendiri - ada savings yang banyak dan aliran pendapatan yang kukuh.
Kalau tak, better rancang perbelanjaan dan belanjawan untuk pembelian yang lebih besar. Contohnya, kalau korang dah financially ready untuk beli rumah, sekaranglah waktunya!
Fokus pada pembayaran balik tetap dan bukannya tawaran terapung atau berubah-ubah, sebabnya, kita tak dapat ramalkan pasaran pada bulan-bulan yang akan datang. Jadikan kemampuan sebagai keutamaan, dan cari kadar terendah.
Kalau nak senagkan kerja, guna je Loanstreet comparison tool ni! Boleh semak, banding, dan pilih loan pakej terbaik mengikut kemahuan anda!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.