Lima jenis Insurans Hayat yang paling biasa di pasaran hari ini ialah:
- Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating)
- Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating)
- Polisi Berkaitan Pelaburan (ILP)
- Insurans Bertempoh biasa
- Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan
1. Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating)
Pada permulaan polisi, insurans hayat seumur hidup (juga dikenalkan sebagi insurans endowment) membayar jumlah premium yang lebih tinggi daripada kos insurans.
Sebahagian premium akan digunakan untuk membayar kos lain (seperti kos admin, kos insurans dan komisyen), sebahagian premium yang terlebih bayar akan diperuntukkan kepada akaun penjimatan (Nilai Tunai). Nilai tunai ini adalah dijaminkan.
Penjimatan ini akan dilabur oleh syarikat insurans. Sesuate ciri yang unik insurans hayat seumur hidup mempunyai adalah pemegang policy dapat menyertai diri dalam pendapatan syarikat dan dibayar dividen ataupun bonus.
Jumlah Nilai Tunai= Nilai Tunai semasa + bonus wang + bonus tamatan + bonus lain-lain
2. Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating)
Insurans Hayat Seumur Hidup (Non-Participating ) juga akan berkumpul nilai tunai seperti Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating) daripada jumlah premium yang terlebih bayar. Walaubagaimanpun, pemegang policy ini tidak menyertai diri dalam pendapatan syarikat. Oleh sebab itu, nilai tunai polisi ini akan bertambah lebih lambat daripada Insurans Hayat Seumur (Participating).
Jumlah Nilai Tunai=Nilai Tunai Semasa
Polisi ini juga dikehendaki membayar premium yang lebih rendah daripada Insurans Hayat Seumur Hidup (Participating).
3. Insurans Bertempoh Biasa
Apakah perbezaan yang korang dapat lihat dalam carta ini berbanding dengan carta insurans hayat seumur hidup?
Perbezaan yang paling jelas adalah carta ini tidak mempunyai nilai tunai. Biasanya, sedikit ataupun tiada nilai tunai akan dikumpulkan (pengecualian mungki wujud).
Perbezaan kedua ialah premium yang dibayar adalah lebih rendah daripada insurans hayat seumur hidup.
Oleh sebab tiada nilai tunai dikumpul dalam polisi ini, maka premium yang perlu dibayar akan menjadi lebih rendah.
Perbezaan terakhir ialah tempoh insurans ini adalah lebih pendek dan terjamin berbanding dengan insurans hayat seumur hidup (tempoh insurans sepanjang hayat). Semasa tempoh insurans ini tamat, kita dikehendaki membeli suatu polisi yang baru supaya dapat menikmati perlindungan insurans. Sesuatu risikio semasa membeli polisi yang baru ialah syarat insurans mungkin tidak sebaik macam insurans yang dahulu.
4. Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan
Bagi insurans bertempoh gadai janji berkurangan, perlindungan insurans akan berkurang mengikuti masa dan menjadi kosong semasa insurans matang.
Polisi ini sangat popular dengan orang yang hendak memberi perlindungan insurans kepada anak –anak mereka untuk menamatkan pendidikan, MRTAs, orang yang hendak menjaminkan pembayaran pinjaman rumah dan pinjaman peribadi jika mereka meninggalkan dunia.
5. Polisi Berkaitan Pelaburan (ILP)
Polisi Berkaitan pelaburan adalah insurans hayat bertempoh + Unit Trust. Selepas berkurangkan kos, premium yang lebih akan dilaburkan ke dalam Unit Trust Funds mengikuti pilihan korang. Nilai Tunai polisi ini bergantung sepenuhnya kepada jumlah Aset Fundsnya.
Jumlah Nilai Tunai= Jumlah Nilai Asset( Funds mengikuti pilihan korang)
ILP boleh memberi manfaat yang polisi insurans yang lebih traditional tidak dapat memberi:
1. Fleksibiliti
Jika mempunyai nilai tunai yang cukup, ILP membolehkan korang untuk menggunakan nilai tunai unutk menukar sebagai wang, membeli lebih banyank perlindungan insurans atau membayar premium.
2. Kawalan terhadap pelaburan korang
Korang dapat mengawal ke mana pelaburan korang akan pergi dan menukar pelaburan korangpada bila-bila masa.
3. Potensi untuk Beruntung
Oleh sebab nilai tunai ILP adalah bergantung kepada performasi fund korang, korang mungkin dapat beruntung pulangan yang lumayan jika fund korang mempunyai performasi yang baik. Walaubagaimanapun, jika performasi fund teruk, ILP korang mungkin bernilai kosong esok.
Walaupun ILP ini sentiasa dijual sebagai alternative yang lebih murah daripada insurans hayat seumur hidup, tetapi insurans hayat seumur hidup dapat mengumpul nilai tunai dan ILP tiada ada nilai tunai yang dijaminkan. Ini bermakna bahawa risiko menguruskan insurans telah dipulang balik kepada pemegang polisi. Jika perfomasi fund teruk dan nilai tunai tidak cukup untuk membayar perbezaan antara premium dengan kos insurans kerana kos insurans semakin tinggi, korang akan dikehendaki membayar premium tambahan.
Satu lagi isu yang tidak sentiasa dibangkitkan adalah produk unit trust ini mempunyai bayaran pengurusan yang berjumlah of 1-1.5% nilai unit trust korang. Bayaran ini harus dibayar tanpa kira performasi unit trust korang.
Oleh sebab persamaan ILP bersama insurans hayat bertempoh, tiada carta akan direka.
Mana satu korang berminat?
Tahniah! Korang dah belajar lima jenis insurans hayat yang paling biasa di Malaysia. Kebanyakan polisi insurans mempunyai beberapa variasi dan penambahan yang mempunyai pakej dan rider tambahan. Walaupun polisi insurans ini rumit, sebenarnya mereka adalah tambahan daripada lima jenis insurans asas itu. Oleh sebab itu, korang dapat membezakan mereka dengan mudah tanpa kira apa jenis insurans yang ditawarkan kepada korang!
Akhir sekali, jika korang masih tidak pasti, korang boleh sentiasa merujuk balik ke panduan ini supaya tidak mendapat informasi palsu. Kalau korang juga mencari insurans kereta atau motorsikal yang sesuai untuk korang, lawati halaman insurans kereta dan insurans motorsikal kami dan dapatkan sebut harga secara percuma, dengan serta-merta!
Bukan itu saja, korang juga boleh membeli insurans kereta dan motorsikal secara online di halaman insurans kami, mudah bukan? Selamat membeli!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: