Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!

BY Nisya Aziz

Updated 15 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

First time nak bayar cukai pendapatan tapi tak tau camne nak isytihar? Atau, korang tak sure sama ada layak untuk bayar ke tak? Ambik perhatian semua, especially adik-adik yang baru mula kerja ataupun yang dah naik gaji. Kalau gaji dalam setahun adalah RM34,000 , ataupun agak-agak dalam RM2833.33 sebulan (lepas tolak KWSP), korang MESTI isytiharkan pendapatan korang dan bayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

Tapi ni admin nak bagitau awal-awal, proses dia agak leceh tapi berbaloi la supaya tak timbul masalah kemudian hari.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Memang kena isytihar ke? Kalau tak buat, camne?

Ni jawapan pendek admin: kalau tak bernasib baik, memang kena kaw-kaw.

Jawapan panjang pulak: Katakan korang sengaja elak dari bayar, dan kalau kena ‘tangkap’ dengan pegawai audit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penalti yang akan dikenakan adalah antara RM1,000 hingga RM20,000 (kalau melibatkan kes yang serius) ataupun penjara. Kedua-dua sekali pun boleh!

Let say korang terkurang lapor pulak jumlah pendapatan, boleh didenda sehingga 300%. Banyak tu oi.... Contohnya, kalau lepas kira-kira, jumlah korang kena bayar cukai ialah RM500, tapi sebab kurang declare, sampai RM1,500 kena bayar tau kalau penalti 300%!

Semua ni termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, “Failure (without reasonable excuse) to furnish an Income Tax Return Form”. Lagi bagus kalau duit tu kita simpan, buat pelaburan atau belanja pergi bercuti ke kan... 


 


Saya layak dicukai, apa nak kena buat?

 

1. First time? Mula-mula kena daftar online sebagai pembayar cukai




Jika korang belum pernah uruskan pengisian cukai online kat Malaysia sebelum ni, jangan risau. Berikut adalah langkah-langkah yang korang kena buat: pergi ke laman web mytax.hasil.gov.my dan tekan butang "e-Daftar". Mereka akan bimbing korang untuk isi borang online dan minta korang muat naik beberapa dokumen pengesahan. Lepas dah siap, korang kena print borang tu dan pergi ke cawangan LHDN terdekat (Jangan lupa bawa IC). Depa akan bantu korang dapatkan PIN log masuk untuk kali pertama.
 

2. Login ke MyTax

Okay, sekarang dah dapat PIN korang, masanya untuk terjah ke MyTax. Pergi ke laman web tu dan tekan opsyen "Log Masuk Pertama Kali". Dia akan suruh korang cipta kata laluan baru untuk akaun dalam talian korang. Bila dah siap, korang dah boleh log masuk ke halaman e-filing cukai pendapatan LHDN bila-bila masa korang perlukan.



3. Boleh start e-filing





Selepas tu, pergi ke penjuru atas-kiri skrin korang dan cari menu "Perkhidmatan ezHasil". Klik pada itu, kemudian pilih "e-filing". Bila dah sampai situ, korang akan nampak banyak pilihan. Pastikan korang pilih borang yang betul - e-BE Tahun Penilaian 2023. Perhatikan bahawa ini hanya untuk mereka yang tiada sumber pendapatan perniagaan (ingat bahawa korang mengisi cukai pendapatan tahun 2023 pada tahun 2024).
 

4. Pastikan info korang semua betul 

Pertama sekali, ambil seketika untuk semak semula butiran korang. Jika ada apa-apa yang perlu dikemaskini - seperti pasport baru atau perubahan disebabkan perkahwinan (atau perceraian), sehingga 31 Disember 2023 - teruskan dan buat penyesuaian sekarang. Penting untuk pastikan segala-galanya tepat.



Seterusnya, korang akan menjumpai beberapa butiran lanjut tentang diri korang. Di sini lah korang akan mendeklarasikan jika ada menjual sebarang aset yang dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT). Selain itu, korang juga boleh menyebut tentang sebarang insentif cukai yang korang terima di sini.




Jangan lupa untuk check jugak beberapa maklumat korang mungkin sudah diisi untuk korang.Oh, dan jangan lupa untuk memberikan butiran akaun bank korang untuk pengembalian cukai pendapatan. Dengan cara ini, kerajaan boleh dengan lancar mendepositkan sebarang wang yang tertunggak.
 

5. Berikan maklumat pendapatan korang

Selepas itu, masukkan butiran pendapatan korang dalam kategori yang berkaitan berdasarkan borang EA untuk bahagian ini. Periksa jika potongan cukai bulanan (MTD/PCB) yang dipaparkan betul. Syarikat korang akan menyediakan borang EA, jadi jangan cuak, korang boleh rujuk pada borang tersebut.


Selain itu, korang juga boleh mendeklarasikan sebarang sumbangan atau hadiah yang korang terima. Cuma nak bagitahu, pastikan organisasi yang korang sumbang ke telah diluluskan oleh LHDN. Jika korang tidak pasti, korang boleh melawat laman web LHDN untuk menyemak status organisasi kebajikan. Sentiasa elakkan daripada masalah dengan memeriksa dua kali untuk memastikan segala-galanya teratur!


6. Claim segala tax relief, rebate dan exemption



Yang ni part paling best sekali. Yang ni korang mesti kena disiplin setiap tahun kalau nak maksimakan jumlah korang kena bayar. Ada dua perkara yang boleh kurangkan jumlah yang kena cukai: 
  • Pengecualian cukai: ada sesetengah hasil pendapatan tak perlu dicukai kat Malaysia, contohnya sesetengah interest dan dividen. Semak portal LHDN untuk tau lebih lanjut.
  • Pelepasan cukai: yang ni boleh kurangkan jumlah cukai, contoh pelepasan cukai seperti insurans nyawa, iPhone, pembayaran EPF/SOCSO, barangan sukan dan banyak lagi. Selalu lah simpan resit (selama 7 tahun!) untuk benda-benda ni ok.

BACA : 8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan 2021
 

7. Semak jumlah yang korang kena cukai



Last sekali, pergi kat bahagian ‘Summary’. Bagusnya dalam online ni, sistem akan kira semuanya. Dan korang boleh tau terus kalau korang ada terlebih bayar cukai (daripada potongan gaji bulanan tu) atau terkurang.
 

8. Yeyy, settle dah wei!



Last sekali, korang kena isytiharkan yang semua maklumat tu betul dengan ‘sign’ secara elektronik tapi dengan cara simbolik lah, iaitu masukkan IC dan password, pastu klik ‘Sign’... gitu..

Jangan risau kalau ada tersilap ke apa, korang still boleh edit walaupun dah hantar borang dan sign okay..


Jangan lewat-lewat buat ok. Kalau korang takde komputer atau internet, katakan lah kan... jangan risau, boleh buat kat cawangan LHDN (ada komputer & internet!), cepat cuma tak digalakkan lah (lupa ke ada Covid-19?).
 

Oh..Kalau lambat bayar, ada dapat penalti tak?

Korang masih akan dikenakan penalti sebab bayar lambat dari sepatutnya.. ikut situasi masing-masing la. Contohnya, kalau korang dah memang patut bayar cukai start tahun 2021 , patutnya kena bayar pada awal bulan 2022 lah kan, dan bukannya sekarang baru nak sedar (betul tak!).

Kalau korang lambat bayar selapas tarikh-tarikh tertentu pun, kena tambah ekstra 10% je nanti. Ni tarikh deadline, depends sumber pendapatan tu dari mana:
  • Selain bisnes (makan gaji & komisen!): 30 April
  • Bisnes sendiri: 30 Jun

Sekiranya masih gagal bayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari, akan dapat penalti tambahan sebanyak 5% ke atas amaun yang masih terhutang.

Kalau korang rasa boleh terlepas ke, admin nasihatkan fikir masak-masak, sebab LHDN boleh jejak pembayar cukai ni menggunakan analisis data dan dengan bantuan agensi-agensi tempatan dan luar negara. Jangan cari pasal, takut menyesal!

Haa, korang jangan segan-segan pulak tanya pegawai LHDN yang bertugas atau call je kalau ada yang tak faham. Jom jadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan sama-sama tolong dalam pembangunan dan ekonomi negara. Gitew… 

Selamat failkan cukai pendapatan!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!