1. iflix
Kita semua sedia maklum yang iflix ni dah macam musuh ketat kepada Netflix di Malaysia, tapi korang tahu tak yang iflix ni dah berkembang sehingga ke lebih 28 negara? Maknanya iflix ni bukan produk tempatan yang sebarangan okay!
Bila kami rekemen iflix, kami bukan maksudkan yang langganan 1 bulan percuma tu. Untuk pengetahuan korang juga, iflix benarkan korang tonton siri dan filem terpilih dengan percuma. Kira okey lah kan? Dan kalau korang nak tambah pilihan korang, korang hanya perlu langgan iflix pada harga RM3 seminggu. Still lagi murah dari yang lain *wink*

2. Dimsum
Kalau korang suka filem dan siri televisyen Asia, Dimsum ni memang perfect untuk korang. Korang boleh jumpa macam-macam drama Korea. Nak tonton filem seram Thailand pun boleh!
Untuk pengetahuan korang, tontonan di Dimsum adalah percuma untuk 90 hari pertama. Selepas itu, korang boleh melanggan Dimsum pada harga Rm10 sebulan atau kalau korang pelanggan Unifi, korang boleh dapat harga spesel RM10 sebulan!
Ingat! Dimsum hanya untuk filem dan siri TV Asia saja. Kalau korang cari filem atau siri barat kat sini, korang akan kecewa =/

3. Viu
Viu ni bagaikan Netflix versi Asia; Viu tawar kandungan original eksklusif macam drama melayu popular Jibril (korang boleh nampak poster drama ni kat merata-rata tempat..) dan macam-macam lagi drama TV asia, termasuk Descendants of the Sun and The Running Man yang konfem buat korang tak kering gusi.
Viu tawar tontonan 30 hari pertama secara percuma dan kalau korang nak teruskan melanggan, korang boleh pilih diantara pelan 1 bulan pada harga RM10 atau pelan 6 bulan pada harga RM48. Diorang jugak tawarkan pelan setahun pada harga RM88. Walau macam mana pun, korang tetap boleh tonton Viu tanpa sebarang caj dengan memilih menjadi free user, tetapi hanya untuk siri dan filem terpilih sahaja.

4. Youtube
Okey yelah kami tahu yang Youtube ada macam-macam polisi terhadap kandungan 'lanun' dan yang mempunyai hakcipta terpelihara. Ini menjadikan Youtube susah untuk menjadi medium untuk tontonan siri TV atau filem percuma. Tapi kenapa kitorang masukkan Youtube dalam list ni?
Sebabnya, kalau korang 'berusaha keras dan penuh kesabaran' (haha) korang akan jumpa hidden gems iaitu iaitu siri TV dan filem berdurasi penuh, termasuk filem-filem lama! Sambil mencari tu, korang boleh buka tab baru dan tonton video kucing, because why not.

5. Astro Go
Kalau korang masih belum melanggan kepada Astro (alah yang pakai piring/dekoder tu), korang boleh skip alternatif ni sebab korang kena melanggan untuk take advantage ke atas Astro Go yang menawarkan servis percuma untuk korang tonton saluran yang korang langgan melalui telefon pintar atau tablet di mana-mana tempat di Malaysia.
Walaupun tak semua program yang ditawarkan Astro boleh ditonton di Astro Go, korang masih boleh enjoy sebahagian pilihan yang mereka tawarkan.

6. HyppTV Everywhere
Sama juga macam Astro Go tadi, korang boleh skip alternatif ini kalau korang tidak mempunyai langganan HyppTV. HyppTV Everywhere juga menawarkan kemudahan untuk korang menonton saluran yang korang langgan di mana-mana sahaja di Malaysia.

Alternatif tambahan!
7. Tonton
Tonton adalah servis penstriman video percuma oleh anak tempatan yang dimiliki oleh Media Prima Bhd. Korang boleh tonton berpuluh-puluh siri dan filem tempatan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Cina. Tonton juga menawarkan siri-siri original seperti Raisha (Bahasa Malaysia) dan Chic-King (Bahasa Cina). Tak cukup dengan tu, korang jugak boleh tonton rancangan Media Prima TV secara langsung dari saluran NTV7, TV3 dan banyak lagi!
Korang jugak tak perlu bimbang kalau korang sentiasa bergerak kerana tonton juga tawarkan aplikasi on-the-go mereka di Google Play dan App Store untuk korang tonton di mana-mana sahaja.
Korang tahu laman penstriman hiburan percuma yang lain?
Alternatif yang kami sediakan ni adalah dari jenis yang ‘halal’. - maknanya ada banyak lagi pilihan ‘tidak halal’ yang lain seperti torrent dan laman file sharing yang korang perlu tanggung sendiri risiko ketika menggunakannya. Kami langsung tak galakkan korang gunakan mereka sebab ia menyalahi undang-undang, tapi ikut kata hatilah, kita semua dah besar kan.
Bila dah tahu pasal laman-laman penstriman percuma ni, korang jangan makan sorang lak! Share la pada kawan atau saudara mara untuk bantu mereka jimatkan wang.