Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

BY Nisa Afiqah

Updated 04 Jun 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Berita baik untuk korang yang menggunakan Diesel dan juga petani dan pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan (MOF) baru sahaja membuka permohonan untuk Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI MADANI).

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apa tu BUDI MADANI?

 

BUDI MADANI ni adalah program sumbangan tunai daripada kerajaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan program subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia – tiada perubahan untuk Sabah dan Sarawak.

Sumber imej: budimadani.gov.my
 

Pemilik kenderaan diesel yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan boleh apply untuk  BUDI Individu, manakala petani dan pekebun kecil boleh apply bawah BUDI Agro-Komiditi.

Dengan subsidi ni, korang akan dapat RM 200 sebulan. Permohonan dah dibuka dari 28 Mei 2024 dan akan dibuka sepanjang tahun. 
 

Apa kriteria untuk apply BUDI MADANI ni?

  
BUDI Individu BUDI Agri-Komoditi
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.

  • Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ dengan cukai jalan yang aktif.

  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.

 

Kriteria tambahan untuk ketidaklayakan BUDI Individu:

 
  • Guna motosikal diesel.

  • Kenderaan diesel persendirian yang didaftarkan atas nama syarikat atau

  • Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

  • Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

,

TAMBAHAN: Permohonan akan disemak dengan data dari LHDN untuk pastikan kenderaan mewah yang berusia bawah 10 tahun dan pendapatan dalam kategori T20 tak tersenarai. So, jangan buat benda bukan bukan!
 

Macam mana nak mohon BUDI MADANI (BUDI Individu)


Sumber imej: budimadani.gov.my

Korang boleh apply dekat website BUDI MADANI, kat sini kitorang fokuskan dekat yang nak apply untuk BUDI Individu: 
 

  1. Daftar akaun pengguna.

  2. Selepas mendaftar, klik butang "Memohon Di Sini" untuk kategori BUDI Individu.

  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:

 

i. Nombor MyKad

ii. Nombor Telefon Bimbit

iii. Nama Bank

iv. Nombor Akaun Bank

v. Alamat Emel
 

     4. Kemudian, masukkan maklumat kenderaan diesel:

 

i. Nombor Pendaftaran Kenderaan

ii. Tarikh Tamat Lesen Kenderaan (Cukai Jalan)

iii. Jenama/Model Kenderaan

iv. Kelas Penggunaan Kenderaan

 
  1. Submit permohonan korang.

 

Dah siap! Kan senang je tu. Pastikan korang dah check betul-betul semua maklumat korang sebelum tekan submit tau!

 

“Bila duit RM 200 tu masuk?”

 


Kalau korang sempat buat permohonan sebelum 3 Jun, korang akan dapat bantuan tunai pertama pertengahan Jun ni, then duit tu akan masuk setiap bulan.

Tapi kalau tak sempat, korang bole lagi apply lepas 3 Jun 2024. Ambil masa dalam 2 minggu untuk korang dapat duit bantuan tunai yang pertama, lepas tu duit akan masuk bulan-bulan.

Duit akan masuk akaun bank setiap bulan. Kalau takde akaun bank, boleh ambil kat cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia.

 

“Apa kena buat kalau permohonan BUDI Individu kena reject?” 


Korang boleh check permohonan korang dekat ‘Semak Status” di dashboard permohonan korang. Kalau ditolak, takyah risau. Kalau rasa korang memang betul-betul layak, korang boleh buat rayuan atau call centre dorang.

Korang nak tahu kenapa permohonan ditolak? Klik "Semak Status". Lepas dapat maklumat, korang boleh kemaskini maklumat peribadi atau kenderaan sebelum buat rayuan lagi sekali.

Nak tahu lebih lanjut pasal BUDI MADANI, pergi lah lawat laman web budimadani.gov.my. Kalau perlu bantuan, boleh call helpline BUDI MADANI kat 1-800-88-2747, 03-8882 4565, atau 03-8882 4566. Boleh juga email di budimadani@treasury.gov.my. Tapi kalau korang lebih prefer depan-depan, korang boleh pergi ke mana-mana pejabat LHDNM di Semenanjung Malaysia.


Apa-apa pun, Good Luck!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisa Afiqah

Nisa Afiqah ialah seorang intern di Finology. Dia kini sedang mendalami dunia penulisan di bawah bimbingan mentornya yang berpengalaman. Kalau kena dengan topik yang dia minat, dia boleh berbual tanpa henti!

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)