Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

GrabPay DuitNow QR, Kini Di Seluruh Negara!

BY Team Loanstreet

Published 17 Jun 2021




Dalam usaha menggalakkan pembayaran cashless, perkhidmatan e-wallet, GrabPay melancarkan “GrabPay DuitNow QR” di seluruh negara. Hasil kerjasama bersama DuitNow QR, inisiatif ini dapat memudahkan pengguna dan perniagaan dalam mendapat manfaat dari ekonomi digital.



Dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), DuitNow QR adalah Standard QR Kebangsaan Malaysia yang direka bentuk bagi menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran cashless dan peralihan kepada ekonomi digital di seluruh negara. Ini adalah menerusi penggunaan kod QR saling boleh kendali. 

Kalau korang nak tahu, ramai rakyat Malaysia menggunakan kaedah pembayaran contactless semasa pandemik ini. Menurut laporan Bank Negara Malaysia, jumlah pembayaran e-wallet meningkat sebanyak 131% sejak 2019. 

Kod QR kebangsaan ini akan memudahkan lagi para pengguna membeli dengan selamat, mengurangkan sentuhan fizikal dan menjimatkan masa para pembeli. Jumlah peniaga yang terima kaedah pembayaran kod QR juga telah meningkat. 

Laporan sama juga mendapati jumlah peniaga yang berdaftar guna kaedah pembayaran kod QR telah meningkat 165% sejak 2019. Ini menunjukkan kebanyakan perniagaan telah bersedia untuk pembayaran cashless. 

Dengan pilihan pembayaran bersepadu yang serba lancar ini, kecekapan operasi harian para peniaga akan turut sama meningkat disebabkan oleh pengurangan keperluan mengendalikan cash, penyesuaian jualan dan kertas kerja.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Secara dasarnya, GrabPay DuitNow QR ini menawarkan kaedah pembayaran mudah dan selamat...

Ketua GrabPay Grab Malaysia, Priyanka Madan memberitahu mereka melihat banyak peluang untuk menggalakkan semua perniagaan, tanpa mengira saiz untuk melaksanakan proses pendigitalan dan terima kaedah pembayaran digital.



“Sejak tahun lalu, kami telah mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai jenis peniaga ke dalam platform Grab, daripada rantaian perniagaan kecil hinggalah perniagaan besar di seluruh negara  termasuk banyak jenama barangan pengguna,” dia cakap.

“Kami berasa sangat gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam inisiatif Standard QR Kebangsaan Malaysia bagi membolehkan para peniaga di seluruh negara memberi perkhidmatan kepada pengguna Grab, dan pada masa sama memudahkan para pengguna membeli barangan keperluan,” tambahnya.

Menurutnya lagi, pelaksanaan DuitNow QR ini tepat pada masanya berdasarkan peralihan ekonomi dan keperluan kritikal para pengguna serta peniaga baru-baru ini.

“Kedua-dua pihak boleh berurus niaga di antara satu sama lain dengan mudah, selamat dan pantas, dan para pembeli juga berpeluang untuk berjimat dalam perbelanjaan mereka,” katanya.

 

Memang mudah untuk semua guna kod GrabPay DuitNow QR

Pengguna GrabPay (korang!) hanya perlu melancarkan aplikasi Grab, buka pengimbas QR dan imbas mana-mana kod DuitNow QR untuk membuat pembayaran. 

Para pengguna boleh mengenal pasti Peniaga Pilihan GrabPay dengan ciri-ciri Merchant Discovery, GrabRewards dan Save with Points Grab. Dapatlah para pengguna mengumpul mata dan menjimatkan wang dengan mudah dalam setiap urus niaga.



Dengan ini, Grab komited untuk sentiasa menyokong usaha menjadikan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar. Antara usahanya adalah:

  • Mewujudkan pusat keselamatan dalam aplikasi bagi didik dan beri maklumat terkini kepada para pengguna mengenai cara melindungi e-wallet para pengguna
  • Bekerjasama dengan sistem keselamatan terkemuka di dunia dengan sistem pengesanan penipuan bagi memastikan semua urus niaga GrabPay adalah selamat
  • Sediakan pasukan keselamatan dan pengesanan penipuan kami sendiri dengan proses yang mantap dan algoritma yang boleh disesuaikan bagi mengelak penipuan
  • Peringatan secara berkala kepada para pengguna agar sentiasa berwaspada dengan aktiviti scam dan tidak mendedahkan kod TAC mereka


Kalau korang nak tahu maklumat lanjut mengenai GrabPay DuitNow QR, klik SINI.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!