Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tak Kira Status, Citi Malaysia Terus Salur Bantuan Bersasar

BY Team Loanstreet

Published 15 Jun 2021




Dalam keadaan tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kes COVID-19 yang masih banyak, banyak kehidupan rakyat terjejas dari segi kewangan. Oleh itu, Citi Malaysia tekad untuk terus menawarkan pilihan pembayaran balik yang sesuai mengikut keperluan para pelanggan (korang!). 



Dalam satu kenyataan, pihak Citi Malaysia berkata yang pilihan pembayaran balik ini disediakan untuk:

  • Peminjam golongan B40 yang dapat Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Perusahaan mikro yang ada kemudahan pinjaman tak lebih dari RM150,000
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tak tersenarai dalam sektor dibenarkan beroperasi ketika PKP
  • Peminjam golongan B40 dan T20 yang ada terjejas pendapatan

Ini adalah seiring dengan Bantuan Pembayaran Bersasar (Targeted Repayment Assistance - TRA) dari Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia - bantuan moratorium kepada peminjam bagi tempoh 3 bulan atau pengurangan 50% pembayaran ansuran bulan bagi tempoh 6 bulan.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Walaupun begitu, para pelanggan lain tidak dilupakan oleh Citi Malaysia

Para pelanggan yang juga terkesan tapi tidak tersenarai, korang masih boleh membuat permohonan untuk penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman. Ini kerana pihak bank masih menawarkan pakej bantuan kewangan berdasarkan kes demi kes.

Ketua Pengawai Eksekutif, Usman Ahmed memberitahu yang CIti Malaysia akan berhubung secara aktif dengan pelanggan yang tak dapat penuhi kewajipan kewangan mereka. Pihak bank akan menilai keperluan mereka dalam jangka pendek supaya dapat membantu dari segi kewangan dalam jangka masa panjang.



“Tumpuan akan diberikan untuk memastikan bahawa bantuan yang paling sesuai diberikan kepada pelanggan yang sangat memerlukannya ketika ini,” katanya.

“Di Citi Malaysia, kami komited untuk memberikan penyelesaian kewangan paling sesuai untuk setiap pelanggan dan kami telah melakukan ini secara konsisten untuk membantu pelanggan pada waktu pandemik ketika ini,” dia tambah.

Tambahan lagi, sektor kewangan telah menunjukkan fleksibiliti untuk memastikan bahawa bantuan yang diterima sepadan dengan keadaan ekonomi semasa.

Kalau berminat, korang boleh guna saluran perbankan CIti Malaysia termasuklah Citibank Online (website/aplikasi). Perkhidmatan CitiPhone juga beroperasi seperti biasa. Untuk para pelanggan Citi Priority, CItigold dan PKS yang layak, korang boleh menghubungi pengurus hubungan untuk membuat janji temu secepat mungkin.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!