Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Barangan yang Anda Mungkin Tidak Tahu GST akan Dicaj

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




1 April 2015 akan datang dan ia bermakna GST akan dilaksanakan. Walaupun kita mengetahui GST mempunyai impak yang besar terhadap harga perumahan, tetapi terdapat aspek-aspek lain yang mungkin anda tidak tahu GST akan dicaj. Di sini, kami akan mewujudkan kesedaran tentang perbelanjaan yang terancang.     

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mesin Juruwang Automatik (ATM)

Kebanyakan orang akan terkejut bahawa GST akan dikenakan semasa kita menggunakan ATM untuk sebarang pengeluaran wang pada masa ini. Bolehkan anda bayangkan anda akan dikenakan 6% (RM 6) untuk GST sekiranya anda mengambil RM 100? Tidak, ini adalah satu salah faham. Cukai akan dikenakan ke atas yuran perbankan yang ditentukan seperti Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS). Ia bukanlah jumlah pengeluaran yang sebenar. Sebagai contoh, jika pemegang kad Public Bank mengeluarkan wang dari CIMB ATM, MEPS akan caj RM 1 dan kadar GST adalah RM 0.06 tanpa mengira berapa banyak jumlah pengeluaran wang.    

Barangan yang Anda Mungkin Tidak Tahu GST akan Dicaj

Kemudahan Tempat Letak Kenderaan

Bagi mereka yang tidak hendak meletakkan kenderaan mereka dalam pusat membeli-belah dan ini hanya kerana beberapa Ringgit bayaran kepada tempat letak kenderaan. Mereka sepatutnya berbuat demikian pada masa ini. Ya, kita perlulah menjangka bahawa terdapat peningkatan 6% dalam yuran tempat letak kenderaan. Pembeli kekeluargaan mungkin tidak akan digoncang terhadap perkara ini. Tetapi ini telah menimbulkan perdebatan bahawa terdapat lebih banyak tempat letak kenderaan di luar. Di samping itu, ia juga berguna untuk menyimpan beberapa wang kecil dalam kereta agar dapat mengelakkan merima wang syiling yang banyak semasa membayar bayaran.   

Terdapat laporan menyatakan pengendali tempat letak kereta di KL Pasaran Borong, Selayang telah memasukkan GST dalam bayaran tempat letak kenderaan. Berhati-hatilah sebabnya ini adalah tidak sah. Ia mungkin merupakan salah satu cara untuk mengenakan caj tambahan.

Tanah/Binaan untuk Perniagaan & Kediaman

Kami menyedari bahawa bekalan tanah untuk rumah kediaman seperti rumah berkembar dan kondominium adalah dikecuali daripada GST. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak boleh menjangka harga perumahan akan meningkatkan. Bahan mentah merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan pembinaan dan ia dikenakan cukai. Sebaliknya, bekalan tanah dan binaan untuk perniagaan, pentadbiran dan perindustrian seperti pejabat, pejabat kecil pejabat rumah (SoHo), hotel dan kilang adalah dikenakan kepada GST.   

Barangan yang Anda Mungkin Tidak Tahu GST akan Dicaj

Tiket Wayang

Terdapat berita yang buruk kepada peminat filem! Ya, GST akan tertakluk kepada tiket wayang bermula pada 1 April 2015. Ini bermaksud anda perlu membayar bayaran yang lebih banyak. Sebahagian individu mungkin telah menyedari bahawa terdapat tambahan sebanyak 25% Duti Hiburan akan dikenakan kepada setiap tiket wayang pada masa ini dan ia akan diberi kepada Kementerian Kewangan. Duti ini telah dilaksanakan pada akhir Oktober 2011.  

GST telah dikenakan kepada Duti Hiburan. GST yang sebanyak 6% menggantikan SST yang terdiri daripada Cukai Jualan (5%-10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Adakah ini merupakan berita yang baik? Salah! Tiket wayang tidak tertakluk kepada SST. Walau bagaimanapun, tambahan GST yang sebanyak 6% tertakluk kepada 25% Duti Hiburan dan jumlah cukai anda adalah 31%.

Kesimpulan

Idea terhadap apakah barangan yang akan dikenakan GST boleh didapati dengan lebih jelas. Malangnya, ia mungkin adalah tahun yang sukar pada tahun depan dari segi kewangan kepada kita tetapi kita telah melaluinya. Mempelajari lebih banyak tentang GST dan harga hartanah dan sekiranya GST di Malaysia serupa dengan Singapura.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!